Tuesday, February 25, 2020

Mendaki 272 Anak Tangga Batu Caves

Edit Posted by with No comments
"Esok kita nak naik tangga Batu Caves"

"Nak ikut.. aku belum pernah naik lagi"

Maka nya, seawal jam 7 pagi Ahad tu
Cik Pya dah tercongok tunggu Ain kat Stadium Bola Cheras.
Kami naik satu kereta pergi ke Batu Caves.

Masa sampai tu kan, tengok dari bawah terus terfikir..

"Iskh.. boleh ke nak naik sampai atas ni??.."

Tengok tangganya menyacak je naik 😅


Mula-mula naik suku jalan je..
Tengok atas nampak sayup.


Tengok bawah pun dah mula nampak sayup.
Tiba-tiba hati berdebar. Cik Pya ni ada satu penyakit.. GAYAT..!!! 😫


Tau apa Cik Pya buat??

Cik Pya turun balik semula ke bawah. Tak jadi nak terus kan naik 😆
Dah sampai bawah, tengok balik atas..

Iskh... rugi kalau tak naik.
Nak tengok apa ada kat atas bukit tu.
So, Cik Pya naik semula pelan-pelan.

Masa Cik Pya naik kali kedua ni, Ain dah patah balik dah
Oh ya! Kami berpecah. Tak jalan sama pun.
Dia stamina padu. Cik Pya stamin out.. hahaha


Yahooo...!!!!




Ok dah..!! Jom turun..
Satu penyiksaan nak turun ni bila diri kau seorang yang gayat..!


Tapi Alhamdulillah.. berjaya sampai bawah dengan selamat.
Yeaaahhhh..!!! I made it..!!!


Sementara tunggu Ain, Cik Pya jalan-jalan sekitar.
Di sebelah kiri tangga, ada kaunter untuk sewa scraf.
Scarf disewa kepada pelancong yang memakai pakaian singkat.
Bayaran yang dikenakan RM5/ sehelai.
Tapi akan dipulangkan semula RM3 setelah scarf dikembalikan.


Di sebelah kanan tangga, ada kedai cenderamata.
Ada dijual barangan cenderamata dan patung tuhan Hindu.


Untuk penganut Hindu yang tak mampu mendaki untuk ke kuil di atas
ada disediakan juga kuil kat bawah ni.


Melepak kat tangga sementara tunggu Ain habiskan 6 pusingan.
Cik Pya surrender awal... hahahaha


Ain dah habis... masa untuk bergambar la pula kan.. hehehehe





Main kejar-kejar burung merpati sebelum balik.


Pukul 9 lebih kami gerak balik.
Dah bagitau Ain, nanti nak datang lagi.
Best juga panjat tangga ni walau pun sakit lutut dibuat nye 😅




0 xoxo:

Followers