Tuesday, October 8, 2019

Diva Lovumba Party

Edit Posted by with No comments
Sabtu lepas (05/10/2019) bertempat di Dewan Tun Canselor MMU Cyberjaya
ada event Zumba.. Diva Lovumba Party namanya. Allah.. lama gile Cik Pya tak 
berzumba ni. Step menari memang ke laut dah ni.. apa lagi sekarang ni semua 
dah lagu-lagu baru 😅


Event start pukul 9 pagi sebenarnya tapi disebabkan pendaftaran start pukul 8 pagi
makanya pukul 7.45 pagi macam tu Cik Pya dah tercongok kat car park dewan. Lagi pun
memang janji dengan Kak Mas nak jumpa kat situ jam 7.45.

Kak Mas sampai lewat sikit. Dah le lewat, husband dia boleh pula drop dia kat tempat
lain bukan kat dewan ni.. terpaksa lah dia menapak datang ke dewan. Katanya jauh juga. Cik Pya bukan tak nak pergi ambil tapi sebab masa tu Cik Pya tengah beratur. Boleh tahan panjang juga lah barisannya.



Ni Kak Mas.. kakak yang Cik Pya kenal sejak zaman berjinak dengan gym dulu dan juga 
zaman gila dengan Zumba fitness ni dulu-dulu.



Pukul 8.35 pendaftaran ditutup. Bermula lah pre-party. Atau dalam bahasa lainnya warming up lah.. panaskan badan dulu sebelum kita henjut kaw-kaw nanti.. hahahaha




Sooooo... we are readyyy!!! Let's party uolssss...!!!! Yeaahhhh...!!!






30 minit pre-party ditambah dengan 120 minit non-stop party rasa nak tercabut kepala
lutut ni.. hahahaha.. pancittttttttt...!!! Tapi time bergambar muka kena control ayu 😆


Antara Zin atau coach yang terlibat buat show hari tu





Zin yang baju putih tu tengah pregnant tau. Tapi tenaga dia kat atas pentas, tak nampak langsung gaya orang pregnant. Lincah gile... salute lah kat dia.

Akhir sebelum bersurai diadakan lucky draw. Macam biasa, tak pernah nya luck 
kalau masa lucky draw ni.



Oh yang tudung putih tu anak saudara Kak Mas. Lupa pula namanya..

Sebenarnya, Cik Pya dan Kak Mas ni datang untuk support kawan kami iaitu Rusha.
Dia salah seorang Zin yang perform masa hari tersebut. Our BFF ni sebab tu kena
datang support 😊




Congratulations girl.. you made it!

Dalam pukul 12.30 tengahari baru Cik Pya beredar dari dewan. Balik rumah terus terbongkang tidur kepenatan 😆😆😆😆







0 xoxo:

Post a Comment