Followers

Holiday:: Ke Kuching Lagi Kita

Wednesday, February 15, 2017

Cuti Thaipusam yang lepas Cik Darling berlepas ke Kuching Sarawak
dengan dua orang kakak dan empat orang anak sedara
tujuan nye nak antar anak sedara Cik Darling; Mimi balik ke UNIMAS
sambil-sambil tu bawa diaorang jalan-jalan kat Kuching
majoriti diaorang ni first time ke Kuching

 photo Picture1_zpssy0mpaa4.jpg
 photo Picture2_zps8nfhacye.jpg

Bertolak dari KLIA2 pukul 11.55 pagi dengan menaiki AirAsia
selamat sampai di Kuching International Airport dalam pukul 1.50 tengahari
10 minit lewat dari masa sebenar

 photo Picture3_zpsahns6skm.jpg

Sesampai di sana, driver yang Cik Darling booking dah siap sedia menunggu
dari airport kami terus ke hotel untuk check in
Cik Darling booking apartment suites Merdeka Palace
tujuh orang dalam satu apartment.. senang dan jimat
pilih hotel yang selesa untuk kepuasan keluarga Cik Darling

 photo Picture4_zpsgq01qqvy.jpg

Kami minta Zul; driver van tunggu sekejap kat lobi untuk kami solat
sebelum keluar meronda di bandaraya Kuching
memandangkan jam dah pukul 3 petang meronda kawasan sekitar je lah yang sesuai

Langkah pertama kami ke Indian Street
berjalan cuci mata sekitar Indian Street ni
tak ada yang dibeli pun

 photo Picture5_zpsjxb5nsgg.jpg

Dari Indian Street kami berjalan terus ke Waterfront
bergambar ber posing di sana sekeping dua

 photo Picture6_zps1bm29mas.jpg
 photo Picture7_zpsmqrvqtnt.jpg

Habis posing, kami hilangkan dahaga di gerai sekitar Waterfront
makan cucur sambil melihat gelagat orang lalu lalang di situ

 photo Picture8_zpss2yvjm5t.jpg
 photo Picture9_zpsm3nezm60.jpg

Perut kenyang, Habib; anak sedara Cik Darling minta Zul bawa kami
ke Stadium Bola Sepak Sarawak.. teringin nak tengok stadium Sarawak

 photo Picture10_zpsgfexri4r.jpg
 photo Picture11_zpsnrrgivxh.jpg

Misi mencari ais krim gula apong pula lepas tu
banyak kedai yang menjual ais krim gula apong ni
tapi kami pilih ke gerai di Open Air
special nya di sini, perisa ais krim nye bertukar setiap hari
hari khamis adalah perisa pandan

 photo Picture12_zpsicctm62n.jpg
 photo Picture13_zpsak3fkhdl.jpg

Muka gembira dapat ais krim yang dihajati

 photo Picture14_zpsspyyeau8.jpg

Dapat ais krim, terus kami balik ke hotel
hari ni nak rehat.. simpan tenaga untuk jalan-jalan esok

Malam nya dalam pukul 9 lebih
anak-anak sedara ajak Cik Darling keluar
nak jalan-jalan tengok suasana malam di Waterfront
sambil-sambil cari makan
kakak-kakak Cik Darling tak ikut.. kami keluar berlima je
jarak dari Merdeka Palace ke Waterfront lebih kurang 300 ke 400 meter

 photo Picture15_zpsz1amzgmc.jpg

Habis makan terus balik ke hotel
bersih apa yang perlu kemudian terus zzzzZZZZZZZzzzzzz





..to be continue..








Photobucket

0 xoxo: