Tuesday, October 29, 2019

My Daily Supplements

Edit Posted by with No comments

Cik Pya saja nak share supplements yang Cik Pya amalkan
setiap hari. Dah lama lah makan supplements ni cuma
baru tahun ni Cik Pya betul-betul istiqomah makan setiap hari.
Kalau sebelum ni, asyik skip je πŸ˜†

Yang mula-mula Cik Pya amalkan adalah minyak zaitun
dan habatus sauda. Dah bertahun-tahun dah Cik Pya makan 2 ni.
Orang cakap kalau nak kesan yang bagus kena makan
yang jenis minyak tu. Tapi Cik Pya ni tak boleh telah lah yang minyak.
Cik Pya makan yang soft gel punya. 

Setiap hari Cik Pya akan isikan supplements ni dalam bekas macam ni.


Sebelum ni Cik Pya makan habatus sauda jenama Minsyam. 
Suka makan hababatus sauda ni sebab dia buang angin dalam badan.
Masa mula- mula makan dulu kan, asyik kentut dan sendawa je πŸ˜…

Sekarang Cik Pya makan habatus sauda jenama Nigellacure.
Brand ni Cik Pya beli masa ke Egypt bulan Mei hari tu.
Beli banyak-banyak sebab kat sana sebotol ni jatuh dalam RM8 je.


Untuk minyak zaitun, Cik Pya makan jenama Minsyam. Salah satu sebab
kenapa Cik Pya amalkan minyak zaitun ni ialah untuk mengatasi gastrik.
Dulu Cik Pya kerap juga kena gastrik tapi alhamdulillah sejak amalkan
minyak zaitun ni, dah lama tak kena gastrik.


Semua orang tahu vitamin C ni bagus untuk kulit. Cik Pya makan vitamin C
jenama ni sebab nak yang boleh kunyah. Sebelum ni ambil jenama
Redoxon. Tapi asyik malas nak makan je sebab kena rendam dalam air.


Pil bawang putih ni Cik Pya baru amalkan tahun ni. Orang kata pil ni
bagus untuk buang angin dalam badan. Badan Cik Pya ni memang banyak
angin. Pernah pergi urut tapak kaki kat tukang urut Cina, dia kata

"Perut angin manyak"

Alhamdulillah terasa lah ringan badan sejak makan pil ni bergabung
dengan pil habastus sauda. 


Minyak ikan Omega 3 ni baru 2 tahun Cik Pya amalkan. Minyak ikan
ni bagus untuk kesihatan jantung. Sebelum ni macam-macam jenama
minyak ikan yang Cik Pya makan. Tapi sekarang ni kekal dengan jenama ni je.


Yang terakhir Cik Pya amalkan ialah minyak kelapa dara. Yang ni memang
Cik Pya baru amalkan. Itu pun selepas baca kelebihan makan minyak
kelapa dara ni adalah untuk meningkatkan metabolisme dalam badan
dan juga untuk membakar lebihan lemak dalam badan.


Sehingga hari ni, itulah supplements yang Cik Pya ambil setiap hari.
Badan obese macam Cik Pya ni kan berisiko untuk dapat pelbagai penyakit.
Emm.. tolong doakan Cik Pya istiqomah untuk turunkan berat badan ye 😁


0 xoxo:

Post a Comment