Friday, October 18, 2019

Food Walk:: Restoran Al Diafah Kajang

Edit Posted by with 5 comments
"Acu,nanti tolong cari mana-mana restoran. 
Kita ajak keluarga kita yang tinggal di KL ni
keluar makan beramai-ramai."

Permintaan yang Cik Pya terima daripada Long. Bila nak belanja family,
Cik Pya nak lah cari tempat makan yang sedap dan selesa. Memandangkan
family Cik Pya ni majoriti adalah penggemar nasi Arab, terus terlintas
difikiran Cik Pya Restoran Al Diafah. 

Cik Pya pilih yang cawangan Kajang sebab kat sini nak parking senang. Lokasi pun
strategik. Tepi jalan je.. berdekatan dengan Taman Kajang Putra. Bersebelahan
dengan Plaza Tol Sungai Ramal. Cawangan lagi satu kat Seri Petaling [sini]
macam susah sikit nak parking kalau kat situ.


Selepas dah dapat confirmation berapa orang yang boleh hadir, Cik Pya terus lah
buat reservation untuk kami sekeluarga. Bila nak datang ramai-ramai ni tak berani
nak walk in takut takde tempat. To be safe, baiklah buat reservation dulu.


Menu malam tu Teh yang pilih. Cik Pya dan yang lain ikut je. Kami semua ni jenis
tak kisah. Makan je apa yang terhidang depan mata 😁

Menu yang kami makan malam tu

Mendy Chicken + Mendy Lamb with Mendy Rice - kami order 2 talam. Tapi tak habis
makan pun. Siap tapau dapat 3 bekas lagi 😅


Set nasi ni didatangkan sekali dengan air asam tomato dan sayur timun.


Royal Mixed Grilled - juga 2 set kami order. Cik Pya suka sangat set ni. Dalam set ni
ada ayam, lamb dan fries. Kalau tak nak makan nasi, boleh lah order set macam ni.


Shawarma Plate - daging ayam yang di grilled di makan dengan roti Arab dan juga
fries. Ni pun pilihan kalau korang tak nak makan nasi Arab.


Kunafa - dessert yang sangat sedap. Cik Pya memang suka kunafa kat Al Diafah ni.


Muka-muka tak sabar nak makan 😆


Haa..! Amik kau.. dapat hongges tulang kambing terus hilang keayuan.
Ni kalau jodoh nampak, terus lari ni 😆


Alhamdulillah, suka sangat tengok semua orang happy dan kenyang.
Semua pulang dengan muka puas hati 😊







5 xoxo:

Kisah Tatie said...

pernah makan kat sini.. tapi dah lama dah .. memang sedap

Ronaldo drogba said...

ROku is one of the most familiar services for know more about the Roku click the following link
Roku.com/link

Anis Azalea said...

Lama dah tak makan sini. Dua2 branch pun dah try makan..

Darling Pya said...

Kisah Tatie:

sedap kan makanan kat sini.. tapi harga dia boleh tahan mahal juga lah :D

Darling Pya said...

Anis:

Rasa macam ada menu yang tak sama antara 2 branch tu

Followers