Friday, August 21, 2020

#Throwback Umrah 2017 - Day 9:: Hari Pertama Di Bumi Madinah

Edit Posted by with No comments
Tarikh:: 05-12-2017

Selamat tiba di bumi Madinah malam tadi.
Di Madinah kami menginap di Hotel Al Eiaman Taibah.
Sebaik saja menjejaki bumi Madinah ni, Cik Pya demam.

So, Subuh hari tu Cik Pya tak ke masjid untuk solat.
Hanya solat di bilik hotel saja.
Hidung mula berdarah. Mungkin sebab suhu sejuk sangat kot.
Tapi alhamdulillah lepas makan ubat, dah mula ada tenaga sikit.

Pagi tu selepas sarapan, kami di bawa ke Saqifah Bani Saidah.
Saqifah ini berdekatan dengan pintu nombor 15 Masjid Nabawi.
Mutawif menyampaikan tazkirah mengenai sirah Nabi dan bumi Madinah.


Di belakang kami tu difahamkan di bawah binaan kolam tersebut
terdapat telaga milik Bani Saidah.
Katanya Rasulullah pernah mengambil wudhuk di telaga tersebut.


Kami sekeluarga bergambar di Saqifah Bani Saidah.
Yang baju pink hujung kanan tu kawan kepada Kak Jah.


Dari sini kami berjalan kaki ke sebuah muzium yang dikenali sebagai
Muzium Rasulullah. Tetapi sebenarnya ianya mempamerkan
keagungan makna Asma Ul Husna (99 nama Allah).


Kemudian kami berjalan kaki ke pasar lama Madinah.
Kedudukan pasar ni pun tak jauh dengan Saqifah Bani Saidah tadi.
Macam-macam benda boleh dibeli di sini.
Seperti biasa juga kalau berkunjung ke pasar macam ni memerlukan
ilmu kemahiran tawar menawar yang tinggi 😁






Selesai ber shopping kami balik ke hotel.
Rehat sekejap sebelum ke masjid untuk solat Zohor.

Lepas solat Zohor.. Cik Pya, Mimi dan Cik tak balik.
Kami terus tunggu hingga solat Asar.



Lepas Asar balik ke hotel dan datang semula untuk solat Maghrib dan Isyak.
Balik lepas Isyak tu, singgah beli ais krim 😁


Selepas makan malam, kami ke Masjid Nabawi semula.
Kami masuk ke Raudah malam tu.



Alhamdulillah dalam pukul 11 malam kami selesai semua nya.



Lena tidur malam tu sebab penat berasak 😅


To be continue...



0 xoxo:

Post a Comment