Friday, August 14, 2020

#Throwback Umrah 2017 - Day 6:: Ziarah Luar Lagi

Edit Posted by with 10 comments
Tarikh:: 02-12-2017

Hari ni selepas sarapan kami ada ziarah luar.
Rombongan akan di bawa ke Jabal Nur, Jabal Thur,
Arafah, Mudzalifah, Mina dan akan singgah di Masjid Jaaranah
untuk berniat ihram umrah.

Kami dah ready tunggu bas datang pick up.


Depan kedai runcit sebelah hotel

Tempat lawatan pertama ke Jabal Thur.
Di atasnya terdapat Gua Thur yang menjadi tempat persembunyian
Rasulullah S.A.W bersama Saidina Abu Bakar daripada kaum Quraisy.



Dari Jabal Thur, kami dibawa ke Jabal Nur.
Tapi masa kat Jabal Nur ni kami tak turun pun.
Cuma lihat dari dalam bas je.

Perjalanan di teruskan lagi. Kami menuju ke Padang Arafah.


Kalau ke sini, tak sah lah kalau tak panjat Jabal Rahmah kan 😊
Cik Pya panjat dengan Mimi tapi tak sampai ke atas puncak pun sebab kekangan masa.
Al maklum lah.. "kenderaan" berat kan.. 😅




Jemaah dari Turki ni jadi photographer kami masa kat atas


Apa agak nye yang Mimi doakan

Masa kami kat atas, ahli keluarga Cik Pya yang lain dah bertebaran dah.
Diaorang pergi shopping.. ramai orang berniaga kat kaki Jabal Rahmah ni.
Macam-macam benda ada dijual di sini.

Turun bawah, makan ais krim untuk hilang kan penat 😅


Ahli rombongan bergambar beramai-ramai sebagai kenangan di Jabal Rahmah.


Dari Padang Arafah, kami di bawa melihat Mina.
Lihat dari dalam bas je. Tak turun pun.


Kemudian kami terus ke Masjid Jaaranah.
Jemaah yang nak berniat umrah je yang turun.
Kami tak buat pun. So, stay dalam bas je.

Dari Jaaranah kami terus dihantar balik ke hotel.
Selesai sudah ziarah luar kami untuk hari ni.



To be continue...



10 comments:

  1. Rindu Tanah Suci. Moga kita semua diizinkan ke sana..

    ReplyDelete
  2. KAt situ banyak orang jual aiskrim... Yummeh!

    ReplyDelete
  3. Wah!, aku kagum ternyata disana ada kedai yang menjual pisang dan aneka jajanan lengkap ...

    Ciri khas sekali ya disana pemandangan alamnya gersang, tapi keren juga buat lokasi foto 🙂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau suka ber foto, di sana memang banyak tempat yang menarik :)

      Delete
  4. Replies
    1. InshaAllah satu hari nanti cikgu akan sampai ke sana :)

      Delete

  5. How interesting, I really liked your post, I did not know your blog, delighted and happy summer.
    by the way, do you want us to follow each other?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you and happy summer to you too.
      Yes sure. We can follow each other :)

      Delete