Followers

Food Walk:: Anyeong Mr. Dakgalbi

Monday, February 27, 2017

Dua kali Cik Darling berpeluang makan di sini sejak
ianya dibuka di IOI City Mall Putrajaya
kali pertama Cik Darling pergi dengan Abg Yeh; my anak sedara

Kali kedua Cik Darling pergi dengan Mira dan Noni
both are my anak sedara
kami ke sana sehari selepas balik dari Sarawak

Oppps!! Lupa pula nak bagitahu
Mr. Dakgalbi ni sebenar nye sebuah restoran makanan Korea



Pilihan kami hari tu Dakgalbi 2 pax set plus
sepinggan nasi, sepinggan ramen dan sepinggan keju



Ini set yang kami pilih






Set Dakgalbi tu akan dimasak oleh pekerja di situ



Mula-mula dia akan gaulkan semua bahan dalam kuali
bahan dalam tu terdiri daripada sayur kobis, ubi kentang, bawang dan isi ayam



Kesemua bahan akan digaul sehingga sebati dengan sos



Kemudian dia akan campurkan ramen



Okay!! Dah ready untuk dimakan..!!



Makanan tu boleh dimakan bersama kimci atau daun salad yang disediakan





Bila dah habis makan ramen, nanti pekerja dia akan datang
untuk masakan nasi pula
kami saje tinggalkan isi ayam dalam ramen tadi
untuk dimakan dengan nasi




Keju ditambah sebagai penyedap rasa untuk nasi goreng tersebut



Digaul sehingga sebati



Nyummyyyyy..!!!!



Kalau tanya pendapat Cik Darling.. emmmm...
Cik Darling dah jatuh cinta dengan Mr.Dakgalbi ni
sudah termasuk dalam senarai restoran Korea kegemaran dah
sambil menulis entri ni pun kecur air liur
terkenangkan ramen yang sedap tu.. ahaks!!

Ada sepuluh cawangan Mr.Dakgalbi ni di Malaysia
tengok senarai di bawah, boleh lah pergi mana yang dekat dengan kawan-kawan

1- Solaris Mont Kiara
2- Stiawalk
3- Citta Mall
4- Setapak PV128
5- Sri Petaling
6- Tropicana City Mall
7- Setia City Mall
8- Publika
9- IOI City Mall (Jangan lupa calling i ye kalau ke sini.. hehehe)
10- Sutera Mall, JB


2 xoxo:

makchaq said...

Makchaq makanan cina korea jepun x berapa nak buleh.. hari tu teman budak2 pi kedai korea apa tah kat cyber, nak dok dekat pun tak mampu..kena duduk meja lain sorang-sorang. Kimchi ja makchaq boleh makan..
La ni makanan jepun dah boleh jamah sikit2.. budak Nafisah punya pasai.. x habih2 jepun.. tapi nasik2 dia x lalu jugak.. baru dok try sup2 ja..

Darling Pya said...

makchaq::

makanan jepun belum pernah try lagi kecuali sushi. Tapi Dakgalbi ni memang dah jadi feveret dah.. hehhehee