Thursday, October 28, 2021

#Throwback My Covid-19 Journey :: Part 10

Edit Posted by with 5 comments
17-06-2021 hingga 02-07-2021

Dalam wad medical 8C ni untuk pertama kalinya CP dapat jejak kaki ke lantai
dan diajar berdiri oleh pegawai fisio menggunakan walking frame.


Alhamdulillah... syukur sangat.
Dengan menggunakan walking frame tu dapat lah CP mengatur beberapa langkah.
Dia punya happy tu tak tau nak gambarkan macam mana.
Tapi terasalah otot kaki tu lemah... tak boleh nak berdiri lama.

Rutin harian kat sini masih lagi sama seperti di dalam wad 7B dan 6B.
Setiap 4 atau 5 jam nurse akan datang untuk ambil bacaan.
Tengah malam doktor akan datang untuk ambil darah.



Pertama kali dapat sarapan bihun goreng.. habis CP makan πŸ˜…
Bukan sebab sedap sangat tapi sebab dah lama tak makan.
Makanan hospital kan.. mana lah sedap sangat.



Bilangan ubat masa kat dalam wad ni juga berkurangan sikit
berbanding semasa dalam wad 7B dan 6B.


Kat wad ni juga buat pertama kalinya CP dapat berjumpa dengan anak sedara CP.
Amzar datang dengan kakak tapi sebab sorang je yang boleh naik ke wad
so, kakak tunggu kat lobi.


Bila nurse cakap kat wad ni pelawat boleh datang tapi cuma untuk ambil barang je
so, CP terus lah call minta Amzar datang ambil barang yang tak guna untuk dibawa balik.
Banyak sangat barang CP.. termasuk segala belon dan hadiah yang orang bagi.

Tak lama kat wad ni, 21-06-2021 CP dipindahkan ke wad rehab 8D.
Haa... di wad 8D ni buat pertama kalinya CP dapat mandi setelah 36 hari warded πŸ˜…
Happy nyeeeee.. dapat basahkan badan, dapat buang air kat toilet.

Tapiiii...

Ada tapi nyee... 😬

Nurse tolak CP ke toilet menggunakan commode wheel chair.
Mula-mula tolak ke toilet bowl untuk buang air.
Bila selesai, dia akan tolak ke shower untuk mandi.

Nak dijadikan cerita, masa hari pertama tu CP boleh pula sembelit.
Pada hal selama ni masa guna pampers tak penah sekali pun sembelit.
So, CP terpaksa menggunakan tenaga untuk teran masa buang air.
Masa tu dah tercungap-cungap dah tak cukup nafas.
Akhirnya nurse masukkan ubat pelincir untuk mudahkan CP membuang.

Masa nurse tolak CP ke shower, CP memang dah terasa semput dah.
Dah rasa tak larat sangat dah.
Mungkin sebab banyak guna tenaga semasa meneran kot.
So, masa kat shower ni memang spo2 CP drop.

Siap pakej sekali dengan rasa nak pitam.
Rasa dunia CP kelam je masa tu.
CP dapat basahkan badan sekejap je.
Kelam kabut nurse keluarkan CP dari toilet tolak ke katil.
Dapat je baring.. Allah rasa lega sangat.

Nurse cakap..

"Kalau macam ni, esok tak payah mandi lah..."

Uwaaaaa.... sedihnya... 😭😭

Baru je rasa happy sebab dapat buang air kat toilet
dan dapat mandi basahkan badan.

Tapi nurse cakap je.. esoknya tetap juga bawa CP mandi.
Dan di hari kedua dan hari-hari seterusnya CP dah pandai
control pernafasan CP.

CP minta nurse tolak CP ke toilet bowl.
Kemudian CP buang air dan mandi terus di situ.
Memang lah air nye sejuk tapi sekurang-kurangnya
bila CP tak banyak bergerak, spo2 CP tak drop.

Eh.. tak tau commode wheel chair?

Ni rupa dia..

Commode wheelchair sumber Google

Kat seat tu ada lubang.. bila tolak ke toilet bowl
kita boleh terus buang air tanpa perlu bangun berpindah duduk atas toilet bowl.

Jadual di dalam wad rehab tak sama seperti wad lain.
Di sini rutin harian bermula seawal jam 6 pagi.

Pukul 6 nurse akan datang bawa pesakit ke toilet untuk mandi.
Sementara menunggu pesakit mandi, nurse akan tukar cadar katil.
Dah siap mandi, nurse akan bantu untuk pakai pampers dan kain baju.
CP masih pakai pampers sebab belum boleh urus diri sendiri lagi.

Pukul 8 pagi, sarapan dihantar oleh catering hospital.
Antara sarapan CP kat wad 8D...





Nampak menyelerakan la sikit berbanding dengan wad sebelum ni 😊

Kemudian pukul 9 pagi, segerombolan doktor akan datang melawat.
Masa ni kalau ada yang kita rasa tak okay, terus je bagitau diaorang.
Ramai doktor yang datang.. kadang-kadang Dr Sa'ari pun ada sekali.


Dalam pukul 10 pagi, pegawai fisio akan datang untuk sesi motor skill.
Ni antara permainan yang CP lakukan semasa sesi tersebut...






Biasanya sesi tamat jam 11.30 pagi.
Rehat sekejap kemudian pukul 12 tengahari catering datang hantar lunch.

Antara lunch CP kat wad 8D...





Kalau nak tau, semua makanan di atas tidak ada garam.
CP diberi satu paket kecil garam untuk CP tambah sendiri dalam makanan tu.
Sepekat kecil garam tu adalah jumlah garam yang badan CP perlukan.
Lupa pula CP nak snap gambar paket garam tersebut.

Oh ya.. semasa di wad 8D ni doktor tukarkan jenis diet CP.
CP lupa jenis diet nye cuma yang CP ingat, CP tidak lagi diberi air teh atau kopi
dan semua makanan CP tiada garam.
Sarapan dan minum petang dihidangkan dengan air susu dan air kosong sahaja.

Habis makan tengahari, rehat.. tidur sekejap.

Tepat pukul 2, nurse akan datang bawa CP turun ke gym di level 2.
Petang adalah sesi fisio untuk kuatkan otot tangan dan kaki.

Ni yang sempat CP curi-curi rakam untuk aktiviti dalam gym...



Sesi selama 2 jam.. pukul 4 petang tamat sesi gym.
Nanti nurse akan datang ambil semua pesakit tolak balik ke wad.

Setiap hari sebelum turun ke gym, nurse akan bandage kedua-dua belah kaki CP.
CP lupa lah kenapa kena bandage. Tapi arahan daripada Dr Sa'ari.
Kaki dibalut bandage dari pergelangan kaki hingga ke atas lutut.


Pukul 4.30 petang catering datang hantar minum petang.
Biasa nya dapat kuih tawar.. tak ada gula πŸ˜…
atau pun biskut tawar cicah dengan air susu panas.

Kemudian aktiviti bebas.
Dalam bilik CP ada TV.. nurse yang baik hati datang letak TV
kat bilik CP duduk ni. Thank you Zawa.
So, takde lah boring sangat kat wad ni.


Oh! Sebenarnya kan.. wad rehab ni tak banyak katil pun.
Ada 8 bilik.. setiap bilik ada 2 katil kalau tak salah CP.
so, kira pesakitnya tak ramai lah.
Disebabkan tak ramai so, semua layanan kat sini macam layanan VVIP.


Bilik CP betul-betul depan kaunter nurse.
Sebab doktor kata CP perlu lebih pemantauan.
Dan juga dekat dengan toilet.


Pukul 7 malam, makan malam dihidangkan.
Menu dinner tak jauh beza dengan menu lunch.
Yang berubah cuma cara masak dan jenis lauk.
Kalau lunch dapat lauk ayam, dinner akan dapat lauk ikan.
Begitulah sebaliknya.

Sebelah malam dah tak ada apa-apa aktiviti.
Kalau tak menonton tv, CP main handphone atau pun tidur awal.

Jujur, CP memang suka tinggal kat wad rehab ni.
Jadualnya lebih tersusun.
Nurse dan doktor semua baik dan very friendly.

Ni salah sorang nurse yang menjaga CP sepanjang CP di wad 8D.


Alhamdulillah ukhwah dengan beliau berterusan hingga sekarang.

Setelah 46 hari CP dirawat di Hospital Serdang, akhirnya...

"Kita boleh benarkan Sofi discharge petang ni...."

Ya Allah!
Rasa nak peluk Dr. Sa'ari lepas dengar dia cakap macam tu 😁

Mengambil keberkatan hari Jumaat, bertarikh 02-07-2021
CP dibenarkan untuk discharge oleh Dr. Sa'ari.
Berita yang sangat ditunggu-tunggu.
Syukur ya Allah...!!

CP terus call kakak bagitau CP dah boleh balik rumah.
Cuma kakak tak dapat datang petang tu sebab kerja.
So, kakak datang ambil CP lepas Maghrib.


CP dibawa balik ke rumah kakak di BTHO.
Kakak jaga CP selama lebih kurang 3 bulan lebih.
Dengan berat hati kakak hantar CP balik ke Kajang pada 19-09-2021.
Selama CP tinggal sorang, setiap hari kakak akan mesej tanya kabar CP.

Dikesempatan ini, CP nak ucapkan jutaan terima kasih kepada family
terutamanya kakak CP di BTHO yang banyak membantu CP.
Terima kasih juga kepada EE, Sha (jiran CP) dan
semua sahabat syurga CP sama ada di dunia nyata mahu pun dunia maya
di atas segala usaha dan tak putus-putus doakan kesembuhan untuk CP.
Alhamdulillah for all of you amazing people.


And thank you to all healthcare heroes especially di wad ICU, wad 7B,
wad 6B, wad 8C dan wad 8D Hospital Serdang for the best
hospitality and being very helpful the whole time CP dirawat di sana.

Semoga Allah merahmati dan memberkati kalian semua πŸ’™

Sekarang sehingga entri ini ditulis, CP masih belum pulih sepenuhnya.
Tapi alhamdulillah dah banyak sangat improvement berbanding sebelum ni.

Apa pun CP bersyukur masih lagi diberi peluang untuk melihat dunia ni.
Seolah mendapat nyawa kedua.. semoga CP dapat menggunakan peluang
yang Allah bagi ni dengan bijak. Doakan CP ya....


Tamat








5 comments:

  1. Bila dengar boleh discharged tu memanga hati meruntun rasa syukur kan...teringat along masa tu...x boleh atau x pandai berjalan lagi..ye la kita bangun dari koma kan...rasa macam dilahirkan semula dan jadi baby balik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul along.
      Tak sangka sampai tak boleh berjalan.

      Delete
  2. semoga kita semua di dalam lindungan Allah swt, aamiin

    ReplyDelete
  3. senang ada wheel chair macam tu. senang nak guna bila nak membuang.semoga sentiasa kekal sihat yer.

    ReplyDelete