Followers

Jangan Makan Kat OLD TOWN WHITE COFFEE Lagi...!!

Friday, July 23, 2010

Keratan Akbar KOSMO (23-07-2010) ::

KLANG - Seorang pelajar kolej swasta semalam menfailkan saman terhadap Artisan Natural (M) Sdn. Bhd. dan Kopitiam Asia Pacific Sdn. Bhd. yang didakwa cuai sehingga menyebabkan hidangan mi goreng yang dimakannya mengandungi sepasang kaki katak.

Writ saman itu difailkan oleh plaintif, Aliff Shanaz Hairi Hariharan, 24, menerusi Tetuan Adnan Rahim & Co. di pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen di sini.

Palintif menamakan Artisan Natural iaitu sebuah syarikat yang didakwa mengusahakan perniagaan restoran makanan dan minuman dinamakan Old Town White Coffee yang beroperasi Bandar Bukit Tinggi di sini sebagai defendan pertama.

Kopitiam Asia yang beroperasi di Subang Jaya dan Ipoh, Perak dinamakan sebagai defendan kedua. Ia ialah syarikat yang didakwa bertanggungjawab menyedia, memproses dan membekalkan makanan serta minuman bagi perniagaan yang dijalankan di premis defendan pertama.

Mengikut pernyataan tuntutan, pada 11 Mac lalu antara pukul 8 hingga 10 malam, plaintif bersama keluarga mendakwa pergi ke premis defendan pertama dan memesan mi goreng Dry Egg Noodles.

Ketika makan, plaintif mendakwa terjumpa sepasang kaki katak dalam makanan itu yang menyebabkannya hampir muntah.

Plaintif kemudian mendakwa menunjukkan kaki katak itu kepada kakitangan restoran dan meminta penjelasan daripada pengurus bertugas tetapi dia enggan keluar sebaliknya mengarahkan juruwang untuk mengambil gambar.


New Image...ahaks

Monday, July 19, 2010

Nanti kan kemunculan nye...hehehehee



Floria 2010

Ahad lepas acu ke Floria 2010 di Putrajaya
pergi dengan 3 orang anak sedara acu...
so, enjoy the pics...

penat berpanas kat FLORIA tu, kami terus ke Alamanda untuk lunch
kami pilih lunch di Penang Village

perut dah kenyang..jalan2 cuci mata kejap lepas tu balik...


Mohd Chan Abdullah

Sekali lagi entry pasal makan...hehehhee
kali nie makan makanan China Muslim
di Restoran Mohd Chan Abdullah, Bandar Baru Bangi..

harga nye murah kalau di banding kan dengan Restoran Cheng Ho
acu rasa korang patut cuba...sebab makanan dia SEDAP & HARGA BERPATUTAN!!!



Dinner @ Bangi Village Steamboat

Tuesday, July 13, 2010

Semalam acu + Abg yeh + Adik An
kami pegi dinner di sebuah restoran steamboat yang baru buka
kat Seksyen 7, Bandar Baru Bangi...Bangi Village Steamboat
kebetulan tempat nye pun tak jauh dengan rumah acu

wah..acu nie asyik makan je kan...hahahaa
2 ari nie semua entry pasal makan je...
apa nak buat selagi ada budak berdua nie kat rumah acu
memang asyik cari tempat makan je lah...

budak berdua nie sebenar nye jarang ada di darat
so, bila sesekali balik bercuti...
ha..amik kau segala tempat makan nak di cuba
asyik tanya acu je..."Acu, malam nie nak makan kat mana?"
wah..wah...macam acu nie direktori makanan je...hampeh..

not bad jugak makan kat Bangi Village nie
dia punya hidangan ala buffet sama seperti
Restoran Q Thai
tapi harga nye murah sedikit compare dengan Q Thai
kalau di Q Thai RM22/head kat Bangi Village nie pula RM19.90/head
sesuai dengan pilihan makanan yang ada di sini...

selain steamboat, pelanggan juga boley bakar seafood nie
kira nye berBBQ la kat sini...kena bakar sendiri tau..
kurang nye di Bangi Village nie tak de ala carte menu
samada makanan mau pun minuman...

pelanggan hanya boleh pilih minuman yang dah siap tersedia je
antara pilihan minuman air sarsi, anggur & oren
dan juga minuman dalam botol macam dalam gambar kat atas tu
pilihan dessert terdiri daripada ABC & aiskrim...

so, untuk sesapa yang nak cuba nie alamat nye::
No. 39. Jalan 7/7C, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi...
berdekatan dengan JPJ Seksyen 7...



Ahad Yang Happening

Monday, July 12, 2010

Tarikh Kejadian:: 11 Julai 2010
Lokasi Kejadian :: iKEA, The Curve, Cineleisuremall & Dataran Merdeka

Kami lunch di iKEA..kemudian shopping sikit-sikit...

penat shopping, kami tengok wayang "Twilight Saga"

abis show dalam pukul 11 lebih...kat The Curve happening
ada restoran yang sedia kan skrin besar untuk final World Cup

on the way balik, acu saje je lalu ikut Dataran Merdeka...
rupa2 nye Dataran meriah dengan beribu manusia yang datang
untuk menonton final World Cup di skrin besar yang disediakan oleh ASTRO
so, kami pun tak lepas kan peluang le...terus singgah untuk join sama

tapi kami tak tunggu sampai abis pun...sebab diaorang dah ngantuk
so, abis je separuh masa pertama kami balik...
sampai umah dah pukul 4am...terus sambung tengok kat umah
and Alhamdulillah pasukan yang acu sokong SPAIN MENANG!!!!!
dan hasil nye, pagi tadi acu lewat ke opis...hahahahaa


Sabtu Yang Enjoy & Mengenyangkan

Tarikh Kejadian:: 10 Julai 2010
Lokasi Kejadian:: Wangsa Walk

Aktiviti Pertama:: Karaoke sampai lebam..muahahhaa
niat asal nye nak tengok wayang tapi disebab kan Full House
so, kami melencong ke pusat karaoke nie...


Aktiviti Kedua:: Makan Sampai Pecah Perut
Lokasi :: Restoran Cheng Ho


dan kesudahan nye, makanan tu terpaksa kami tapau...
tu la...order tak hengat nye...macam le ramai sangat nak makan
orang lain dah bersilih ganti...tapi kami masih lagi di situ...hahahaha





Lunch @ Tappers Cafe

Tarikh Kejadian :: 4 Julai 2010
Lokasi Kejadian :: Tappers Cafe Capsquare, Kuala Lumpur
Watak Utama :: Acu, kakak & anak sedara

Menu Utama kami::

Pencuci Mulut pilihan kami::



Joke Of The Day - 18SX

Saturday, July 10, 2010

How To Choose a Malaysian Bride

A Mother was very concerned that her middle-aged son has not shown
the slightest indication of getting married.
So, one day she called himover to her house.

The Son came home from work, grudgingly. Upon arriving,
he found that his mother had gathered a few beautiful ladies
at the house for him to choose as his future bride.

The FIRST one was a well-endowed Telephonist-cum-Receptionist.
He immediately commented: 'Aiyaa..... Mother, they always say.....
PLEASE HOLD ON, HOLD ON............
'

The SECOND nominee was a leggy secretary. She was also rejected.
Reason being:
'Aiyaa.... Mother, this one aaa..., Secretary always fond
of saying 'PLEASE SLOW DOWN, SLOW DOWN........'


By this time, the mother is nearing frustration. She called a sweet
but plain-looking
Teacher. The Son suddenly agreed!!

The Mother was surprised and asked: 'Why this one? I thought the
earlier two were a lot better.
He replied: 'Teachers aaa..... Teachers very good, very good, always say:
PLEASE REPEAT,DO IT AGAIN, I want it done 10 times....
SOME MORE, SOME MORE.....!'


Her youngest son (10 years old), was listening quietly all this while at
the other end of the room. Suddenly, he shouted:
'Brother.... the lady mini bus Conductor much better laah... she always says: 'NAIK CEPAT, NAIK CEPAT.....
MASUK, MASUK...... MASUK LAGI, DALAM LAGI..... DALAM LAGI LAAAAH,
MASUK BELAKANG..... BELAKANG LAGI, BELAKANG BANYAK KOSONG.....'


The mother fainted....

hahahahaha....

Ada Petua Tak????

Thursday, July 8, 2010

acu selsema & demam lagi...
dah tak tau kali yang ke berapa dah ia menyerang..
hidung tersumbat..susah bernafas..
batuk yang membuatkan acu susah nak tido malam
prestasi keje terganggu...
air idung yang asyik meleleh je...
harap ia nya tak berpanjangan...aduihhhhh

ada petua tak nak elak kan selsema????

Lunch @ Ikea

Saturday, July 3, 2010

Tengahari semalam, Shazlin (x-skulmet) datang amik acu kat opis
kami ada janji dengan 3 orang lagi kawan acu
nak lunch kat IKEA..maklum le semalam kan Jumaat
so, rehat nye panjang..boley le mengular jauh ke sana

pukul 12tghari Shazlin dah terpacul depan opis acu
nasib le jalan tak jam sangat kat LDP tu..
tapi kami berdua yang paling sampai
dah tau dok jauh lagi nak keluar lambat..hahahaa

sampai sana je dah ada Yuzie, Mas & Wanie menunggu
semua nye x-skulmet masa acu kat Sekolah Teknik dulu
tapi kami semua nye berlainan aliran...

dah lama sangat acu nak makan salmon kat IKEA nie
sedap nye...nyum...nyum...
Shazlin & Mas penggemar meatball IKEAa nie
Yuzie pula first time makan kat IKEA..selalu nye datang shopping je
so, lunch semalam Yuzie order salmon sama macam acu
di tambah dengan cocktail udang..sedap udang nye..
sori lupa nama sebenar setiap menu..huhuhu

nie Yuzie

nie Shazlin & blackberry baru dia...huh!! jeles siot..
tak pe..tak pe...lepas nie turn aku pulak..hahahhaa

erk..lapar punye pasal sampai acu terlupa
nak snap gambar Mas & Wanie...ampunnnnnnnnnnn!!!!

abis makan dalam pukul 2 lebih...Wanie terus balik ke opis
Kami berempat meneruskan misi menjelajah Ikea...
perghhhh!!! shopping time keja...melampau betul...
ampun bos!!!!

tapi tak lama pun shopping..banyak bahagian yang kami skip
sudah nye acu sampai opis dalam pukul 4.40petang
puas ati semalam sebab dapat jumpa dengan diaorang semua..
dah lama tak jumpa terutama nye dengan Yuzie
so, kira semalam dah terubat rindu yang lama terpendam nie..
nanti ada masa, kita lunch sama2 lagi ek...

korang perasan tak, cocktail udang nie sama je dengan Jumbo Shrimp Cocktail
yang dalam Cafe World tu??


sori..kecik lak gambar cocktail cafe world nie..



Joke Of The Day

Thursday, July 1, 2010

Arab student sends an e-mail to his Dad saying:

Dear Dad,

Berlin is wonderful, people are nice and I really like it here,
but Dad, I am bit ashamed to arrive to my college with my Gold Mercedes,
when all my Teachers travel by train.

Your Son
Nasser


*************************************************************************************
Sometime later Nasser gets reply to his e-mail from his Dad:


Loving son,

Twenty Million Dollars transferred to your account,
please stop embarrassing us, go and get yourself a train too.

Your Dad.


hehehehee....gile kaya...iskh..iskh..iskh..