Thursday, January 7, 2021

Throwback Thursday:: Konvokesyen Norma Baharu

Edit Posted by with 16 comments
Semalam CP ikut Syikin ke Majlis Konvokesyen UITM Kedah yang terletak
di Merbok, Sungai Petani.


Majlis konvo yang mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Sebelum masuk ke dewan, seperti biasa kena scan MySejahtera dan suhu.
Graduan pula perlu isi maklumat dalam web saringan Covid yang UITM sediakan.


Selepas selesai bahagian saringan, ibu bapa berpisah seketika dengan graduan.
Graduan perlu uruskan beberapa perkara sebelum diberikan jubah konvo.



Manakala ibu bapa terus di bawa masuk ke dalam dewan.
Duduk di kerusi yang telah disediakan.



Di dalam dewan telah disediakan studio untuk graduan bergambar dengan parents.



Sebaik Syikin masuk, kami diarahakn untuk bergambar di studio dahulu.



Lepas bergambar kat studio, belum sempat CP nak ready camera untuk rakam video
Syikin naik pentas, tiba-tiba je terdengar emcee announce nama Syikin.
Kelam kabut uols...!!!!
Ni je yang sempat CP snap 😆


Nasib ko la Syikin oi... Hahahaha

Sebenarnya kat atas stage tu diaorang just berlakon terima scroll daripada NC.
Nanti akan dibuat super impose gambar graduan dengan NC.
Tak sabar nak tengok hasil nye nanti.


Sebaik graduan turun pentas, parents pun ikut keluar sama dengan graduan.
Cepat kan?
Tak sempat nak panas punggung duduk dalam dewan tu 😅

Tapi kami berhenti dekat booth yang disediakan.
Ambil gambar Syikin beberapa keping buat ubat kecewa dia sebab CP tak sempat
nak rakam video tadi.


Kat luar dewan disediakan banner untuk graduan bergambar.



Lepas bergambar kat situ, Syikin ajak photo shoot kat tasik.
CP layan kan aje... hari ni kan hari dia. Bagi dia happy.




Dah puas posing, kami kembali semula ke dewan untuk pulang kan jubah.
Masa kami sampai kat dewan, tengok semua camera man dah berjalan keluar.
Menunjukkan yang majlis dah habis.
Emm.. majlis bermula 2 petang. Masa kami nak pulangkan jubah dalam pukul 3 lebih.
Maksud nye majlis konvo di hanya memakan masa 1 jam lebih je.. 
Wow!! Memang pantas..!! 😅

Pantas pun pantas la kan yang penting ada gambar konvo.... kan??!!



Wednesday, January 6, 2021

WW147 Sup Tulang

Edit Posted by with 16 comments
Nasi Putih + Sup Tulang + Telur Dadar = Perfect Combo

Makan waktu hari hujan memang layan 😋










Tuesday, January 5, 2021

Belated Family Birthday Celebration

Edit Posted by with 14 comments
Selesai majlis pertunangan Mimi [sini], 
disebelah petang selepas Asar.. kami adakan majlis sambutan
hari lahir untuk family yang lahir bulan 10, 11 dan 12.

Chocolate Cake Butter Cream

Vanilla Cake Butter Cream

Disebabkan makanan semasa majlis pagi tadi masih ada lebih
so, carry forward ke majlis sebelah petang,
Tak baik membazirkan 😊
Ada tambahan pisang goreng, keledek goreng dan cheese tart.



Sepatutnye 11 orang yang diraikan tapi sorang takde.
Suami anak sedara CP.. dia kena kerja. Tak dapat cuti.
So, video call je dengan dia.



Seronok dapat happy happy dengan family.



Last but not least.. Happy Belated Birthday semua.
Nanti kita gathering makan-makan lagi ya 😘



Monday, January 4, 2021

2-1-21 Majlis Pertunangan Mimi

Edit Posted by with 7 comments
Majlis pertunangan Mimi; anak sedara CP menjadi pembuka tirai
event dalam kelurga kami.
Majlis diadakan pada hari Sabtu 02-01-2021.

Sehari sebelum majlis, semua ahli keluarga gotong royong merewang.
Sebab Long dan Ngah tak nak guna khidmat katering.
Kata nye lagi puas masak sendiri.




Kak Ta dan Jiah masak kan mee goreng untuk makan petang tu.
Dan abang beli kan sate.



Pada hari kejadian (02-01-2021), selepas solat subuh terus masuk dapur.
Makanan semua dimasak pagi Sabtu tu.
Lauk-pauk yang dihidangkan semasa majlis..

Gulai Udang + Kacang Buncis + Carrot

Ayam Goreng Berempah

Hati Ayam + Kentang Goreng Kicap

Ikan Masin Goreng + Cili Bawang

Ulam Timun

Sambal Belacan Kick

Pencuci mulut selain tembikai ada yang di buat sendiri, ada yang ditempah.

Tembikai

Agar-agar Gula Merah

Puding Jagung

Talam Labu Berlauk

Cream Puff

Turut disediakan hidangan kambing golek.
Menu ni paling laris di kalangan tetamu 😅



Rombongan lelaki datang dalam pukul 11 pagi.
Alhamdulillah semua urusan perbincangan berjalan dengan lancar.



Majlis berakhir dalam pukul 1 tengahari.

Saja pilih gambar Mimi yang nampak excited 😅

To Mimi.. tahniah acu ucapkan.
Lagi satu langkah insyaAllah akan jadi isteri orang.
Semoga Mimi jaga diri dan tingkah laku sepanjang menjadi tunangan orang.
Orang kata banyak dugaan semasa bertunang ni.
So, please behave yourself ya 😊



Friday, January 1, 2021

Happy 2021

Edit Posted by with 8 comments
Happy New Year 2021...!!!


May the upcoming 12 months of the new year become
the best 12 months of our entire life.

In 2021, never dull yourself for somebody else.

May this year filled with happiness, peace and love.

Have a better new year everyone..!!!