Followers

Rezeki Jumaat

Friday, November 11, 2016

Salam Jumaat kawan-kawan
pejam celik pejam celik kejap je bertemu dengan Jumaat
rasa macam baru je semalam hari Isnin.. hehehe

Pagi ni team-mate Cik Darling ada buat port luck
port luck yang last minute punya perancangan
petang semalam sebelum balik baru berbincang

Punca asal wujudnya rancangan port luck ni
sebab bos bagitau nak belanja nasi lemak sambal ayam
kami terfikir tak kan lah bos je yang bawa makanan
macam tak best pula kan?
so, terus lah masing-masing senaraikan menu apa yang nak dibawa

Cik Darling seperti biasa menunya salad buah
balik kerja semalam terus singgah pasar malam cari buah
hasil nya hari ni menu Cik Darling Pinkish Fruit Salad.. ahaks!



Kenapa pinkish??

Sebab Cik Darling guna dragon fruit
pertama kali guna buah ni letak dalam salad
lepas gaul je terus warna salad bertukar jadi warna pink
ayoyo! pink pun pink lah.. janji sedap.. hehehehe

Ni la nasi lemak sambal ayam yang sedap tu

bos kata jiran setaman dengan dia yang buat



Buah melaka air tangan emak kawan Cik Darling



Ada roti boom yang sedap dan lembut



Kuih-muih lain pun ada




Sagu gula melaka air tangan kawan Cik Darling
manis lemak berkrim macam tuan yang buat dia..hehehehe



Kek batik.. semalam pergi pasar malam
tengok kek batik ni orang jual.. rasa teringin tapi tak beli
sekali tengok pagi ni kawan Cik Darling bawa
memang rezeki lah.. sedap.. sedap..!




Perut kenyang suka hati semua orang
Alhamdulillah... :)

0 xoxo: