Thursday, August 20, 2020

#Throwback Umrah 2017 - Day 8:: Hari Terakhir Di Mekah

Edit Posted by with 4 comments
Tarikh:: 04-12-2017

Selepas solat Subuh di Masjidil Haram.
Subuh terakhir kami di Masjidil Haram ni.
Kat belakang tu orang dah mula ramai nak mulakan tawaf.


Tengok puas-puas sambil berdoa semoga ini bukan ziarah yang terakhir.


Lepas Dhuha kami balik ke hotel. Selepas sarapan naik ke bilik.
Packing barang-barang semua sebab petang ni kami akan bertolak ke Madinah.

Masa nak keluar ke Masjidil Haram untuk buat tawaf Wida' sempat juga
bergambar dengan Habib. Pekerja hotel berasal dari Bangladesh.
Erk... dia kata dia suka Cik Pya dan dia ajak Cik Pya kahwin 😅


Rombongan bergambar beramai-ramai sebelum masuk ke Masjidil Haram.


Petang lepas Asar kami bertolak ke Madinah.
Semoga ada rezeki Allah jemput Cik Pya dan keluarga ke sini lagi.
Mana tahu mungkin rezeki datang dengan insan yang bergelar suami pula kan?
Siapa tahu kan? Itu semua rahsia Allah 😊


To be continue...



4 comments:

  1. ooo..ada habibi nama habib ye..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh bukannnnnn... bukan habibi.. kawan je hehehe

      Delete
  2. Uish... tawaf Wida' lah yang paling sebak sekali... berjurai2 air mata!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul uncle sebab takut itu ziarah terakhir kita kan :(

      Delete