Monday, August 17, 2020

#Throwback Umrah 2017 - Day 7:: Ziarah Ke Taif

Edit Posted by with No comments
Tarikh:: 03-12-2017

Usai solat Subuh, kami terus buat tawaf Wida'.

Dah nak ke Madinah ke?

Eh! Belum lagi...

Ziarah luar kami hari ni jauh sikit. Luar dari Kota Mekah.
Rombongan kami dibawa melawat Taif hari ni.
Ini tambahan dalam itinerary. Perlu tambah sedikit wang tambang.
Cik Pya dah lupa bayaran yang dikenakan.

Perjalanan dari Mekah ke Taif mengambil masa 2 jam.
Cik Pya baru first time ke Taif.
Sebelum ni hanya dengar cerita daripada Farah.
Farah ni kawan Cik Pya yang tinggal di Jeddah.
Ikut suami dia yang kerja kat sana.

Taif merupakan bandar kecil yang terletak di kawasan pergunungan
Al Sarawat, Arab Saudi. Kira macam Cameron Highland la kalau kat sini.
Difahamkan hujan selalu turun di kawasan ni.
So, cuaca kat sini sejuk je sepanjang tahun.

Kalau nak tau, kat Taif ni banyak theme park dan water theme park.
Tapi kami takde la singgah. Cuma lalu je depan theme park tu semua.

Tempat pertama yang kami singgah ialah Rashed Husain Alqorashei Factory.
Kilang yang mengeluarkan wangian bunga rose.
Dikatakan wangian rose Taif ni antara wangian terbaik di dunia.
So, kalau korang berpeluang ke Taif jangan lupa beli wangian rose ni tau.


Macam-macam produk yang kilang ni keluarkan.
Antaranya body mist, perfume, losyen, bedak, teh
yang kesemuanya berasaskan bunga rose.

Masjid Kuk atau Masjid Siku merupakan tempat lawatan kami seterusnya.
Masjid ini terletak dipinggir jalan utama je.


Masjid ni merupakan masjid tempat Rasulullah S.A.W berlindung
ketika melarika diri sewaktu dikejar bani Thaqif.

Kenapa di panggil Masjid Siku?

Difahamkan kerana terdapat kesan lekuk pada batu ketika Rasulullah S.A.W
berteleku dengan siku Baginda di sini dalam keadaan penuh luka.




Erk.. sempat lagi beli ais krim yang dijual di tepi jalan ni 😁


Lokasi seterusnya ialah Masjid Al Madhoon.
Merupakan sebuah masjid purba yang terletak tidak jauh dari Masjid Kuk.


Masjid ini terkenal dengan menara Athan yang kelihatan seperti
selinder dan berakhir dengan spera.


Rekabentuk masjid ini ialah segi empat tepat.


Dari atas bumbung nampak jelas tanaman yang hidup subur di sini.


Kemudian kami ke Pasar Buah Al Hada.
Kalau datang ke Taif ni, rugi tau kalau tak beli buah.
Buah-buah kat sini besar dan murah.






Pintu gerbang berdekatan pasar buah

Cik Pya beli sekotak buah delima share dengan Cik

Seterusnya kami ke Muzium As-Shareef.


Muzium ini mempamerkan kehidupan orang Arab.
Alat senjata, cara pemakaian, hiasan dalam rumah dan banyak lagi.




Saiz pinggan orang Arab dulu-dulu


Seterusnya kami makan tengahari di sini.



Usai di muzium ni, kami ke Masjid Miqat Qarnul Manazil.
Persinggahan terakhir kami sebelum kami balik ke Mekah.
Di sini kami berniat ihram umrah.

Teruja sangat nak ke sini, sebab selama ni asyik sebut je nama miqat Qarnul Manazil.
Tapi tak tau macam mana rupa paras masjid miqat ni.
Ini miqat niat ihram bila kita naik flight dari Malaysia.

Cik Pya tak ambil gambar masjid ni sebab dah kepenatan.
Ni gambar-gambar dari sumber pakcik Google.



Selesai solat dan berniat ihram untuk jemaah yang nak buat umrah,
kami terus bergerak balik ke Mekah.
Tamat sudah lawatan kami di Taif.



To be continue...



0 xoxo:

Post a Comment