Tuesday, October 1, 2019

Hashtag OOTD Darling Pya

Edit Posted by with No comments
Kalau friend dengan Cik Pya kat Facebook atau kalau follower 
Instagram Cik Pya mesti korang pernah perasaan #ootddarlingpya ni 😊

Kadang-kadang ada komen atau mesej yang Cik Pya terima
bertanyakan kat mana Cik Pya beli baju-baju yang Cik Pya pakai.
Al maklumlah saiz comel macam Cik Pya ni selalu orang cakap
susah nak beli baju yang dah siap. Orang selalu kata tak ada saiz 😊

Mai sini Cik Pya bagitahu kat mana Cik Pya selalu beli baju-baju Cik Pya.

1) Misclaire

Paling banyak baju Cik Pya dari Butik Misclaire ni. Baju pertama beli kat sini
masa tahun 2015. Hingga ke hari ini Cik Pya menjadi salah seorang
pelanggan tetap untuk Butik Misclaire ni. Butik ni menyediakan baju
bermula dari saiz XL sehingga saiz 7XL.

Ni baju pertama Cik Pya beli. Baju peplum ni dipakai semasa raya kedua 
Aidilfitri tahun 2015.


Jubah yang Cik Pya pakai semasa menunaikan umrah tahun 2015 yang lalu
pun Cik Pya beli dari Butik Misclaire ni.


Jacket jeans ni pun dari butik ni juga.


Cik Pya suka butik ni sebab banyak koleksi pakaian kat sini yang sesuai
dengan citarasa Cik Pya. Tak kisah lah casual wear atau office wear.
Pelbagai jenis pakaian ada dijual di butik ini. Ada blouse, ada baju kurung, 
seluar, blazer, baju sukan, baju renang, skirt dan macam-macam lagi 
termasuk lah juga pakaian dalam.

Antara koleksi baju yang Cik Pya beli dari Butik Misclaire.








Kalau nak beli kat butik ni, boleh beli secara online [sini] atau pun 
walk in ke butik mereka di Petaling Jaya. Waze je Butik Misclaire.

2) Colorstyle Mal

Ini pun antara butik kegemaran Cik Pya juga. Butik yang beroperasi secara
online di Facebook [sini]. Cik Pya paling suka koleksi kebaya kat butik ni.
Tapi bukan kebaya je ada, lain-lain pun ada juga. Blouse, kurung moden,
seluar, baju tidur dan juga pakaian dalam.





3) Plusclosette

Cik Pya baru menjadi pelanggan kat butik ni. Sama seperti Butik Misclaire, 
butik ni juga boleh di beli secara oline [sini] atau walk in ke butik mereka. 
Mereka ada 4 cawangan iaitu:

- Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan Selangor.
- Bandar Setia Alam, Shah Alam, Selangor.
- Bandar Dato Onn, Johor Bharu.
- Sungai Petani, Kedah.

Kat sini pun ada pelbagai jenis pakaian... baju kurung, blouse, dress,
jacket seluar dan macam-macam lagi. Cik Pya baru 2 kali membeli di sini.
Satu dress (belum pakai lagi) dan satu set hoodie ni.


4) Kenangan Wholesale Center

Kat sini pun syok juga shopping. Banyak juga kedai yang menjual baju plus size.
Yang lagi syok tu, harga dia murah. Ni antara yang Cik Pya beli di KWC ni



5) Butik Di Mekah/ Madinah

Kalau abaya pula, kebanyakannya Cik Pya beli di Mekah atau pun di Madinah.
Cik Pya lupa pula nama butiknya. Kalau di Madinah, butik tu dalam mall
berdepan dengan Masjid Nabawi. Kalau di Mekah butik tu dalam Safwa Tower.

Memang banyak kedai yang menjual abaya di sana tapi saiz badan Cik Pya ni 
bukan saiz badan kebanyakan orang Malaysia. Sebab tu tak semua abaya yang 
dijual di kedai kat Mekah atau Madinah tu yang muat untuk Cik Pya 
walaupun ambil saiz paling besar. Sebab abaya yang dijual di kebanyakan kedai 
di sana cutting kecil. 

Cik Pya kena beli abaya yang dijual untuk perempuan Arab 😅
Kadang-kadang tu timbul rasa cemburu sebab tak boleh nak beli sesuka hati.
Sana kan ramai penjaja yang jual abaya kat tepi jalan kan. Harganya masyaAllah
tersangat murah. Tapi tu lah.. susah nak cari yang muat dengan Cik Pya 😔

Ni antara abaya yang di beli di Madinah



Ini pula antara abaya yang di beli di Mekah. 




Ini memang butik kegemaran sejak tahun 2015 Cik Pya jadi pelanggan di butik ni 😊
Nanti kalau ada rezeki ke sana lagi, Cik Pya ambil nama butiknya. Kalau ada abaya
yang kita berkenan tapi tak ada saiz kita, diaorang boleh jahitkan untuk kita.
Tapi ada tambahan bayaran sikit lah untuk bayar upah jahit tu.


6) Personal Tailor

Haa.. yang ni yang paling best. Sebab Cik Pya boleh request apa sahaja baju yang
Cik Pya suka. Biasanya lepas hantar kain, Cik Pya akan google gambar-gambar
baju kat internet. Tengok mana yang berkenan dan agak-agak sesuai dengan Cik Pya.
So far, alhamdulillah apa saja jenis fesyen yang Cik Pya bagi, kakak tailor ni
dapat siapkan. Kadang-kadang ada juga yang dia bagi cadangan kepada Cik Pya.

Ini antara koleksi baju yang favourite tailor Cik Pya jahitkan









So, tulah antara kedai atau butik pakaian yang selalu Cik Pya beli untuk
masa sekarang ni. Alhamdulillah kesemuanya memenuhi citarasa Cik Pya.
Erk walaupun Cik Pya ni kategori plus size, tapi itu tidak menghalang
Cik Pya untuk berfesyen. Omputih kata 


"Size doesn't matter"

Cewah..!! Yang penting Cik Pya selesa. Kalau nak tengok baju-baju Cik Pya 
yang lain boleh search #ootddarlingpya kat Instagram.








Photobucket

0 xoxo:

Post a Comment