Followers

Mak Cun D Walei

Tuesday, November 22, 2016

Cik Darling berkesempatan menonton teater Mak Cun D'Walei
di Istana Budaya pada Ahad dua minggu lepas (13-11-2016)



Cik Darling tak pergi menonton seorang diri
dua orang anak sedara setia menemani Syikin dan Dillah



Budak berdua ni pertama kali masuk Istana Budaya
so, happy nya lain macam sikit.. hehehehe



Persembahan bermula dalam jam 3.30 petang
pembukaan pun dah menarik
Mak Cun siap menari tarian Hindustan lagi




Sempat penari Mak Cun bagi Cik Darling roti prata Mak Cun
sedap.. lembut je.. hehehehe



Suka watak Fathia yang jadi artis gedik
menjadi watak dia..



Amy Search pun ada dalam teater ni



Selain tu, Abam Bocey pun ada juga



Watak Rahul dijayakan oleh pelakon dari Pakistan
Cik Darling lupa pula nama dia
kacak juga orang nya



Teater Mak Cun D'Walei ni mengisahkan mengenai Mak Cun
insan yang tak pernah kenal erti putus asa
Mak Cun turun naik kedai dan supermarket untuk mempromosikan
produknya namun tiada siapa berminat

Mak Cun geram dan nekad untuk buktikan kepada mereka
yang produknya boleh popular satu hari nanti
lalu dia mengajak kawan usahawan yang lain untuk mengikuti
sebuah festival bazaar halal food di Kuala Lumpur

Malangnya semangat mereka mati bila barang jualan mereka tak laku
semuanya berpunca bila artis-artis turut sama buka booth di situ
ramai pengunjung serbu booth artis sahaja

Mak Cun nekad nak upgrade kan produk nya
Manisah cadangkan Mak Cun mendapatkan perkhidmatan
dari kilang rempah di India kerana rempah India terkenal satu dunia

Mak Cun dan Manisah berangkat ke India
Mak Cun pergi dengan harapannya yang begitu tinggi
berbeza dengan Manisah yang pergi saja-saja nak makan angin
banyak dugaan dan rintangan yang terpaksa Mak Cun tempuhi

Dalam teater ni turut sama berlakon sebagai watak tambahan
adalah kawan sekolah Syikin
kalau tak salah nama dia Iskandar
kiranya kami pergi ni untuk support dia lah juga



Cik Darling beli tshirt dan fridge magnet
sebagai tanda kenangan teater Mak Cun




Selesai semua dalam pukul 6 lebih
kami singgah makan di Sany Char Kuew Teow






Azan maghrib berkumandang terus kami gerak balik ke Kajang


2 xoxo:

Kakcik Nur said...

Dah lama mak tak berpeluang ke IB...

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)