Friday, October 4, 2019

Pameran Marvel Studios: Ten Years Of Heroes

Edit Posted by with 2 comments
Pameran Marvel Studios: 10 Years of Heroes ni berlangsung di Pavilion KL.
Korang boleh tengok sendiri ada 10 buah bilik khas untuk beberapa orang
super hero. Boleh lihat depan mata kostum dan props sebenar yang digunakan
oleh setiap karakter super hero ni dalam setiap filem mereka.




Bilik pertama mempamerkan Makmal Stark Industries dari filem Iron Man.




Bilik kedua adalah galeri untuk Captain America. Dipamerkan props sebenar
Captain America dari filem Captain America: First Avenger dan
Captain America: Winter Soldier.




Bilik ketiga ialah galeri untuk Thor. Ada patung Thor bersaiz sebenar dengan 
efek kilat. Selain tu dipamerkan props hammer milik Thor dan scepter milik Loki.




Bilik keempat ialah galeri untuk Dr. Stranger. Di ruangan ini, disediakan satu
dinding besar untuk mirror dimension macam dalam filem Dr Stranger.



Kat sini kan ada interaktif Mystic Art of Time Manipulation. Best tau main dia!


Seterusnya adalah galeri The Guardians of The Galaxy. Yang best kat sini
bila kita boleh menari dengan Groot. Dia akan ikut apa aksi yang kita buat.
Comel sangat ๐Ÿ˜


Seterusnya adalah bilik Black Panther. Dipamerkan kostum sebenar yang digunakan
dalam filem Black Panther. 



Selepas Black Panther, bilik galeri super hero Ant Man. Dipamerkan props sebenar
makmal Pym Tech Rolling daripada filem Ant Man. Tapi lupa pula nak ambil gambar ๐Ÿ˜…


Next adalah bilik Captain Marvel. Ada patung Captain Marvel kat ruangan ni.
Pun sama lupa nak ambil gambar. Apo yang diingatkan pun tak tahu lah ๐Ÿ˜†
Ada mainan interaktif juga kat sini. Main pilih-pilih warna untuk pakaian Captain Marvel.

Haa..!! Seterusnya bilik galeri abang gagah si Thanos. Patung Thanos dan replika
nano gautlet ada dipamerkan kat sini. 



Tapi kan yang paling best mainan interaktif kat sini. Diri kita hancur menjadi debu
macam dalam filem Thanos tu. Lama betul kami kat ruangan ni. 
Sebab nak dapatkan gambar yang menarik sebelum hancur menjadi debu ๐Ÿ˜


Gambar kita tu, kita boleh download masuk ke handphone kita dengan cara
scan kod QR yang dipaparkan kat screen. Korang memang kena try ni.



Akhir sekali, mestilah kedai cenderamata yang menjual pelbagai barangan 
original MCU. Ada yang harga mampu milik dan ada juga harga yang mampu tengok ๐Ÿ˜†






Oh! ya.. masa mula-mula nak masuk ke ruang pameran, kita boleh buat kad Avengers
kita sendiri. Boleh letak nama apa yang kita nak letak. Kemudian ambil gambar.
Dan kadnya boleh diambil di kedai cenderamata ni. 



Lupa nak bagitau ek.. harga tiket masuk untuk pemegang Mykad dan Mykid RM48 dewasa dan RM28 kanak-kanak. Kalau tanpa Mykad atau Mykid tu, harganya RM58 
dan RM38. Untuk buat kad ID Avengers tu kena tambah lagi RM10.

Pameran ni akan tamat pada 27 Oktober 2019. So, masih ada masa lagi kalau korang 
nak pergi. Confirm korang atau anak-anak korang akan enjoy kat sini ๐Ÿ˜Š






Photobucket

2 comments: