Esok jom kita pergi PD.
Ada apa?
Kak nak jumpa kawan kak. Nak ambil barang.
Okay. Boleh je...
So, pagi Sabtu 26-10-2019 kami pun bergerak ke Port Dickson.
Kami pergi berempat.. Cik Pya, Cik, Mimi dan Syikin.
Sampai di PD dalam pukul 9 lebih, kakak ajak singgah sarapan dulu.
Hajat hati nak bersarapan di kedai Nasi Lemak Depan Kubur
tapi cancel sebab dah pukul 9 takut lauk dah tak banyak pilihan.
Alaa... lupa lah nama restoran kami singgah makan ni 😅
Kami makan nasi lemak dan roti canai. Makan kongsi-kongsi sebab
nanti kononnya lepas jumpa kawan Cik, kami nak pergi makan di
Restoran PD Famous Cendol Coconut Shake 😁
Kawan dia suruh tunggu dan kami berjumpa di restoran tu je.
Selesai urusan Cik, tengok jam masih awal lagi. Emm... mana nak pergi ye?
Mula-mula terfikir nak ke Ayer Hitam Johor. Ziarah keluarga sebelah
arwah suami Cik. Tengok waze, lebih kurang 3 jam perjalanan. Batal lah.
Kak teringin nak rasa keria gula melaka.
Okay! Jom....!!!
Terus tekan minyak kereta menuju ke Melaka 😁
Kami lalu ikut jalan dalam je.. lalu kampung-kampung.
Tempat pertama yang dituju ialah ke kedai Keria Antarabangsa Limbungan (Hjh Rahmah). Orang kata kuih keria ni sedap.
Masa kami sampai tu nampak barisan macam pendek je. Tapi rupanya..
Tipah tertipu. Orang beratur dalam kedai rupanya.
Berpusing jugalah kat dalam tu 😆
Kita hantar yang muda-muda je beratur.. hehehehe
Cik Pya dan Cik duduk kat meja menunggu diaorang berdua. Sementara menunggu tu
kami order laksa. Sebab katanya laksa kat sini sedap. Dah makan tu memang terbukti laksa kat sini sedap.. hehehe
Selepas 1 jam beratur.. akhirnya sampai giliran kami. Setiap seorang hanya dibenarkan beli 20 biji sahaja.
Next.. kami ke kedai Kuih Keria Antarabangsa Hj Jalil. Pengasas kuih keria
antarabangsa Limbungan. Yang mula-mula popular, kuih keria Hj Jalil ni lah. Beli sebab nak rasa and bandingkan dengan yang tadi mana lagi sedap.
Alhamdulillah yang ini tak lama beratur. Dalam 10 minit je dah sampai giliran.
Cik Pya lagi suka kuih keria yang Hjh Rahmah punya.
Sedap lagi yang kuih keria Hjh Rahmah.
Tapi ini pendapat Cik Pya. Lain orang lain rasa lidah nye kan 😙
Okay keria antarabangsa Hj Jalil checked ✓
Ada lagi yang viral yang Cik Pya try ialah air avocado.
Orang kata kalau datang Melaka, selain mango shake dan coconut shake
mesti kena try avocado Melaka.
Senarai air avocado yang dijual di sini dan harganya.
Alhamdulillah beratur dan menunggunya tak lama.
Ini yang Cik Pya order.. Avocado Chocolate Original Top 1 Special 😆
Yang ni yang recommended daripada pekerja kedai tu.
Rasanya.. MasyaAllah..!! Serius sedap..!! Tak cukup satu weiiii..
Rasa menyesal beli satu gelas je. Beli satu sebab diaorang yang lain tu tak
minum avocado. Korang mesti kena try kalau korang penggemar avocado.
Kebetulan kat kedai ni ada stall Cikitang yang menjual corndog.
Syikin memang penggemar corndog. Jadi, kami beli satu nak rasa.
Menu pilihan dan harga untuk corndog
Syikin beli 2.. Original Castor dan Crunchy Mamee.
Rasa?
Okay lah.. not bad. Yang Crunchy Mamee tu tepung nya disalut dengan
keropok mamee. So, bila makan adalah krup krap crunchy mamee tu.
Yang best makan corndog ni ialah masa mula-mula makan tu. Syok tarik mozarella cheese panjang-panjang. Macam yang Cik Pya buat ni 😆
Tapi kami bertiga je turun. Cik malas nak turun. Dia tunggu dalam kereta je.
betul lah kata pantun ni
Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut suka hati..
0 xoxo:
Post a Comment