Tuesday, August 25, 2020

#Throwback Umrah 2017 - Day 11:: Med - Muscat - Mas

Edit Posted by with 8 comments
Tarikh:: 07-12-2017

Hari terakhir di bumi Madinah 😢
Siang hari selain dari ke Masjid Nabawi untuk solat, masa dihabiskan
juga untuk ber shopping habiskan sisa riyal yang tinggal.
Dan juga packing beg.

Cik Pya keluar dengan Mimi pergi kedai yang menjual souvenir
Madinah dan Mekah. Tak jauh pun dari hotel kami.


Malam selepas makan malam, kami kembali semula ke Masjid Nabawi
untuk ucap selamat tinggal kepada Rasulullah 😢
Sebelum ke masjid, kami kena keluarkan semua beg letak di luar pintu.
Pekerja hotel tolong bawa turun kumpulkan kat bawah.

Rombongan bergambar bersama di luar Masjid Nabawi

Sayu hati hanya Allah saja yang tahu.
Berdoa semoga Allah masih sudi menjemput Cik Pya dan keluarga
untuk datang berkunjung ke sini lagi.

Bersama Kak Jah dan Kak Teh


Sampai di hotel, kami bawa turun beg-beg kecil atau hand luggage.
Semua beg besar tadi dah dimasukkan ke dalam bas.

Selfie depan pintu hotel

Kami dibawa terus ke airport Madinah.
Flight kami pukul 2.30 pagi waktu Madinah.





Alhamdulillah dalam pukul 8 malam 08-12-2017 kami selamat tiba di KLIA.



Sampai je family dah siap sedia tunggu.


Alhamdulillah selesai sudah umrah kami untuk tahun 2017 ni.
Alhamdulillah Allah permudahkan semua urusan kami.
Alhamdulillah Allah bagi kesihatan yang baik untuk kami cuma
Cik Pya demam sekejap je masa kat bumi Madinah.

Abang Cik Pya ada plan nak ke sana lagi hujung tahun ni
tapi disebabkan Covid-19 ni, nampak macam tak ada rezeki je.
Semoga Allah panjangkan umur kami sekeluarga dan dapat
jemputan Allah untuk menjadi tetamu Nya lagi.



8 comments:

  1. mesti rindu nak ke sana lagi kan :)

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah abang Acu ada rezeki dilain kali...

    ReplyDelete
  3. Boa tarde parabéns pelas fotos. Se eu pudesse em suas viagens encomendaria uns chaveiros para minha coleção.

    ReplyDelete