Followers

Bateri Oh Bateri

Tuesday, November 15, 2016

Permulaan hari ni kurang baik sikit
pukul 7 pagi dah keluar dari rumah nak pergi kerja
sekali bila start kereta...


krik.. krik..
krik.. krik..


Alamak!! Kereta tak boleh start laaa....
bateri kereta tetiba "kong" pula

 photo Picture1_zpsjkgaajpj.jpg

Dah lah jumper tak ada spare dalam kereta
tanya jiran-jiran yang sempat jumpa pagi tadi
sorang pun tak ada jumper

Capai handphone terus call sahabat kat office


"Jiji, tolong... kereta aku tak boleh start. Bateri kong.."


Alhamdulillah.. rescue sampai walau pun kena tunggu lebih 30 minit
tak kisah lah kan.. apa sangat lah menunggu
orang dah nak datang tu dah besar rahmat dah

 photo Picture2_zps4fjgrggf.jpg

Jumper sekejap, dah okay boleh start
cabut bateri tu terus bawa pergi ke kedai bateri
niat di hati nak tukar yang baru
walaupun tengok tarikh pada bateri tu belum sampai setahun lagi umurnya

Kat kedai bila pekerja tu check
katanya kurang charge je.. tak perlu tukar kata dia
dia suruh letak kat kedai, dia charge kan dulu
nanti petang datang ambil semula
kena bayar RM5  je

Dia kata nanti balik try dulu
kalau tak okay baru datang tukar baru

Lepas selesai urusan kat kedai
Cik Darling belanja sahabat Cik Darling
sarapan kat Mc Donald

 photo Picture3_zpsiynsqwso.jpg

Alhamdulillah petang tadi dah pergi ambil bateri
dah pasang pun kat kereta
dari rumah bawa kereta datang ke office
so far so good

Kita tunggu esok pagi ye
harap-harap nya dia tak meragam lagi


p/s:: Jiji dan Midie terima kasih banyak-banyak. Sayang korang ketat-ketat















Photobucket

0 xoxo: