Thursday, August 27, 2020

Staycation At Berjaya Times Square Hotel KL

Edit Posted by with 10 comments
Perbualan melalui whatsapp antara CP dan Emi pada Khamis 20-08-2020

CP: Emi.. weekend ni ada plan tak?

Emi: So far takde plan lagi. Ada plan?

CP: Jom check in mana2 hotel yang ada bath tub and pool. 
Nak berendam la πŸ˜†
     Kita check in 22hb and check out 23hb.

Emi: Orait. Nanti aku cari.


Nahhh... akhir nya kami check in di Berjaya Times Square Hotel
yang terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur.
Emi booking two bedrooms apartment. Sesuai la untuk kami berempat.
Emi bawa anak dia dan CP bawa sorang anak sedara; Syifa


Bilik Emi dan anak dia. Katil king size.


Ada bath tub kat bilik dia.


Ruang rehat kat bilik Emi. Ada sofa dan TV.


Permandangan dari tingkap bilik Emi.


Bilik CP dan Syifa. Dua katil twin.


Kat bilik kami pun ada bath tub. So, tak payah nak berebut bath tub 😁


Di bilik CP pun ada TV gak.


Permandangan dari tingkap bilik CP.


Hari Sabtu tu kami check in pukul 5 petang. Lewat 2 jam dari waktu sepatutnya.
Gara-gara bilik hotel belum ready. Mungkin hotel kekurangan staf kot.. entah lah..
So, petang tu kami cuma lepak di dalam bilik je.
CP dan Emi chit chat sambil layan TV.
Syifa diam di dalam bilik siapkan assignmet.
Anak Emi layan drama Korea kat handphone.

Malam lepas Maghrib baru kami keluar cari makan.
Kami ke food court di dalam Times Square.
Lepak makan sambil berbual.


Lepas makan, kedai-kedai kat dalam tu dah tutup.
So, kami jalan-jalan kejap menikmati suasana malam di KL sebelum balik ke bilik hotel.

View KL diwaktu malam dari tingkap bilik Emi.


Sambung lepak dan berbual dengan Emi sampai pukul 2.30 pagi πŸ˜…
Macam-macam yang kami bualkan. Tapi lebih kepada mendengar
cerita daripada Emi je lah.
Kalau nak tau, CP ni pendengar yang setia 😁

Selesai hari pertama kami...

Esok pagi nye (Ahad), kami keluar cari sarapan jam 8.30 pagi.
Kami sarapan di Hometown Hainan Coffee


Balik dari sarapan, terus menuju ke swimming pool.
Aiyookkk..!! Nak masuk pool pun kena beratur.
Kena ambil nombor giliran..



Setiap orang atau setiap kumpulan hanya dibenarkan untuk
mandi selama 30 hingga 45 minit je


Let's berendam...!!!!
Syifa jadi photographer. Dia malas nak berendam kata nye.




Dalam pukul 11.20 tu masa dah tamat.
Dah tak boleh mandi dah.
Ikut hati, belum puas lagi berendam tapi emm.. jadi lah.
Dapat juga lah lepas "ngidam" nak berendam dalam pool.. πŸ˜…


Anak Emi sambung berendam dalam bath tub hotel.
CP dan Syifa rehat dalam bilik je sambil layan Melodi.
Sepatutnya check out pukul 12 tapi kami dapat extend ke pukul 2 petang
sebab semalamnya kami check in lewat 2 jam.

Pukul 2 lebih baru kami turun untuk check out.




Tamat sudah staycation kami di Berjaya Hotel ni.
InshaAllah ada rezeki nanti kita ke tempat lain pula 😊




10 comments:

  1. AMMVOIII sonoknyer berendam uooolsss. , ;p

    ReplyDelete
  2. Best kan sekali sekala buat staycation ni ;)
    Rendahnya sink bilik CP hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya best sangat.
      Erk.. tu bukan sinki tangan.
      Tu sinki untuk cuci montot selepas kita membuang
      Hahahaha

      Delete
  3. Salam, blogwalking here. done follow blog ini. Wah, best idea stayfaction ini. enjoy dan best. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.
      Nanti CP buat lawatan balas ya :)

      Delete
  4. Best ni. teringin juga bercuti cuti dari hotel ke hotel around KL kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la mama..
      Boleh ajak anak-anak atau kawan-kawan join sekali :)

      Delete