Tarikh:: 15-11-2019
Pergi bertiga dengan anak sedara Cik Pya; Lala dan Mira.
Memandangkan kami pergi hari Jumaat.. hari kerja jadi,
kami ke KLIA2 dengan menaiki ERL dari Bandar Tasik Selatan.
Selesai segala urusan drop luggage, kami bersarapan di Old Town.
Flight kami berlepas dari KLIA2 jam 11.30 pagi.
Selamat landing di Tan Son Nhat International Airport jam 12.55 tengahari
waktu Saigon. Waktu Malaysia pukul 1.55 tengahari.
Terus ambil teksi pergi ke hotel yang Cik Pya tempah.
An Tam Hotel.. hotel yang Cik Pya booking kali ni.
Untuk pertama kalinya Cik Pya tukar hotel lain. Sebelum ni,
selama 4 tahun Cik Pya ulang alik ke Saigon (2010 hingga 2014)
Cik Pya hanya tinggal di Hotel Lan Lan 2 sahaja.
Hotel An Tam terletak di Nguyen Ah Ninh atau sekarang ni
terkenal sebagai Lorong Malaysia sebab hotel-hotel di sini
pilihan rakyat Malaysia jika melancong ke Saigon.
Terletak berdekatan dengan Pasar Ben Thanh.
Kami ambil deluxe triple room. Senang duduk 3 orang dalam satu bilik.
Luas bilik nya.. selesa untuk kami bertiga.
Lepas letak beg, kami turun semula untuk makan tengahari.
Banyak restoran makanan halal di Nguyen Ah Ninh ni.
Tak macam dulu. Masa 2010 datang, susah gile nak cari makanan halal.
Tapi sekarang, street food halal pun dah banyak.
Tengahari tu kami makan di Restoran Haji Idris.
Yang kami order untuk hari pertama kami di Saigon
Kopi ais pertama Cik Pya di bumi Saigon 😁
Kalau pertama kali datang ke Saigon, jangan lupa minum kopi.
Kopi Vietnam memang terkenal.
Lepas makan, kami berjalan ke Pasar Ben Thanh.
Saja tengok-tengok dulu sambil survey harga barang yang nak dibeli.
Sempat la cari auntie yang selama ni Cik Pya selalu beli barang dengan dia.
Alhamdulillah dia masih ingat dengan Cik Pya walaupun dah lama tak berjumpa.
Dan walaupun penampilan Cik Pya dah berbeza 😊
Dah puas pusing-pusing dalam Ben Thanh, kami jalan kaki ke Saigon Square.
Lala nak cari beg yang adik dia pesan. Tapi tak jumpa kat sini.
Kemudian kami jalan-jalan di kedai-kedai di luar Pasar Ben Thanh.
Cik Pya ni peminat beg rotan. Allah geramnye tengok beg-beg rotan kat sini.
Comel-comel dan cantik-cantik semuanya
Tapi hari pertama ni tak ada barang yang kami beli. Hanya survey semata.
Pukul 6 petang kedai di dalam Pasar Ben Thanh dah mula tutup.
Kat sini kedai tutup awal.
Kami balik ke hotel. Tapi sebelum naik ke hotel, kami singgah beli kopi
kat penjaja yang naik motosikal kat Nguyen Ah Ninh ni.
Sebelum ni, ada orang cakap muka Cik Pya macam orang sini.
Dulu masa dok ulang alik, ramai orang tersilap. Orang tempatan sini pun
kekadang tersalah cakap Vietnam dengan Cik Pya 😅
Tak tau lah kat mana yang sama nya muka Cik Pya dengan diaorang ni.
Selesai beli kopi, kami naik balik ke hotel.. mandi dan rehat.
Sebelah malam, kami turun semula untuk ke pasar malam.
Suasana malam di pasar malam sekitar Pasar Ben Thanh.
Malam ni adalah barang yang kami beli.
Anak-anak sedara Cik Pya dah start memborong.
Rambang mata diaorang ni 😁
Dah pukul 11.30 malam baru terasa lapar.
Kami singgah makan malam a.k.a supper kat Restoran Halal Amin.
Cik Pya dan Lala order pho atau bihun sup daging dan Mira order
mee goreng mamak. Walaupun takde rupa mee mamak tapi rasa
not bad. Sedap gak.
Kami beli bingka ubi dari penjaja motosikal kat luar restoran.
Eh.. kena try tau bingka ubi kat sini. Sedap!
Perut dah kenyang, kaki pun dah penat. Kami balik ke hotel.
Selesai hari pertama kami di Saigon.
To be continue...
0 xoxo:
Post a Comment