masuk bulan Jun, baru nak sambung cerita hari kedua di sana
iskh... iskh... iskh... sabo je la acu oi
Tapi sendiri punya blog, sendiri punya suka lah kan??
ala.. nie sebagai ingatan di hari tua nanti... hehehehehe
Memulakan hari kedua di Beijing (23-04-2014)
dengan lawatan pertama ke Tiananmen Square
dataran besar yang terletak di tengah-tengah bandar Beijing

Merupakan dataran keempat terbesar di dunia
di sini terletaknya Monumen Pahlawan Rakyat dan Makam Mao Zedong



Terletak bersebelahan dengan Tiananmen Square adalah Forbidden City
nak ke Forbidden City kena lintas jalan raya tapi bukan kat atas la
melalui terowong kat bawah jalan raya tu

Tu dia nampak tak lautan manusia kat Forbidden City nie???

Forbidden City atau Kota Larangan nie merupakan Istana Maharaja Cina dulu-dulu
bermula daripada Dinasti Ming hinggalah ke Dinasti Qing




Lenguh juga la kaki nak berjalan dalam nie
luas wei.... tak habis jalan pun...
kali kedua acu datang ke sini tetap juga tak leh cover semua
Penat berjalan, perut dah bernyanyi riang
kami di bawa menikmati makan tenghari di sebuah Hongtu Restaurant





Perut dah kenyang, kami di bawa ke Silk Center
tempat shopping barang-barang yang diperbuat daripada sutera
daripada kain hingga lah ke cadar
macam-macam ada kat sini

Acu beli sepasang kain sutera untuk diri sendiri je
tak beli untuk family sebab kakak acu dah beli kan sorang satu
masa dia ke Guangzhou beberapa hari sebelum acu ke Beijing
Lepas beli sutera, kami dibawa ke kedai menjual barang
yang dibuat daripada buluh dan juga arang
sebelah je dengan kedai sutera tu
Macam-macam ada kat sini termasuk lah pakaian dalam
yang di buat daripada buluh... eh buluh ke arang ek.. lupa dah
acu tak membeli sangat pun kat sini
cuma beli kitchen towel je... kekonon boleh bersih kan dapur
pastu just lalu kan kat air paip untuk cuci towel tu
tak payah nak masuk kan dalam washing machine macam kitchen towel biasa nie
ntah betul ke tidak... wallahua'alam...
tunjuk demo memang le elok je jadi... biasa la kaum cha ya nun alif nie kan
kuat beno menipu nye...
Sementara menunggu kawan-kawan perempuan shopping
acu lepak dengan kawan-kawan lelaki kat luar
sambil makan buah stroberi yang pakcik nie jual
super duper manis... sedap dan besar

Tersenyum lebaq tu bukan sebab suka bergambaq
tapi sebab terkejut pakcik tu tetiba peluk... kawan-kawan lelaki gelak kuat
Dah habis shopping, kami di bawa ke Masjid Niu Jie
yang terletak di Niu Jie Street



Merupakan masjid tertua di Beijing
dibina pada tahun 996 semasa pemerintahan Dinasti Liao
kemudian ditambah baik dan dibesarkan pada zaman Dinasti Qing


Selesai solat, kami dibawa membeli belah makanan ringan halal
di Niu Jie Supermarket... tak jauh pun dari Masjid Niu Jie


Dari sini, kami berjalan kaki ke sebuah restoran makanan halal
untuk menikmati makan malam... lupa lagi nama nya






Kenyang perut, naik van terus balik ke hotel
sampai kat hotel, badan terasa penat
cuci apa yang patut pastu terus zzzZZZZZzzzzzzzzz

0 xoxo:
Post a Comment