Monday, August 24, 2020

Food Walk:: Ikan Bakar Sungai Lui Hulu Langat

Edit Posted by with 10 comments
Jumaat malam lepas (21-08-2020) Cik Pya ikut family kakak
dinner ikan bakar di Sungai Lui Hulu Langat.
Apa nama kedai nye, Cik Pya pun tak tau.
Puas cari tak ada signboard nama kedai 😅


Kedai nye masuk ke dalam kawasan kampung.
Ada jalan kecil masuk ke dalam.
Walaupun kedai kampung, tapi tetap ikut SOP tau..


Boleh pilih kat pondok mana nak makan.
Sama ada nak makan kat dalam pondok di atas kolam atau pun kat daratan.



Memandangkan kami tujuh orang, abang ipar lebih selesa pilih
pondok yang kat daratan. Lagi pun rasa macam scary je
nak lalu jambatan nak ke pondok atas kolam tu 😅



Order makanan kat pondok kaunter ni..


Ikan talapia akan ditangkap terus dari kolam kat tepi rumah ni.


Kemudian dibersihkan dan dibakar kat pondok belakang ni.

 

Kalau nak masakan lain selain bakar, dia akan masak kat dalam pondok tepi ni.


Ini yang kakak dan abang ipar Cik Pya oder.

Talapia Bakar

Pelengkap ikan bakar

Talapia Goreng Cili

Order Ayam Goreng Halia tapi dapat Ayam Goreng Cili

Telur Dadar - lauk wajib

Sup Sayur

Cik Pya suka sangat ikan bakar dia... sedap..!!!
Nahhhh... lihat pinggan ku... penuh tulang temulang sebab tolong habiskan
ikan bakar dua ekor 😆



Brruupppp...!! Alhamdulillah.. kenyang.

Thank you so much to kakak and abang ipar for belanja makan malam tu.
Semoga murah lagi rezeki kakak sekeluarga 💙



10 comments:

  1. sedapnya cik piya makan ikan bakar malam-malam kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak.. ikan lak fresh.. memang layan kak hehehe

      Delete
  2. coolnya kedai dia! best makan kat pondok2 camtu kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah... satu pondok satu family. Seronok nak makan sebab tak bercampur dengan orang lain

      Delete
  3. Replies
    1. Tapi CP rasa scary la wak.. takut ada kayu yang reput.. kang ada yang terjatuh dalam kolam lak.. hehehehe

      Delete
  4. wahh makin tembamla pipi cikpya tu makan seafood yg sedapp gituu.. :p

    ReplyDelete