Followers

Tinggi Nye..!!!

Tuesday, February 21, 2017

Semalam Cik Darling mc..
eh.. bukan mc saja-saja tau
bukan sengaja jumpa doktor untuk minta mc tau
Cik Darling tak minta pun sebenar nye tapi doktor yang bagi

Asalnya Cik Darling pergi klinik untuk ambil ubat batuk je
sebab dah seminggu batuk ni tak baik-baik juga
dan dalam masa yang sama nak ambil pil tahan sakit
sebab lutut Cik Darling injured masa eksesais minggu lepas

Alhamdulillah doktor check paru-paru semua okay
tekak pun okay.. tak ada bengkak
tapi ada satu yang tak okay

Nak tau tak apa dia??

Tekanan darah Cik Darling tinggi..!!!!

150/100.. tinggi kan??!!

Terkejut Cik Darling tau
pertama kali bacaan tekanan darah Cik Darling tinggi
Ya Allah.. seriau.. seram sejuk.. takut..
macam-macam perasaan bercampur

Tapi doktor cakap belum boleh declare kena darah tinggi
sebab Cik Darling tengah tak sihat
dia suruh datang semula untuk check
kena check tiga hingga empat kali
kalau tinggi juga bacaan nye baru lah boleh sahkan ada darah tinggi

Ya Allah sampai hari ni masih risau 
apa nak buat ye??

2 xoxo:

Kakcik Nur said...

Jangan risau-risau Acu sebab kerisauan itu boleh menyebabkan tekanan darah Acu jadi tak stabil nanti...

Darling Pya said...

kakcik nur:

Otak cuba tak nak fikir tapi hati tetap juga nak fikir.Tu yang bertambah lagi risau.. huhuhu