Tuesday, August 18, 2020

#Throwback Umrah 2017 - Day 7:: Tawaf Dan Saei Menggunakan Scooter Electric

Edit Posted by with 6 comments
Tarikh:: 03-12-2017

Balik dari Taif [sini] kami dihantar terus ke hotel.
Naik ke bilik tinggalkan barang-barang yang dibeli di Taif
kemudian kami terus ke Masjidil Haram.
Nak selesaikan ihram kami.

Ha.. kali ni kami selesaikan tawaf dan saei kami dengan
menggunakan scooter electric.
Dah lama dah berangan nak naik scooter ni.
Masa arwah emak ada, dah berangan nak bawa mak naik.
Tapi tak kesampaian 😢

Kami usaha cari sampai jumpa sebab kesian kat Cik.
Kaki Cik dah sakit. Tak larat sangat dah nak jalan.
Untuk pengetahuan kawan-kawan, kakak Cik Pya ni pernah operate kaki.
Tulang penyambung kat peha dia retak dan diganti dengan besi.
So, bila banyak berjalan dia akan terasa sakit.

Tanya pekerja masjid. Sebab kami tak tau arah tuju kaunter sewa scooter tu.


Kalau nak naik scooter ni boleh ke tingkat 2 dalam Masjidil Haram.
Boleh menggunakan eskalator di pintu 17 atau pun naik jejantas
dari depan clock tower.

Bayaran yang dikenakan 50 riyal untuk tawaf atau saei per head.
Maksud nya kalau kita nak buat tawaf dan saei perlu bayar 100 riyal.
Boleh pilih nak naik scooter yang single atau double.

Happy nye la hai naik benda alah ni.
Kalau begini punya gaya, hari-hari buat ihram umrah pun takde masalah 😅
Yang penting siap duit je lah.. hahaha

Ni kat ruangan tawaf di tingkat 2.


Ni kat ruangan saei di tingkat 2 juga.


Nah tengok video ni... syok je naik 😆
Waktu ni selepas kami selesai tawaf, saei dan tahalul dah.


Alhamdulillah selesai sudah ihram umrah kami.




Dan ni juga merupakan ihram terakhir kami untuk umrah kali ni.
Allah.. masa ni hati dah mula sayu sebab dah nak tinggalkan bumi Mekah 😢



To be continue...



6 comments: