Thursday, November 14, 2019

Food Walk:: Dolly Dim Sum

Edit Posted by with 2 comments
Pernah makan kat Dolly Dim Sum?


Disebabkan baca review ramai yang cakap sedap dim sum kat sini
makanya, hari tu Cik Pya dan 2 orang BFF pergi makan di cawangan
yang kat IOI City Mall Putrajaya.


Nampak kedai ni kosong je kan?


Bukan tak ada pelanggan tapi kami ni sampai awal yang sebenarnya.
Hari tu memang dah niat nak sarapan di sini. Jadi, pukul 10 lebih
kami dah sampai kat IOI City Mall ni. Ingatkan kedai buka pukul 11.
Rupa-rupanya 11.30 macam tu baru dia buka. Sanggup tunggu lama
sebab dah memang berhajat nak makan kat sini 😅

Antara menu yang kami order hari tu

"Siew Mai" Dumpling - kombinasi udang, ayam dan cendawan yang di steam.


Spicy Szechuan Dumpling - Intinya isi ayam dan udang.
Diisi penuh.. padat dan sendat.. hehehehe
Makan pula dengan kuah yang rasa pedas-pedas manis.
Sumpah sedap!


Dolly Mozza Roll - beancurd yang digoreng rangup.
Inti dalamnya udang dan mozarella cheese.


Radish Cake With Dried Scallops - radish cake dengan campuran udang dan
scallops yang dikukus. Rasa nya boleh tahan sedap gak.


Chewy Meat Croquette - satu lagi menu yang Cik Pya suka.
Lain daripada yang lain sikit sebab yang ni berintikan daging.


Tak banyak kami order hari tu sebab dah plan nak makan tempat lain pula
selepas tu.. hahahaha.. Makanan kat sini sedap-sedap tapi a little bit
pricey la harga kat sini 😊





2 comments:

  1. tk pernh try lg mkn kt dolly dimsum..slalu tgk kwn2 mkn sini..nanti nk try la...fav menu dimsum

    ReplyDelete
  2. Dah lama nampak kawan2 post tapi tak dapat nak try lagi sbb kawasan kami mmg tak ada. Mmg suka dimsum semua ni..

    ReplyDelete