Cik Darling ke Pulau Pangkor
Cik Darling pergi berempat dulu pada Sabtu tengahari tu
sebab ahli keluarga yang lain belum sampai lagi
Kami naik bot pukul 1 tengahari dari Jeti Marina
ni Cik Darling sertakan jadual bot untuk rujukan
kalau ada kawan-kawan yang nak ke sana
Dari Jeti Marina ke Jeti Pulau Pangkor
perjalanan cuma mengambil masa 15 minit saja
Dari jeti, kami terus ambil teksi (van pink)
ke homestay yang Cik Darling booking
Homestay kami ni letak nya di Pasir Bogak
so, tak jauh pun dari jeti
tambang untuk satu teksi cuma RM10
Rumah teres dua tingkat ni menjadi penginapan kami
selama tiga hari dua malam di Pulau Pangkor
sewa di sini RM700 sehari.. harga mahal sikit untuk hari cuti
tapi sangat sangat selesa untuk ahli rombongan Cik Darling yang ramai
ahli rombongan Cik Darling semua nya seramai 27 orang dewasa :)
memandangkan ahli yang lain belum sampai
so, kami pun ambil teksi ke Teluk Nipah
hajat hati sambil makan sambil survey harga bot
untuk island hoping dan shopping sikit-sikit
tambang teksi ke Teluk Nipah RM15 untuk satu teksi
Lepas survey harga dan shopping sikit, masa untuk makan..!!
makanan-makanan yang selamat masuk ke perut kami berempat
tapi kami batal kan hajat.. kami naik teksi balik ke pantai Pasir Bogak
pantai yang letak nya cuma lima minit jalan kaki dari homestay kami
balik mandi laut dekat dengan rumah je
best.. dah lama sangat tak berendam dalam laut
Sampai je rumah, ada sebahagian ahli keluarga Cik Darling dah sampai
dah mula riuh rendah dengan suara anak-anak sedara dan cucu sedara
Tiada aktiviti apa malam tu cuma kami keluar makan je
sorry lupa nak snap gambar makan beramai-ramai
sebab masing-masing stress makanan lambat sampai
orang ramai.. pelayan sikit dan tukang masak pun lambat
hampir dua jam baru kami dapat makan.. huhuhu
Selesai makan, singgah mini market dekat kawasan rumah
beli jajan dan stok air mineral

Sampai rumah, berborak dengan kakak-kakak
lepas tu zzzzZZZZZZZzzzzzzzzz.....

Seronoknya dapat bercuti beramai-ramai bersama keluarga.
ReplyDeleteLempeng kelapa tu sangat menggoda. Sabtu lepas mak buat, dapat rasa sikit je...:)
Seronoknya ramai2 kan. Lambat dapat makan memang geram je...
ReplyDeleteKakcik Nur:
ReplyDeletelempeng tu memang sedap mak..beli satu rasa nak lagi
hehehee...
Anis abdullah::
ReplyDeleteBetul2..kena lak kalau time pegi memang tengah kebuluran lagi tambah membara la dalam hati tu