Thursday, November 7, 2019

Pulau Sabang

Edit Posted by with No comments
Tarikh:: 29-10-2019

Meh nak tunjuk bot kaca yang Cik Pya cakap dalam entri ni [sini]

Sebenarnya bot kaca tu bot biasa je.. macam dalam gambar ni


Tapi ditengah-tengah bot ada box kayu macam ni


Dibawahnya ada dialas dengan kayu supaya box tu tak jatuh ke bawah.
Semasa dalam perjalan ke Iboih (tempat untuk snorkeling),
bot akan berhenti di suatu tempat.
Dan box tu akan diturunkan seperti ni


Sebenarnya kat bawah tu diletakkan cermin kaca.
Tujuannya supaya kita boleh nampak apa yang ada di dalam laut.
Ini sesuai untuk orang yang tak snorkeling.


Air kat sini sangat jernih dan bersih sehingga kita boleh nampak
coral dan ikan-ikan yang berenang di dalam laut.
Cik Pya sikit video yang Cik Pya ambil hari tu.
Erk.. tapi abaikan lah suara-suara latar tu ye 😁





Sampai di Iboih, ada ahli rombongan yang turun snorkeling.
Yang lain-lain cuma lepak berehat di kedai makan sambil
menikmati kopi Aceh atau air kelapa dan juga pisang goreng.








Dalam pukul 5.40 petang macam tu kami naik bot balik.


Dari jeti kami terus dibawa untuk dinner.
Cik Pya lupa nama kedai makan ni.



Walaupun pelbagai jenis lauk terhidang depan mata
tapi Cik Pya cuma berselera dengan lauk telur ni je.
Badan dah penat sebenarnya. Tu yang dah tak lalu nak makan.


Lepas makan kami terus ke hotel.
Kebetulan pula ada event di Pulau Sabang ni.
Kebanyakan resort hampir penuh.
Memandangkan rombongan kami ni ramai jadi, kami terpaksa berpecah.

Cik Pya bertiga dan tiga lagi ahli rombongan diletakkan di Anoi Itam Resort.
Biliknya besar. Selesa sangat untuk kami bertiga.




Selesai lawatan untuk hari ni. 
Masuk bilik rehat kejap, mandi kemudian solat.
Lepas tu zzzzzZZZZZzzzzzzz....


to be continue...





0 xoxo:

Post a Comment