Followers

Gembira Campur Geram

Tuesday, February 16, 2016

Hari Ahad (07-02-2016) awal-awal pagi semua dah bangun
anak sedara Cik Darling keluar ke kedai cari sarapan
25 bungkus nasi lemak lauk telur goreng jadi santapan kami
pagi tu, lima orang lagi ahli keluarga Cik Darling sampai
lepas semua bersarapan, kami siap-siap untuk ke Teluk Nipah

 photo Picture28_zps3h0zhsbm.jpg

Tiga buah teksi untuk bawa kami 25 orang
satu teksi tambang nya RM20.. kata nya sebab penuh
so, harga kena lebih daripada semalam punya [sini]

Sampai di Teluk Nipah, kami terus tuju kat tempat nak naik bot
seorang dikenakan tambang RM10
kami naik dua bot.. 12 orang dan 13 orang
disebabkan kami ramai, abang tu bagi kami free 10 alat untuk snorkeling

 photo Picture29_zpsatnarcyz.jpg
 photo Picture30_zpsapwnevkr.jpg

Sepatutnya kami pergi snorkeling dulu tapi sebab air surut
so, kami di hantar ke Teluk Man untuk mandi manda dulu

 photo Picture31_zpsbj9zuovk.jpg
 photo Picture32_zpsojvsrjpo.jpg
 photo Picture33_zpsneuseujh.jpg
 photo Picture34_zpstngwmxox.jpg

Bila air mula pasang, bot pertama datang ambil ahli rombongan yang nak snorkeling
tinggal kami 11 orang yang tak join snorkeling
mandi puas-puas sementara tunggu bot kedua datang ambil kami balik ke Teluk Nipah

Sementara menunggu ahli-ahli yang snorkeling balik ke Teluk Nipah
kami buat acara bebas.. ada yang pergi shopping, ada yang pergi cari makan
Cik Darling cuma lepak kat tepi laut je berjemur gelapkan kulit

 photo Picture35_zpsuufmyn9n.jpg

Balik je ahli rombongan snorkeling, diaorang layan banana bot dan jetski pula
sorry tak ada gambar sebab masa ni semua dah keletihan dan kelaparan

Lepas selesai semua, kakak Cik Darling tapaukan 25 bungkus nasi
bersama dengan kuih muih sebagai makanan sampingan

Sampai rumah je, lepas bersihkan badan ada yang makan
ada yang ambil kesempatan zzzzzzzZZZZZzzzzzz termasuk lah Cik Darling

Bangun je dah jam 6 petang
masa ni tambah lagi dua orang.. abang dan kakak ipar Cik Darling
diaorang datang lambat sebab ada hal tak mengizinkan diaorang datang awal

Semua bersiap-siap nak keluar pergi laut kat Pasir Bogak
ada yang nak jalan-jalan, ada yang nak main bola dan ada yang nak mandi
hajat hati awal nya Cik Darling nak join mandi
tapi cancel... macam penat lagi pula dah malas nak basah kan baju
sebab esok dah nak balik

 photo Picture36_zps7heel8cj.jpg
 photo Picture37_zpsofr0hc2m.jpg

Malam nya lepas maghrib, kami jalan kaki ke Restoran Abe Tomyam
kenapa kami pilih restoran ni, sebab rata-rata Cik Darling tanya
orang kat Teluk Nipah ramai yang recommend kan restoran ni
termasuk driver teksi pun recommend kan sini juga

 photo Picture38_zps4d2aiaxn.jpg

Keluar dari rumah dalam 8.30 malam sampai kat restoran dalam 8.50 macam tu
sampai je orang penuh so, terpaksa lah menunggu
dalam pukul 9.15 malam baru semua dapat tempat duduk
tu pun 10 orang terpaksa berpisah duduk dua meja berlainan

10 minit tunggu orang datang ambil oder
kami serahkan pilihan menu malam tu pada kakak-kakak dan abang-abang
anak-anak termasuklah Cik Darling ikut je apa yang diaorang order

Sementara menunggu order sampai, kami ambil kesempatan celebrate birthday
birthday ahli keluarga yang jatuh nya pada bulan Januari dan Februari

 photo Picture39_zpsj7biyglk.jpg
 photo Picture42_zpse9azfrdh.jpg
 photo Picture41_zpsj19fasys.jpg
 photo Picture40_zpsir3xo5uf.jpg

Selesai potong kek, minuman yang di pesan belum sampai
minuman pun belum sampai apa lagi lah makanan
masa tu jam dah hampir pukul 10 malam

Dalam 10 lebih minuman sampai
tak lama lepas tu lauk pertama pun sampai
diikuti dengan lauk-lauk seterus nya

 photo Picture43_zpsfwajq7cp.jpg
 photo Picture44_zpsrnlosyuv.jpg
 photo Picture45_zpsdjbjqnsw.jpg
 photo Picture46_zps63flewju.jpg
 photo Picture47_zpsybhbf6ua.jpg
 photo Picture48_zpsfoemosgo.jpg

Tapi hanya untuk meja kami yang ramai ni je
dua meja yang terpisah belum sampai lagi
nasi putih tak ada... kata nya kena tunggu sebab nasi belum masak
nasi yang tadi dah habis

 photo Picture49_zps8c5gp2hs.jpg

Betul-betul kami semua dapat makan termasuk yang dua meja lagi tu
ialah pada jam 11.30 malam...
menunggu hampir EMPAT JAM untuk makan malam tu..!!! Allah..!!

Betul-betul menguji kesabaran kami semua
dah dekat nak habis makan nasi, baru lah lauk tomyam yang dipesan sampai
tu pun selepas abang Cik Darling bagitau nak cancel sebab dah lambat sangat
sebab tu tak ada gambar tomyam dalam ni... terlupa nak snap

Tak habis pun kami semua makan sebab perut masing-masing dah masuk angin
lauk-pauk tu semua kami tapau bawa balik buat makan sarapan esok pagi

Cik Darling tak nafikan makanan kat sini sedap
harga pun pada Cik Darling berpatutan
untuk 27 orang makan total harga dalam RM800
tapi sayang sangat... servis memang OUT..!!

Layanan daripada pelayan diaorang memang hampeh
yang perempuan siap hempas-hempas lagi pinggan
bagi kat kami gelas kotor.. bila minta tukar buat muka tak puas hati
iskh tak tau nak cerita lah macam mana perasaan kami sekeluarga
kecewa sangat sangat..

Selesai makan pukul 12 lebih, baru kami gerak balik ke rumah
sepanjang jalan masing-masing luahkan rasa tak puas hati dengan kedai tu
sampai di rumah rehat kejap.. pastu packing beg.. pastu zzzzzZZZZZzzzz








Photobucket

2 xoxo:

Kakcik Nur said...

Sayangnya bila restoran dah popular tapi layanan tak mesra... :(

Daddy Ziyyad said...

Waaaaahhh RM800 utk 27 orang...~ RM29/pax....korang makan apa ya?
Saya mmg anti betul kalau kedai yg servis teruk....
Menunggu lama satu hal, dapat pulak waiter macam tu..

Rindu nak ke Pangkor....lama sungguh tak ke sana