Wednesday, October 2, 2019

Food Walk:: Waroeng Isabella

Edit Posted by with 2 comments
Pernah dengar nama Waroeng Isabella?

Cik Pya tahu pasal gerai makan ni melalui Instagram pelakon
Nabila Huda. Anak kepada penyanyi Amy Search.
Waroeng Isabella ni adalah kepunyaan Nabila dan suaminya.

Waroeng Isabella sumber Google
Gerai makan ini terletak di Rasta TTDI. Cik Pya mencuba pertama kali 
makan di sini dengan kawan Cik Pya; Ain. Masa kami sampai tu, kedai baru nak buka. 
Jadi, kenalah tunggu hingga diaorang selesai dulu. 
Alhamdulillah beratur pun tak panjang. Selalu tengok dalam posting Nabila
barisannya bukan main panjang lagi. Ada yang kena tunggu berjam-jam baru 
dapat makan.


Cik Pya order siap-siap 2 gelas air. Sebab orang kata sambal kat Waroeng Isabella ni tahap berapi punye 😆


Cik Pya order ikan gurame terbang sambal hijau.


Ain order ayam bakar taliwang sambal merah.


Semua lauk tu didatangkan dengan nasi putih + kicap.

Makanan kat sini boleh dikategorikan sedap. Yang suka dengan makanan pedas
boleh lah cuba makan sambal kat sini. Nasib le tulang ni tak boleh dimakan.
Kalau tidak mau licin pinggan ni 😆😆


Kepedasan dua-dua sambal tu berbeza. Cik Pya ni memang tak tahan pedas sangat 
kalau kepedasan tu melampau. Meleleh air peluh dan air hidung nak menghabiskan
ikan gurame tu 😅



Tapi berbeza dengan Ain. Dia ni hantu pedas. Pada dia level pedas sambal kat
Waroeng Isabella ni biasa-biasa saja. Nampak je badan kecil tapi kuat makan pedas. 







Photobucket

2 xoxo:

Kakcik Seroja said...

Kalau mak pun mungkin jadi macam Acu, meleleh semua peluh, air hidung dan air mata bila makan pedas...

Darling Pya said...

kakcik:

Oh! mak pun jenis tak tahan pedas gak ek

Followers