Thursday, February 16, 2017

Holiday:: Pertama Kali Ke Kampung Budaya Sarawak

Edit Posted by with 2 comments
Hari kedua di Kuching rancangan kami ke Kampung  Budaya
masa datang tahun lepas [sini] [sini] [sini] [sini]
kami tak berkesempatan ke Kampung Budaya sebab kesuntukan masa

Jam 8.30 pagi, Zul datang ambil kami di hotel
kami singgah sarapan di Kopi O Conner
salah satu restoran yang masuk dalam rancangan JJCM TV3

Zul dan Habib pilih menu Mee Kolok



Long, Noni dan Mirah pilih Prata Roll Sardin



Cik Darling, Cik dan Mimi pilih Prata Roll Telur




Usai makan, kami terus ke Kampung Budaya
perjalanan dari bandar Kuching mengambil masa lebih kurang 45 minit
kami sampai sana dalam jam 10.15 pagi



Bayaran masuk ke Kampung Budaya Sarawak
(sumber gambar en.Google)



Warga emas dikenakan bayaran sebanyak RM30
sementara pelajar, kalau nak jimat sila bawa kad pelajar
untuk yang ada kad pelajar cuma perlu bayar RM15 sahaja

Setiap pembelian tiket akan mendapat passport macam dalam gambar ni
pengunjung boleh ambil cop di setiap rumah budaya yang dilawati
kira passport ni sebagai cenderamata untuk dibawa pulang oleh pengunjung



Sebelum melawat kawasan sekitar, kami singgah dulu
untuk melihat persembahan kebudayaan etnik di Sarawak
waktu persembahan seperti di bawah



Jadi, kalau nak lihat persembahan kena la pandai bajet masa
kalau lambat nanti rugi tak dapat menonton

Ada tarian zapin, melanau, iban dan banyak lagi
yang dipersembahkan di sini
persembahan kebudayaan ini mengambil masa lebih kurang 45 minit








Antara persembahan yang sempat Cik Darling rakam






Habis menonton, kami melawat kawasan sekitar
melihat rumah-rumah kaum etnik di Sarawak
setiap rumah mempunyai identiti atau keunikan nye yang tersendiri










Di sini juga terletaknya pentas RainForest World Music Festival
yang diadakan saban tahun
kat belakang Cik Darling tu kawasan pentas nye




Dapat juga merasa meniti titian buluh ni
seram weiiiii.... takut patah batang buloh tu
maklum le kenderaan berat yang lalu.. hahahaha



Ada juga rumah yang menyediakan pakaian yang dipakai oleh kaum tersebut
kita boleh menyewa dan bergambar sepuas-puasnye
bayaran yang dikenakan cuma RM10 untuk sepasang baju

Anak-anak sedara Cik Darling menyewa pakaian masa di rumah kaum Iban
tiga orang tiga pasang baju so, kena bayar RM30





Selain daripada tu, kita juga boleh membeli barangan kraf tangan
yang dibuat sendiri oleh petugas di rumah tersebut



Selain daripada tu, pengunjung juga disajikan dengan 
persembahan, alatan tradisional dan juga makanan tradisional

Pengunjung juga boleh membeli barangan kraft ni kedai souvenir
yang terletak berhampiran dengan pintu keluar
sebagai buah tangan untuk dibawa balik ke Semenanjung




Cik Darling beli gelang buatan kaum Iban dan juga ais krim buatan tempatan ni.. 
mahal gile sebekas kecil harga nye RM6 tapi sedap lah walau pun mahal




Bergambar beramai sebelum melangkah keluar
berlatar belakangkan gunung Santubong





Rugi kalau ke Sarawak tapi tak singgah ke sini :)



 ...to be continue..

2 comments:

  1. Teringat waktu mak pergi dahulu, ikut ayah semestinya...seronok... :)

    ReplyDelete
  2. kakcik nur::

    best kan mak? acu pun suka

    ReplyDelete