Pukul 6 pagi Muhammad dah call Cik Pya.
Dia risau takut kami tak bangun lagi.
Sebab sepatutnya jam 6.30 pagi kami dah kena ke airport.
Tapi sebenarnya kami dah siap. Baru nak turun ke bawah.
Turun je bawah, Muhammad dah siap sedia menunggu.
Pastu dia suruh kami wrap beg kat hotel sebab katanya
lagi murah berbanding wrap kat airport.
Selesai wrap, Cik Pya booking grab car. Murah sikit naik grab.
Sementara menunggu grab sampai, Muhammad tapaukan untuk
kami bertiga nasi lemak yang dijual oleh penjaja kat situ.
Katanya untuk kami makan di airport nanti.
Dalam pukul 6.45, grab sampai.
Thank you so much Muhammad for everything.
Panjang umur inshaAllah nanti Cik Pya datang lagi.
Jalan tak sesak mungkin sebab masih awal pagi.
Dan kebetulan hari minggu pula.
Pukul 7 lebih kami dah sampai di airport.
Urusan check in pun lancar je.
Lepas drop luggage, kami terus masuk ke dalam.
Memandangkan masih awal, kami lepak di satu sudut
makan nasi lemak yang Muhammad tapaukan.
Sedap nasi lemak nye. Nanti kalau ke sana lagi
boleh lah beli lagi dengan abang yang jual nasi lemak ni.
Dia naik motosikal je jual depan hotel.
Pukul 9 pagi dah mula masuk flight.
Masa dah sampai untuk meninggalkan bumi Saigon ni.
Alhamdulillah pukul 1 lebih kami selamat tiba di KLIA2.
Tapau Garret popcorn dan air Daboba kemudian tunggu Amzar
datang ambil.
Tamat percutian 3 hari 2 malam kami di Saigon.
InshaAllah panjang umur dan ada rezeki Cik Pya pasti
akan kembali ke Saigon semula 😊
0 xoxo:
Post a Comment