Thursday, August 13, 2020

#Throwback Umrah 2017 - Day 5:: Majlis Silaturrahim Di Jabal Nur

Edit Posted by with 4 comments

Tarikh:: 01-12-2017

Permandangan selepas Dhuha di Masjidil Haram.


Balik dari masjid, kami sarapan bersama.


Lepas sarapan naik ke bilik berehat.
Ahli keluarga yang lain ada yang keluar melontar riyal.

Pukul 12 tengahari ke Masjidil Haram semula untuk solat Zohor.

Bersama dengan jemaah dari Turki dan Pakistan
Lepas Zohor balik semula ke hotel.
Makan tengahari dan berehat kejap sebelum pergi semula untuk solat Asar.


Balik dari solat Asar, singgah bagi burung merpati makan.
Burung-burung merpati yang banyak bertebaran kat depan dataran Masjidil Haram.
Sebungkus makanan burung tu dijual dengan harga 3 Riyal.




Sampai je di hotel terus bersiap.
Malam ni kami ada majlis tahlil di kawasan berdekatan dengan Jabal Nur.

Jemaah dah ready tunggu bas datang.


Dah sampai tempat nya.
Tapi Cik Pya lupa nak ambil gambar persekitaran.
Suasana malam kat sini sunyi dan sejuk je.. best!



Malam tu selain daripada bacaan tahlil, ada juga diselitkan dengan tazkirah.
Kami solat Maghrib dan Isyak berjemaah di sini.



Makan malam juga disediakan.
Takde pula Cik Pya ambil gambar masa makan.
Kalut sangat nak makan kot.. sampai lupa ambil gambar 😅

Selesai makan malam, bas hantar kami balik ke hotel.
Tidur lena malam tu sebab perut kekenyangan....



To be continue...



4 comments:

  1. Cantik warna tudung hijau emerald tu

    ReplyDelete
  2. Semua orang sempat bagi merpati tu makan kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul uncle. Geram tengok burung2 tu... banyak. Rasa nak main kejar2 hehehe

      Delete