Monday, August 10, 2020

#Throwback Umrah 2017 - Day 3:: Selesaikan Ihram

Edit Posted by with 2 comments
Tarikh:: 29-11-2017

Balik dari ziarah di Hudaibiyah [sini], kami dihantar terus ke hotel.
Naik bilik tinggal kan barang yang tak perlu kemudian kami ke
Masjidil Haram untuk selesaikan ihram kami.

Alhamdulillah hari tu orang tak berapa ramai melakukan tawaf.
Usai tawaf dan solat sunat, kami terus ke tempat saei.


Dalam pukul 4 lebih kami selesai saei dan tahalul.
Terus tunggu solat Asar.


Nampak tak orang dah makin ramai melakukan tawaf.



Kami balik ke hotel selepas selesai solat Asar.
On the way balik, singgah beli ais krim dulu 😁


Kembali semula ke Masjidil Haram untuk solat Maghrib dan Isyak.
Malam tu Cik Pya, Cik dan Mimi solat di dataran masjid je.. tak masuk dalam pun.

Ustaz kata, pahala solat di dataran Masjidil Haram ni sama
dengan pahala kita solat di dalam Masjidil Haram.
Berbeza dengan Masjid Nabawi. Pahala solat di luar tidak sama dengan  pahala
solat di dalam Masjid Nabawi.




Selesai Isyak, kami ke Safwa Tower.
Hajat nya nak melontar riyal 😁
Cik Pya ke butik baju favourite.
Setiap kali datang umrah, Cik Pya memang akan ber shopping di sini.

Wanita "comel" macam Cik Pya ni tak boleh nak beli
jubah yang dijual di kedai-kedai tepi jalan tu.
Tak ada saiz uols...!!! 😆

Cik Pya kena shopping di butik yang menjual jubah saiz
untuk wanita-wanita Arab 😅


Specialnya butik ni, kalau design yang kita suka tak ada saiz
dia boleh buatkan ikut ukuran badan kita.
Sebab tu lah butik ni jadi butik kegemaran Cik Pya.

Selesai shopping, kami balik ke hotel.


To be continue...


2 comments:

  1. Cepatlah hilang covid ni, rindu nak tengok kaabah ramai macam ni semula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Sayu je tengok orang tak ramai masa musim haji hari tu

      Delete