Monday, August 24, 2020

#Throwback Umrah 2017 - Day 10:: Ziarah Luar Di Bumi Madinah

Edit Posted by with No comments
Tarikh:: 06-12-2017

Menunggu masuknya waktu Subuh.



Azan Subuh  di Masjid Nabawi.


Suasana selepas habis solat Subuh.



Lepas sarapan terus naik ke bilik untuk bersiap.
Hari ni rombongan akan dibawa ziarah luar.

Antara tempat lawatan  yang kami pergi ialah Masjid Quba.
Masjid yang dibina oleh Rasulullah ketika berhijrah dari Mekah ke Madinah.
Difahamkan pahala solat sunat 2 rakaat di sini bersamaan dengan
pahala satu kali umrah.


Bersama Kak Jah dalam Masjid Quba
Ladang kurma. Tempat untuk shopping buah kurma.
Tapi bukan buah kurma je ada, ada juga kacang-kacang dan coklat.
Kat sini boleh rasa atau makan buah kurma atau segala makanan yang ada.
"Halal.. halal.. halal.." kata penjual di sini.

Jemaah ramai beli buah kurma, kacang dan coklat kat sini.
Cik Pya beli kurma ajwa jumbo dan kacang-kacang share dengan Cik.

Bersama Kak Teh; kakak ipar Cik Pya

Bersama Cik dan Mimi

Tertarik dengan nama kurma ni. Tak tau kenapa ada nama "laki2".


Kami juga dibawa ke Jabal Uhud atau Bukit Uhud.
Tempat terjadinya Perang Uhud.


Di sini juga tempat persemadian Sayyidus Syuhada Hamzah Abdul Muttalib
bersama dengan 70 para syuhada yang lain.


Selain itu, di sini juga terdapat Bukit Pemanah.


Kami juga dibawa melintasi Majid Tujuh dan Masjid Qiblatain.
Tak singgah cuma tengok daripada dalam bas je.


Habis lawatan kami dihantar balik ke hotel.
Selesai lawatan kami di bumi Madinah untuk hari ni.


To be continue..




0 xoxo:

Post a Comment