Wednesday, August 13, 2014

#Throwback Syawal#2 Malam BBQ Di Raya Kedua

Edit Posted by with 1 comment
Seperti tahun-tahun sebelum nie, kami sekeluarga akan buat BBQ
biasa nya kami buat pada malam raya ketiga tapi tahun nie
disebabkan anak saudara acu nak balik beraya rumah mertua dia pada
hari raya ketiga makanya malam BBQ dibuat pada hari raya kedua

Menu kami malam tu ialah ayam, daging, udang, ikan dan sosej
siang bertungkus lumus siap kan bahan-bahan semua
malam lepas maghrib baru mula membakar

 photo Picture11_zpsd290e5b1.jpg
 photo Picture7_zps18ebed7d.jpg
 photo Picture10_zps3e42ca72.jpg
 photo Picture9_zpsb7c89a8a.jpg
 photo Picture12_zps9a7cb74a.jpg
 photo Picture13_zps2746099c.jpg

Perut kenyang, acu dan anak-anak saudara busy bergambar sesambil main bunga api

 photo Picture17_zpsc86d8b85.jpg
 photo Picture18_zpse6d389ab.jpg
 photo Picture16_zpsa533bd75.jpg
 photo Picture14_zpsc5e29619.jpg
 photo Picture15_zps0298a3a0.jpg

Dalam gembira hati tetap terkenang kan arwah emak
Al Fatihah untuk arwah emak dan ayah








Photobucket

Tuesday, August 12, 2014

#Throwback Syawal#1 Syawal Pertama Tanpa Emak Ayah

Edit Posted by with 4 comments
Orang dah lama bercerita pasal 1 Syawal kan??
tapi acu baru nak mula.. nie baru ada kesempatan nak menulis
dan juga baru ada mood... huhuhu

Syawal tahun nie merupakan Syawal pertama kami sekeluarga tanpa emak dan ayah
bohong la kalau kata tak sedih kan tapi hidup perlu diteruskan
Syawal tetap kena sambut walau pun tanpa mereka

Syawal pertama acu bermula dengan solat raya di masjid

 photo Picture1_zps75f00c21.jpg
 photo Picture2_zps736153f0.jpg

Usai solat raya, kami ke kubur
ziarah kubur emak dan ayah
Alhamdulillah batu nisan emak sempat siap sebelum raya

 photo Picture3_zps679f9cb3.jpg

Balik rumah tunggu orang datang beraya
juadah kami di pagi raya ialah lontong dan soto selain daripada ketupat palas
tapi sorry le sibuk melayan tetamu terlupa nak ambil gambar

Bila dah rasa macam tak ada tetamu, kami pula keluar beraya
tapi sempat pergi satu rumah je... rumah Mak Tam kami
owh sila abaikan muka acu yang tak "semenggah" itu ye
penat layan tetamu tak sempat nak touch up sebelum keluar beraya

 photo Picture5_zps3e8e33ac.jpg

Lepas balik dari rumah Mak Tam tetamu tak putus-putus datang ke rumah
melayan tetamu hingga ke petang
terpaksa lupa kan hajat nak beraya ke rumah jiran dan saudara mara lain

Allah ambil emak acu tapi Allah gantikan dengan seorang cucu saudara
Alhamdulillah budak kecik nie lah penyeri Syawal acu tahun nie

 photo Picture6_zps26f5ab85.jpg

Walau pun kami semua masih lagi diselubungi kesedihan atas pemergian arwah emak
kami cuba sembunyikan kesedihan tu semua
cuba untuk sama-sama bergembira dengan orang lain
tapi ingatan pada arwah emak tetap kukuh di ingatan
Al Fatihah untuk emak dan ayah








Photobucket

Friday, June 6, 2014

#Throwback Beijing#9 Hari Terakhir Di Beijing

Edit Posted by with 3 comments
Hari Kelima di Beijing (26-04-2014)

Hari terakhir nie, kami bersarapan maggi di bilik je
dah tak lalu dah nak telan laksa goreng atau pun nasi goreng kosong
yang tawar kat hotel nie

Pagi nie kami check out dari hotel
sementara menunggu van sampai, acu dan kawan-kawan
mengira berat beg masing-masing.. takut ada yang terlebih berat
maklumlah beg kebanyakan nya dah beranak pinak
paling kurang akan beranak satu beg

 photo Picture44_zps78cc847d.jpg
 photo Picture45_zps1150702b.jpg
 photo Picture46_zps86ac383b.jpg

Okay! Van dah sampai..!!
isi beg dulu dalam van... hah!!! amik kau..!!!
dah mencecah bumbung dah beg kami semua... hahahaha

 photo Picture43_zps46ae8189.jpg

Memandangkan flight kami pukul 2 pagi
so, kami masih ada masa lagi hari nie
tempat lawatan pertama kami untuk hari terakhir nie ialah
ke kedai pearl yang terletak di Beijing National Stadium

 photo Picture47_zps88d0a1e6.jpg

Sampai je kami di sana, kami diletakkan dalam satu bilik
kemudian kami diberi penerangan mengenai pearl dan juga jade

 photo Picture48_zpsbb18399e.jpg
 photo Picture49_zpsb3a0679c.jpg

Usai penerangan, kami dibawa masuk ke bilik yang lain pula
kat sini kekonon nya dipamerkan barangan daripada pearl dan jade yang berkualiti

 photo Picture50_zps0c83ce35.jpg
 photo Picture51_zps0bb2db65.jpg
 photo Picture52_zps80f040a2.jpg

Sebenarnya ada insiden tak best yang berlaku kat sini
tapi acu tak nak cerita sekarang
tak nak cerita benda-benda tak best dalam entri nie
dalam nie acu nak cerita semua yang best-best je
nanti acu cerita dalam entri yang lain ye

Selesai membeli pearl dan jade (beli lagi nie...)
kami terus ke restoran dulu untuk makan tengahari

 photo Picture53_zpsd4c75d94.jpg
 photo Picture55_zpsa4367365.jpg
 photo Picture56_zpsd7342f7b.jpg
 photo Picture54_zps05310ecf.jpg

Lepas makan, kami singgah solat dulu di Masjid Nan Dou Ya

 photo Picture64_zpsd3ce274c.jpg

Sekali lagi kami dibawa bershopping di Silk Street
walau pun beg mencecah ke bumbung tapi masih ada lagi yang membeli
acu?? acu beli satu luggage yang hand carry punye sebab luggage acu dah rosak

 photo Picture65_zpse0d3d3fe.jpg
 photo Picture17_zpse468f7a9.jpg

Dari Silk Street kami ke Yashow sekali lagi
nie kira detinasi terakhir lah sebelum kami bertolak ke airport

 photo Picture66_zpse5e8adfa.jpg
 photo Picture67_zps17275b35.jpg
 photo Picture68_zps07961eca.jpg
 photo Picture69_zps2f6b4816.jpg

Habis membeli, kami makan malam di food court Yashow je
kedai yang sama yang kami makan mee tarik
tapi kali nie kami makan nasi

 photo Picture57_zps9bb70367.jpg
 photo Picture59_zpsb90e75d6.jpg
 photo Picture58_zps948334c5.jpg
 photo Picture60_zps70ea690e.jpg
 photo Picture61_zps920f0d3c.jpg
 photo Picture63_zps1275aaa4.jpg
 photo Picture62_zps45dfde7b.jpg
 photo Picture70_zpsb7fe1cae.jpg

Perut dah kenyang kami langsung ke airport
kat sana, cari sudut untuk kami ejas semula semua luggage
dan juga solat jamak maghrib dan isyak

 photo Picture72_zps5a969e9e.jpg
 photo Picture71_zpsa70a41fb.jpg
 photo Picture73_zpsf1d91e24.jpg
 photo Picture74_zps75d910c0.jpg
 photo Picture75_zps24e910bd.jpg

Selesai semua nya baru kami masuk ke dalam
menunggu kaunter dibuka jam 11 malam

 photo Picture76_zps3e310f6c.jpg
 photo Picture77_zps666e07ae.jpg
 photo Picture78_zps3648a586.jpg

Alhamdulillah dalam pukul 1.25 pagi kami boarding
dan berlepas balik ke Malaysia dalam pukul 2.05 pagi

 photo Picture79_zps52be1405.jpg
 photo Picture80_zps0f9e805f.jpg

Enam jam perjalanan... pukul 8 pagi Ahad 27-04-2014 kami selamat landing di LCCT
driver datang ambil terus hantar balik rumah

 photo Picture81_zps587aa6de.jpg
 photo Picture82_zps6e40c422.jpg

Sampai je rumah mandi kemudian rehat dan terus zzzZZZZZZzzzzzzz

Tamat sudah cerita acu dan kawan-kawan di Beijing
kami seronok dan enjoy sangat kat sana
tapi biasa lah, dalam kita berseronok tu mesti ada yang tak seronok nye juga
insyaAllah ada rezeki nanti acu akan cerita dalam entri yang lain









Photobucket