Monday, November 11, 2019

Pulang Semula Ke Banda Aceh (Sambungan)

Edit Posted by with No comments
Tarikh:: 30-10-2019

Lunch kami hari ni special sikit. Kami di bawa ke Pantai Lampuuk.
Subhanallah.. pantai nya cantik sangat 😍😍




Perempuan ni walaupun tak tau berenang tapi dia ni memang pantang
nampak pantai 😆




Hari ni makan ikan bakar. Oh mai..!! Berselera makan.
Ada ahli rombongan siap minta nasi tambah lagi




Dah kenyang makan, kami langsung ke Masjid Rahmatullah untuk solat.


Pernah lihat gambar masjid ni?

Masjid Rahmatullah semasa tsunami - Ehsan Google

Tu gambar Masjid Rahmatullah selepas dilanda tsunami.
Terletak lebih kurang 400 hingga 500 meter dari Pantai Lampuuk.
Antara masjid yang tidak musnah semasa tsunami. Rumah-rumah dan
bangunan lain yang berada di sekelilingnya telah musnah dibawa
arus sekelip mata.

Masjid ini mengalami kerosakan kecil dan telah dibaiki dengan bantuan
dari Kerajaan Turki. Wajah terkini Masjid Rahmatullah.
Masih dalam pembinaan. Belum siap sepenuhnya lagi.





Bergambar dengan salah seorang Imam Masjid Rahmatullah
yang terselamat tetapi isteri dan anak beliau terkorban.


Ingat tak kelmarin kami tak dapat masuk ke Muzium Tsunami
sebab blackout kan? [sini]

Jadi, hari ini kami dibawa semula ke Muzium Tsunami.
Yeeayyy..!! Alhamdulillah tercapai juga hajat nak masuk muzium.


Di pintu masuk muzium terdapat helikopter polis yang musnah
semasa kejadian tsunami Disember 2004


Di dalam ada ditampal peringatan. Mohon ambil maklum kalau
anda tergolong dalam salah satu yang disenaraikan di sini.


Kami kemudian melalui satu lorong dikenali sebagai Tsunami Alley.
Di dalam lorong ini, kita dapat merasai pengalaman yang dilalui
ketika pagi kejadian.



Kiri kanan ada air mengalir.. basah, lecak, gelap, bau busuk sambil
diiringi alunan zikir.. Allah memang terasa seram dan takut.

Di sini juga ada tertulis nama-nama mangsa yang terkorban.
Ada puluhan ribu nama dipamerkan di sini.



Semasa tsunami, Aceh mendapat bantuan dari pelbagai negara di seluruh dunia.
Kerana ini merupakan bencana yang terbesar berlaku di dunia ini.
Ditunjukkan bendera negara-negara yang membantu Aceh pada masa itu
termasuklah negara Malaysia.



Turut dipamerkan barangan yang dijumpai semasa tsunami.




Di luar muzium ada kedai souvenir. Ada pelbagai barangan dijual sini.




Cik Pya kenalkan.. ini May.. tour guide kami di Banda Aceh.
Beliau sekeluarga antara yang terselamat semasa tsunami.


Next... shopping time...!!!!
Kami dibawa ke Pasar Aceh. Kami diberi masa 2 jam untuk
menghabiskan wang rupiah di sini 😅





Nampak sangat muka dah penat.


Memandang sudah hampir waktu Maghrib jadi, kami langsung
ke Masjid Raya Baiturrahman untuk solat jemaah di sana.
Alhamdulillah rezeki dapat solat kat masjid ni.

Haa... ada sesuatu nak bagitau ni.
Kalau orang perempuan nak masuk solat kat masjid ni
sila pastikan seluar yang korang pakai tu tak ketat dan baju mesti longgar.
Jika seluar ketat, sila pastikan baju korang labuh melepasi lutut.
Kalau tidak, nanti jadi macam Cik Pya dan seorang lagi ahli rombongan 😅

Jeng.. jeng.. jeng...

Kami kena pakai kain telekung untuk lindung seluar kami 😆
Lucu pula bila ingat balik...hehehehe
Sama seperti Masjid Al Azhar di Cairo [sini]



Laluan bawah tanah untuk ke tandas dan tempat wuduk wanita.


Suasana dalam masjid sebelum masuk waktu Maghrib. Riuh dengan aktiviti anak-anak.



Wajah suci kami.. hahahaha


Usai solat, sebelum dihantar ke hotel kami dibawa makan mee Aceh.
Kami ke Restoran Mie Nazar.


Ada pelbagai jenis mee dijual di sini. Cik Pya dan Mira order mee udang.
Cik order mee telur. Masa order mee udang tu kan, dah terbayang
udang besar-besar macam kita makan mee udang kat Malaysia ni.
Sekali bila sampai je.. Cik Pya pandang Mira.. Mira pandang Cik Pya.
Kemudian sama-sama ketawa 😄😄

Ni rupa mee udang yang kami order. Comel-comel je udang nye 😊


Yang ni pula mee telur.


Mee Aceh tu didatangkan dengan set keropok macam ni


Selain mee, kat sini ada dijual murtabak juga. Sama jugalah terbayang
murtabak Malaysia yang tebal tu kan. Yang datang rupa murtabaknya
lain pula.. seperti roti canai yang yang dibalut dengan telur.


Cik Pya dan Mira order kopi ais. Kat sini kena sebut kopi susu ais.
Kalau order kopi ais, nanti akan dapat kopi o ais.



Lepas makan, kami dibawa ke kawasan deretan kedai yang menjual buah-buahan.
Tapi kami tak turun beli pun. Sebab malas nak bawa balik.. berat 😅

Selesai membeli, kami balik ke hotel.
Naik bilik letak barang, kemudian kami turun semula.
Haa.. sekali lagi kami ke 212 Mart.. hahaha
Dah plan dah apa nak beli.. maklumlah ni malam terakhir.
Esok dah nak balik Malaysia dah.

Macam-macam Cik Pya borong. Produk Garnier, produk Wardah,
kopi, keropok dan tambah lagi body mist. Macam kat Malaysia takde kan?
Hahaha.. memang ada.. tapi kat sini harganya murah.

Balik ke hotel, rehat kejap kemudian mandi.
Tapi tak terus tidur. Kena packing beg sebab esok pagi dah
nak bertolak ke airport.



to be continue...



0 xoxo:

Post a Comment