Followers

Pameran Keranda

Tuesday, April 27, 2010

Hari Ahad yang lepas, acu, Amzar & Anuar keluar ke KL...
dalam pukul 11 pagi acu bertolak dari rumah kakak acu di BTHO
terus ke asrama Anuar di Setapak...
amik barang2 dia sebab sekarang nie dah mula cuti semester
setel angkat barang2 dia, kami terus ke Muzium negara

dah lama acu tak ke Muzium Negara nie
last pegi dengan Mr. EE a.k.a My Darling masa study kat UTM dulu
(tak nak lah panggil My Darling lagi..terasa macam P.O.Y.O je :-D)
kebetulan sekarang nie tengah ada Pameran Keranda
tu yang acu nak tengok sangat...

kami sampai sana dalam pukul 12 tengahari
ramai gak orang datang melawat muzium nie..maklum le weekend kan
kami terus menuju ke dewan Pameran Keranda
harga tiket untuk dewasa RM2.00..untuk kamera RM3.00

bagus sebenar nye datang pameran nie
kita dapat tengok bagaimana cara pengebumian bermula dari zaman prasejarah
dan juga suku kaum yang ada di Malaysia..termasuk juga kaum Melayu, India & China
bukan tu je, ada keranda yang di bawa khas dari Thailand, Indonesia & Filipina

antara keranda yang dipamerkan di pameran nie


yang paling acu nak sangat tengok...keranda nie

keranda yang disaluti emas 14 karat bernilai RM500,00.00
dibawa khas dari Taman Peringatan Nirvana, Kuala Lumpur

lepas melawat keranda, kami melawat Pameran Asean pula
nie bagus untuk budak2 sekolah sebab diceritakan negara yang terlibat
dan juga sejarah penubuhan ASEAN

lepas melawat Pameran ASEAN nie..kami ke dewan pameran tetap pula
dalam dewan pameran tetap nie dibahagi kan kepada 4 bahagian

Bahagian A :: Zaman Prasejarah

Bahagian B :: Zaman Raja-Raja Melayu

Bahagian C :: Zaman Penjajah


Bahagian D :: Zaman Malaysia Kini - dari zaman Tunku Abdul Rahman
hingga lah ke zaman Satu Malaysia sekarang nie

di ruang legar bawah, dipamerkan pakaian & barang kemas oleh Rafflesia
termasuk le cincin perkahwinan Siti Nurhaliza & Erra Fazira


lebih kurang pukul 3 petang baru kami keluar dari Muzium Negara
kemudian acu bawa diaorang ke Midvalley...perut dah bermacam2 lagu dah keluar
acu pilih untuk lunch di Sushi King..memandangkan diaorang belum penah makan kat situ



lepas lunch, kami berjalan sambil cuci2 mata dan juga cuci poket..hehehe
acu shopping serba sikit barang rumah dalam Jusco
pastu beli hadiah bufday untuk adik Amzar...

dalam pukul 6 petang kami bertolak balik...
masing2 dah mengantuk dan penat...
lepas antar diaorang balik ke BTHO, acu terus gerak balik ke rumah





21 xoxo:

kakcikseroja said...

Rasanya, kalau tak berpuluh pun, dah berbelas tahun kakcik tak masuk ke muzium ni... :)

@cu SaYaNg said...

kakcik::

wah...lagi lama dari acu...hehehehe

SYAbAR said...

@cu contoh mak sedara yang baik. Untung betul anak2 buah dapat mak saudara cam @cu. Sporting dan rajin melayan mereka. Tahniah!!!!

Nanti kita jumpa no....

@cu SaYaNg said...

Syabar::

diaorg le buah ati pengarang jantung acu utk sekarang nie kak..

insyaAllah nanti kita jumpa..diaorang gak yg akan teman acu nanti..hehehe

LotsOfLove-Pearls said...

Acu..
pameran keranda..

adeh..

meremang lak..

*ada rasa takut di hati..
ngeeeeeee

bUdAk kEnTaNg said...

perghhhh!!
nk pegi arr..ade dtg jb tak acu yer..ehe..
pesal nmpk simple mmbeno keranda dr nivana tuh yer?? huhu

azieazah said...

Untung ada Mak Menakan macam ACU ni. Rajin berjalan, rajin shopping, pemurah belanja makan...

Heeeeee... Kak Azie tak ingat bila akhir tengok patung tembaga Hang Tuah tu... lama tak pi Muzium, lalu jer selaluuuu..

Dj Epoi said...

Gua ponk untung jugak ada kawan rajin macam Acu hehehhehe

Are you readyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy?

aramis2177 said...

Datin...
'ghajin hang noooo!!! aku rindu kat hang! ni aku balik xmo pesan apa2 kaa? heeeee

@cu SaYaNg said...

LOL::

hahaha...x de apa yg nk ditakut kan la sayang...cuma tengkorak & tulang-tulang lama je...mayat nye x de....

@cu SaYaNg said...

budak kentang::

acu x sure la man...kena tanya pihak muzium negara..hehehe

nampak je simple tapi harga 1/2 juta tu bro..

@cu SaYaNg said...

azieazah::

harap2 sifat macam tu berterusan le dengan diaorang nie bila acu dah berkahwin & beranak pinak nanti..hehehe

@cu SaYaNg said...

DJ Epoi::

insyaAllah ready dah..

@cu SaYaNg said...

aramis::

nak..nak..nanti aku antar msg kt Fb ek..hehehe

Melor said...

aku nak gak g beb,tp tu lah,tak kesempatan even tempat keja sebelah je kan..hahaha..EE or darling?ok lah tu...haha

@cu SaYaNg said...

melor::

ko jalan kaki pun dh sampai..p la tengok..rugi tau x tengok..

zedmagel said...

Salam acusayang,

Seram acu bab tengok gambar kubur, bila part makan, seronok...sedapnya..

@cu SaYaNg said...

zedmagel::

salam..

hehehe...sesekali kena bg yg seram2 sikit..

Melor said...

p/s:suke baju ko tu,cute.mcam ko.

@cu SaYaNg said...

Melor::

aku pun suka..aku bl kat KL Sentral..murah je below 20rgt

Anonymous said...

Smooth and aerial thomas sabo the links of london fair lends an air of breeding thomas sabo charm sale to the wearer cheap thomas sabo charms and accept discount thomas sabo charms been a apparel thomas sabo charm clearance basal for thomas sabo charms australia centuries, and a alliance accoutrements tradition. thomas sabo clearance sale However, one can achieve it somewhat added chichi and admirable by giving it a hardly avant-garde aberration by interspacing on gold wire or amphibian on adapted thomas sabo australia constructed bond giving a millennium look. Currently Amphibian Chaplet are a actual "hot" actualization account thomas sabo jewellery for their contemporary and thomas sabo charms admirable looks accessible in a thomas sabo charm club array of styles, sizes and colors to amaze the eye.