Hari terakhir kami di Banda Aceh.
Pagi ni turun sarapan jam 7.30 pagi.
Terus bawa beg turun. Malas nak naik semula dah.
See.. i told you.. hari-hari i makan nasi kat sini.
Sedap sangat kot beras Aceh ni 😆
Mengabadikan gambar di depan kaunter hotel.
Eh! Perasan tak masing-masing ada pegang kotak?
Dalam kotak tu berisi bingka Aceh.
Masing-masing pakat beli bawa balik ke Malaysia.
Sedap uols..!!
Bingka Aina namanya. Ada 2 jenis.. bingka tepung dan bingka ubi.
Harganya 3 paket Rp100ribu. Cik Pya beli sebagai buah tangan
untuk kawan-kawan di pejabat dan juga untuk EE.
Pukul 8 pagi bas mula bergerak.
Semasa perjalanan ke airport, ada melintasi sebatang sungai.
Kata tour guide, air tsunami naik hingga paras jambatan ni.
Di atas jambatan ni dulu penuh bersusun dengan mayat.
Perjalanan ke airport mengambil masa lebih kurang 30 minit.
Bergambar dengan Pak Anwar dan Muchtar atau Maulana.
Diaorang berdua yang menjadi driver sepanjang kami di Banda Aceh.
Alhamdulillah luggage kami tak melebihi muatan. Ngam-ngam je..
So, semua urusan check in berjalan dengan lancar tanpa ada
sebarang masalah.
Cik Pya nak pesan, kat sini untuk hand carry agak straight ya.
Penumpang hanya dibenarkan bawa 2 beg sahaja termasuk handbag
dan tak melebihi 7kg seperti yang tertulis.
Semua beg akan ditimbang sebelum kita masuk ke imigresen.
Kami bergambar beramai-ramai bersama dengan Ihsan.
Ihsan ni bersama dengan kami sepanjang di Aceh dan Pulau Sabang.
Masa untuk mengucapkan selamat tinggal.
Flight kami berlepas ke Malaysia jam 11 lebih waktu Aceh.
Alhamdulillah selamat sampai di KLIA pukul 1 lebih.
Kemudian naik ERL ke Bandar Tasik Selatan.
Dan seterusnya ambil grab balik ke BTHO.
Alhamdulillah tamat lawatan 4 hari 3 malam di Banda Aceh dan Pulau Sabang.
Kesimpulannya, Banda Aceh memang antara tempat yang mesti
kita kunjungi jika ada rezeki. Banyak pengajaran dan ilmu yang boleh
kita dapat di sini.
Satu tips untuk korang yang berhajat nak pergi ke Aceh.
Sediakan wang kecil untuk bersedekah.
Kerana di sini, banyak tempat menyediakan tabung untuk pembangunan
masjid di sekitar Banda Aceh dan Pulau Sabang.
Atau boleh beri kepada peminta sedekah.
Dermalah seikhlas hati. Semoga dengan sumbangan kita yang kecil itu
Allah lipat gandakan lagi rezeki dan pahala untuk kita 😊
0 xoxo:
Post a Comment