Followers

#Throwback Birthday:: Nak Kek Ni..

Tuesday, February 28, 2017

Bila kakak whatsapp pada 25-01-2017 bagitau nak sambut
birthday Cik Darling dan beberapa orang lagi ahli keluarga pada 28-02-2017
Cik Darling reply dengan gambar kek yang Cik Darling nak

"Acu nak kek ni.."


Wah!! Demand..!!
orang dah nak sambut tu dah besar rahmat dah kan?


Hahahaa.. biasa lah lumrah anak bongsu kot kan?

Kakak kata dia cuba cari sebab tarikh tu kan tarikh Tahun Baru Cina
banyak kedai kek tutup pada tarikh tu
nak minta kakak Cik Darling yang sulong buatkan dia tak pandai

Tiba hari kejadian iaitu pada 28-01-2017 (Sabtu)
kami semua berkumpul di rumah Ngah; kakak Cik Darling yang kedua
siangnya kakak tempah lauk pauk.. masak nasi dan goreng sayur sendiri
malam nya kakak tempah bihun sup ayam

Sambutan diadakan pada malam hari
kira masa tu semua adik beradik Cik Darling dah ada

Nak tengok kek apa Cik Darling minta?

Tadaaaaaaaaa



Ye.. kek yang ada patung barbie
ya ampun.. umur dah nak menginjak ke siri empat
masih lagi minat dengan kek budak-budak ni ek..

Dah lama sebenar nya Cik Darling simpan impian
nak potong kek barbie ni.. hahahaha
Alhamdulillah akhir nya tahun ni termakbul

Malam tu kami sambut birthday Cik Darling, dua orang anak sedara
dan juga abang Cik Darling.. semua nya birthday bulan Januari
tak jumpa pula gambar kami berempat



Terima kasih banyak-banyak Cik (kakak nombor tujuh)
susah payah memenuhi keinginan adik bongsu ni



Terima kasih Ngah sudi jadi tuan rumah tahun ni
dah sediakan makanan yang sedap-sedap semuanya



Patung barbie kek yang Cik Darling simpan



Yeayy!! Dah berbaju baru.. 
bersayap rama-rama baju yang Cik Darling beli di Serikin hari tu [sini]



Terima kasih untuk semua ahli keluarga yang tak penah jemu
sambut birthday Cik Darling setiap tahun
dan terima kasih juga pada yang memberi hadiah
semoga kasih sayang keluarga kita berkekalan hingga akhir hayat


2 xoxo:

Kakcik Nur said...

Mula2 mak baca nak buat sambutan pada 28/2/2017 - eh...hari ini lah!

Silap tarikh rupanya...hehehe

Comel kek Acu tu. :)

Darling Pya said...

kakcik Nur::

Bila mak cakap macam tu acu baca balik ingat salah tulis tarikh.. hehehe