Monday, April 19, 2010

Kenapa Perlu Roboh???

Edit Posted by with 9 comments
Hari sabtu 2 minggu lepas (3-April-2010) acu ada terbaca dalam akbar Harian Metro
mengenai Penjara Pudu. Tajuk besar artikel tu

"60% PENJARA PUDU RANAP"

menurut laporan dalam artikel tu, sekarang nie proses meroboh sedang giat dijalankan
untuk bagi laluan pada pembangunan pusat komersial & kediaman.

emm..pada acu, penjara pudu tu merupakan salah satu bangunan
bersejarah di Malaysia....kenapa perlu dirobohkan???
kenapa kerajaan tak jadikan Penjara Pudu tu sebagai salah satu tempat perlancongan???
sepatut nye Malaysia boleh mencontohi beberapa negara lain yang menjadikan
penjara lama sebagai satu tempat yang menarik untuk dikunjung oleh pelancong..
seperti di Perth yang pernah acu lawati dulu...Fremantle Prison
pegawai bertugas akan memberi penerangan lengkap mengenai cara hidup banduan
dibawa melawat ke sel-sel penjara termasuk lah tempat hukuman gantung dijalankan

setiap sel berbeza mengikut berat atau ringan kesalahan banduan tersebut

sesuatu sangat..sangat...sangat menarik untuk kita ketahui

so, acu rasa sedikit terkilan lah bila Penjara Pudu nie jadi sebalik nya
sepatut nye Penjara Pudu nie boleh di daftarkan sebagai warisan negara
kerana ianya mempunyai 1001 rahsia & kisah yang menarik untuk dikenang....




9 comments:

  1. Salam Acu..

    lama senyap, pergi ke mana? :)

    lain tempat lain pulak caranya.. mungkin tapak tu nak dibangunkan semula.. jangan 'berhantu' pulak nanti.. dah le.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. kakcik::

    salam kak,
    ada je..cuma idea nk menulis nie kurang lak..hehehhee

    ReplyDelete
  3. Dulu diorg bukak kan penjara pudu tu unt lawatan mcm yg acu pegi kat perth tu. leh tgk sel2 pembunuh kejam sgala. tp byk crita org kata berhantu pudu jail tu.

    Lg 1 klw kat msia ni..tempat2 bersejarah mcm tu..muzium ke apa mmg tak dpt sambutan. Sbb taknak rugi diorg robohkanla..lgpun pudu jail tu btol2 dkt dgn segitiga bkt bintang tu.

    ReplyDelete
  4. acu, jgn2 nanti jd cam kota A'Famosa, hanya pintu gerbang saja yang tinggal... naik bukit kat situ pun dah tak best skrg, tak dak keaslian nun jauh mata memandang ke laut. La ni dok nampak shopping kompleks saja... SEDIH!!!!

    ReplyDelete
  5. Lokasi penjara pudu yang terletak sangat dekat dengan segitiga emas KL. Antara tanah termahal di Kuala Lumpur. Mungkin mereka rasa dengan adanya penjara pudu di situ maka tanah yang sangat mahal telah dibazirkan tanpa di komersialkan. Mungkin juga bangunan yang uzur tu mencacatkan pemandangan segitiemas KL. Agaknya lah..

    ReplyDelete
  6. penjara taiping masih gagah berdiri~taiping bandar warisan ;)

    ReplyDelete
  7. salam acu.. rindu jugak pada acu ni.. moga acu sentiasa sihat yer.. akak pun sokong cadangan acu tu.. buat apa nak di robohkan ataupun kerajaan ada projek lain yang nak di buat atas tapak penjara tu.. entah2 nak buat kondominium.. asyik nak fikir untung jer..

    ReplyDelete
  8. Hi Acu Sayang..

    Rindu acu..

    *Kita punya pendapat.
    Alangkah best kalau dipertimbangkan.

    Take care and happy weekend.

    ReplyDelete