Followers

Jangan Makan Kat OLD TOWN WHITE COFFEE Lagi...!!

Friday, July 23, 2010

Keratan Akbar KOSMO (23-07-2010) ::

KLANG - Seorang pelajar kolej swasta semalam menfailkan saman terhadap Artisan Natural (M) Sdn. Bhd. dan Kopitiam Asia Pacific Sdn. Bhd. yang didakwa cuai sehingga menyebabkan hidangan mi goreng yang dimakannya mengandungi sepasang kaki katak.

Writ saman itu difailkan oleh plaintif, Aliff Shanaz Hairi Hariharan, 24, menerusi Tetuan Adnan Rahim & Co. di pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen di sini.

Palintif menamakan Artisan Natural iaitu sebuah syarikat yang didakwa mengusahakan perniagaan restoran makanan dan minuman dinamakan Old Town White Coffee yang beroperasi Bandar Bukit Tinggi di sini sebagai defendan pertama.

Kopitiam Asia yang beroperasi di Subang Jaya dan Ipoh, Perak dinamakan sebagai defendan kedua. Ia ialah syarikat yang didakwa bertanggungjawab menyedia, memproses dan membekalkan makanan serta minuman bagi perniagaan yang dijalankan di premis defendan pertama.

Mengikut pernyataan tuntutan, pada 11 Mac lalu antara pukul 8 hingga 10 malam, plaintif bersama keluarga mendakwa pergi ke premis defendan pertama dan memesan mi goreng Dry Egg Noodles.

Ketika makan, plaintif mendakwa terjumpa sepasang kaki katak dalam makanan itu yang menyebabkannya hampir muntah.

Plaintif kemudian mendakwa menunjukkan kaki katak itu kepada kakitangan restoran dan meminta penjelasan daripada pengurus bertugas tetapi dia enggan keluar sebaliknya mengarahkan juruwang untuk mengambil gambar.


11 xoxo:

kakcik said...

Syukurlah kakcik sekeluarga tak pernah 'singgah' ke situ walaupun setiap hari melaluinya. :)

@cu SaYaNg said...

kakcik::

uwaaaaaaaaaaaaa....acu dah banyak kali makan kat situ...uwaaaaaaaaa....loya tekak

Hariz said...

Adehhh Lepas nie nak lepak mana =.=


New Entry Prof-Hariz
7 Azab Dilihat Penggali Kubur

@cu SaYaNg said...

Hariz::

kena cari kedai kopi ala2 kampung nye...hehehhee

nabilah_2908 said...

erk...sy tk pernh pun teringn nk msuk mana2 kopitiam..huhu...ada juga kes yg mengatakan makanan kt beberapa kopitiam tak halal..tp kes itu dh mula senyap...skrg ni timbul balik...huhu..

jom ke APA KATA HATI pulak,
BERMIMPI TENTANG ULAR

@cu SaYaNg said...

Nabilah::

acu dah banyak kali makan kat sini...cukup lah setakat nie je...tobat x mao singgah lagi dah...

Benrauf 2.0 said...

pengotor betul kan.

erisya nor said...

salam acu sayang....ingat mana leh tak ingat? kan ada org tuh janji nak masak makanan afrika? apa khabar....wahhh cantiknya blog acu....menarik!

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Vic pun selalu makan kat sana.. kononnya nak support Malaysian product..

Geli sungguh!

nabilah_2908 said...

bagus la mcm tu... :)

thnks cz sudi follow APA KATA HATI..keep in touch..(^_^)


jom ke APA KATA HATI pulak,
DEMAM CEKODOK

Mr. Din said...

Mereka mmg pandai berniaga tetapi mereka jahil berkenaan hukum hidup manusia. Dengan ter'kantoi'nya kaki katak dlm makanan itu, fikirkan la dah berapa banyak org2 muslim yg makan katak kat restoran tu. Emm lazatnyaa...

p/s makan & minum kerana perut...
bukan kerana GAYA.....