Tuesday, August 11, 2020

#Throwback Umrah 2017 - Day 4:: Infaq Di Mekah

Edit Posted by with 6 comments
Tarikh:: 30-11-2017

Hari ni kami satu keluarga berpuasa sunat.
Saja ambil kesempatan berpuasa kat Tanah Suci ni.

Pagi selepas solat Subuh sebelum balik ke hotel, kami bergambar dulu 😊




Hari ni aktiviti bebas.
Ada jemaah yang keluar melontar riyal.
Kami sekeluarga cuma berehat je di bilik hotel.

Petang selepas solat Asar, Cik Pya, Cik dan Mimi pergi ke kedai makanan
yang terletak berdekatan dengan Masjidil Haram ni.
Tujuan nya nak sempurnakan amanah kawan-kawan dan family Cik Pya di Malaysia.

Cik Pya serahkan wang kiriman kawan-kawan dan family.
Tujuan nya untuk infaq kan makanan kepada musafir, gelandangan dan juga
pekerja masjid yang dah habis bertugas petang tu.


Alhamdulillah kami dapat sedekah nasi ayam dan juga shawarna.
Siap sekali dengan air kotak.




Alhamdulillah.. lega bila dah selesaikan amanah orang.
Bergambar dengan salah seorang pekerja kedai.


Kemudian kami tapau sekali makanan untuk kami berbuka puasa petang tu.
Makanan yang sama kami infaq tadi cuma nasi ayam tu Cik Pya tukar dengan fries.




Masa ni kami berpisah. Kami bertiga berbuka kat dataran.



Sementara family yang lain berbuka kat roof top Masjidil Haram.


Selesai solat Isyak kami terus balik ke hotel.
Ahli keluarga lain ada yang pergi melontar riyal.



To be continue...



6 comments:

  1. Shawarma, saya first time dengar tentang menu tu tahun lepas, selalu semua yang macam tu saya panggil kebab je haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebab lain.. shawarma lain. Tapi orang Malaysia ni semua dia panggil kebab je hehehehe

      Delete
  2. Boa tarde. Reunião familiar é tudo de bom. Parabéns.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bom dia Luiz. Sim. reunião de família é sempre a melhor

      Delete