Disebabkan tidak dapat masuk ke Muzium Tsunami [sini]
kami seterusnya dibawa ke Gampung Lampulo.
Bas kena berhenti kat luar, kena jalan kaki sikit untuk masuk ke dalam.
Di sini terletaknya kapal yang tersangkut di atas rumah
semasa berlaku kejadian tsunami pada tahun 2004.
Difahamkan kampung ini antara yang teruk terkena tsunami kerana
kedudukan kampung ini yang terletak berhampiran dengan laut.
Kampung ini dilanda ombak tsunami setinggi 15 meter.
Sekelip mata kampung ini hancur. Katanya penduduk kampung ini seramai
6000 orang. Cuma 1500 orang sahaja yang terselamat.
Selebihnya meninggal atau hilang dibawa ombak tsunami.
Seramai 59 orang yang berada di dalam bot ini terselamat daripada
dibawa ombak. Salah seorang yang terselamat ialah ibu Bundiah.
Semasa kejadian, umurnya 55 tahun. Sekarang usia beliau sudah 70 tahun.
Semua ahli keluarga ibu Bundiah meninggal.
Di tempat ini ada local guide yang akan bercerita kepada pelancong
pengalaman yang mereka lalui semasa berlakunya tsunami.
Termasuklah pengalaman ibu Bundiah.
Cerita pengalaman local guide ketika tsunami.
Ibu Bundiah bercerita pengalaman beliau pula.
Kat sini boleh beli sijil dan buku kejadian tsunami sebagai tanda kenangan.
Ibu Bundiah bercerita pengalaman beliau pula.
Kat sini boleh beli sijil dan buku kejadian tsunami sebagai tanda kenangan.
Habis di sini, kami ke Pustaka Souvenir.
Ketika dalam perjalanan menuju ke Pustaka Souvenir, kami melintasi satu tugu.
Tugu yang terletak di bulatan simpang lima.
Tour guide bagitau, ketika tsunami hari tu, air laut naik hingga ke paras
puncak tugu tersebut. Allahuakbar.. tak dapat nak bayangkan kalau Cik Pya
berada dalam situasi tersebut 😥
Ketika dalam perjalanan menuju ke Pustaka Souvenir, kami melintasi satu tugu.
Tugu yang terletak di bulatan simpang lima.
Tour guide bagitau, ketika tsunami hari tu, air laut naik hingga ke paras
puncak tugu tersebut. Allahuakbar.. tak dapat nak bayangkan kalau Cik Pya
berada dalam situasi tersebut 😥
Pustaka Souvenir ni ialah kedai yang menjual barangan cederahati dari Aceh.
Macam-macam barangan ada dijual di sini.
Daripada kain batik, tshirt, tas tangan hinggalah ke makanan.
Orang kata, Aceh terkenal dengan kopinya yang sedap.
Mesti beli kopi sebagai buah tangan bawa balik Malaysia.
Pelbagai jenis kopi ada di jual di sini.
Sepatutnya kami akan bersolat maghrib di Masjid Baiturrahman
tetapi atas permintaan ahli rombongan, kami dibawa terus untuk dinner.
Majoriti ahli rombongan semua dah penat.
Semua dah tak sabar nak check in hotel dan berehat.
Jadi, petang tu kami dinner awal di Restoran Wong Solo.
Usai dinner, kami terus ke hotel... Al Hanifi Hotel.
Cik Pya suka decoration tempat makan hotel ni. Terasa macam kat rumah.
Ni bilik kami malam ni. Sempit sikit sebab kami tambah extra bed.
Kalau tak tambah extra bed, salah seorang daripada kami kena stay sorang
atau kena kongsi dengan orang lain.
Sebaik letak beg, kami turun semula ke bawah.
Niat mulanya kami nak ambil grab nak pergi Indo Maret.
Dah terbayang roti cheese kat Indo Maret ni.. hehehe
Sebelum ni kalau ke Bandung, Cik Pya memang suka beli roti cheese kat sini.
Tapi tak jadi ke Indo Maret sebab kata staf hotel, selang 2 pintu dari hotel ni
ada 212 Mart.. kedai milik koperasi masyarakat Islam Aceh.
Apa yang bagus membeli di sini kan.. selain kita dapat menyumbangkan duit kita
untuk pembangunan masyarakat Islam Aceh dengan cara membeli barang,
kita juga boleh infaq kat sini. Jadi, kami langsung ke situ saja.
Terus batalkan niat nak ke Indo Maret.
Mula-mula pergi kedainya tutup. Rupa-rupanya kedai di Aceh ni
tutup ketika masuk waktu solat. Kalau malam, dia tutup dari Maghrib hingga Isyak.
Kebiasaannya tutup 15 minit.
Macam-macam ada kat 212 Mart ni. Cuma sayang nya roti yang Cik Pya nak
tak ada di sini 😥
Asalnya kami cuma nak beli roti atau Indo Mie je tapi sudahnya..
Haaa ambil kau.. sebakul kami borong. Macam-macam yang diambil.
Sebab harga murah sangat 😆😆
Paling banyak borong, body mist comel ni. Harga sebotol dalam RM4.50 je.
Dah.. jom balik ke bilik. Badan dah mula tak selesa.
Sampai je ke hotel.. rehat kejap kemudian mandi dan solat.
Tak sedar jam berapa zzzzZZZZZzzzzzzz....
To be continue...
Rindu Aceh..
ReplyDeletem.u.l.a.n:
ReplyDeleteKalau dah pernah pergi mesti terasa rindu kan?
Cik Pya yang baru balik ni pun masih belum boleh move on lagi
hehehe
alhamdulillah nikmat rezeki dapat pi jalan2 ke negara orang ^_^
ReplyDeleteUmi Nazrah:
ReplyDeleteAlhamdulillah :)