Tuesday, June 8, 2010

Trivia Saigon

Edit Posted by with 4 comments

- penerbangan dari KLIA atau LCCT mengambil masa
lebih kurang 1 jam 50minit...

- kebanyakkan harga barang di tawarkan dalam USD..ada
juga dalam VND (Vietnam Dong) tapi diaorang lebih suka
jika kita berurusniaga dalam USD..ada sesetengah kedai
juga terima Ringgit Malaysia..

- seperti biasa, komunikasi agak susah sebab diaorang
hanya tahu Bahasa Vietnam..cuma ada sesetengah perkataan saja
yang diaorang boleh sebut dalam Bahasa Melayu
"TAK MAHAL"..."MURAH"..."MARI-MARI"...
tapi ada juga yang fasih berbahasa iaitu mereka yang terdiri dari
keturunan Melayu Champa...macam di Kedai Shamsudin

- pengangkutan utama di Vietnam ialah MOTOSIKAL...
motosikal ada lah RAJA JALANRAYA di sana..

- acu menginap di LAN LAN Hotel 2...antara hotel & BEN THAN
MARKET (antara tempat shopping utama) cuma 10 minit jalan kaki...

- bayaran teksi dalam Bandar Saigon, menggunakan VND..
meter yang digunakan menunjukkan harga dalam VND..so,
kalau sesapa yang plan nak naik teksi, kena la sedia kan
duit VND...

- Butik Hong Anh Collection yang menjadi tumpuan orang untuk membeli
baju kurung, baju melayu, jubah & telekung juga dalam 10 minit
je kalau jalan kaki dari LAN LAN Hotel...menurut travel agen kami,
Butik Hong Anh merupakan butik yang menawarkan harga murah untuk
barang-barang yang dijual...


- tempat shopping yang memang menjadi tarikan di Saigon
ialah Ben Tanh Market..macam-macam ada kat sini
yang paling PENTING harus di ingat ialah TAWAR MENAWAR
kena tawar habis-habisan...

- satu lagi yang acu nak ingat kan, tentang peniaga yang MENIPU
terutama nye peniaga kain...ada kain yang di jual tak cukup...
acu sendiri pun terkena...kain tu sepatut nye 2meter tapi
acu cuma dapat 1 meter je..nasib baik cek..kalau tak, naya je...

- selain Ben Tanh Market, di kawasan China Town juga
ada Bintay Market...acu tak pasti tentang harga antara 2 market nie
tapi kata orang kalau nak sutera atau kain pasang, banyak pilihan
di Bintay Market nie...


- antara tempat wajib untuk di kunjungi ialah menyusur
Lembah Mekong..dapat makan buah-buahan tempatan & membeli
madu lebah yang asli...kata orang, kalau nak amik tour..pilih je
mana-mana travel agen yang ada di Saigon kerana harga nye
lebih murah berbanding dengan tour yang di tawar kan oleh hotel...

- selain menyusur Lembah Mekong, Chu Chi Tunnel juga mesti pegi...

- untuk yang nak kelainan, boleh naik Saigon Cruise...sebenar nye
boleh dinner sekali kat atas cruise nie, tapi disebab kan makanan nye
tak halal so, tak payah la ye...

- Vietnamese Puppet Show...jangan lupa tonton tau...BEST!!!!

- makanan halal, selain dari
Kedai Shamsudin..boleh juga mencuba di
Restoran Halal Saigon yang terletak berdepan dengan Hotel Sheraton
harga makanan nye memang le "TERLEBIH" sikit daripada harga
makanan di Malaysia...selain tu, ada
Four Season Restaurant,
V.N Halal Restaurant, Bombay Restaurant & Tandoor Restaurant...

- restoran makanan segera yang ada di Saigon cuma Kentucky Fried Chicken je
Mc Donalds atau restoran makanan segera yang lain acu tak nampak lak..

- antara makanan Vietnam yang korang patut cuba ialah Lotus Salad
dan mee Vietnam...SEDAPPPPP!!!!!


- kalau yang penah ke Indonesia, mesti tau kebanjiran pengemis
emmm..kat sini pun sama...kalau nak bersedekah tu hati-hati la ya..

tu antara serba sedikit info yang acu boleh share kan
sebab acu tau ada antara kawan-kawan acu & silent reader
blog nie yang mempunyai perancangan nak ke Vietnam...
harap ia nya dapat membantu...






4 comments:

  1. sayang..
    bestnya baca pengalaman acu..

    bilalah nak menjejakkan kaki ke sana..

    Happy day sayang..
    terus cerita lagi..
    hehhee..

    ReplyDelete
  2. jauh perjalanan,byk pengalaman... :)

    berapa acu bayar pakej 4D3N ni?

    teruja nmpk ubi rebus.sedap cicah dgn ikan talang masin ;p

    ReplyDelete
  3. Woww..... macam menarik je..
    Acu.. restoran kentucky kat Saigon halal ke?
    Macam kat Phuket tu mmg ada KFC, McD & Subway... tapi semuanya tak halal...

    Tu la masalahnya kalau melancong di negara bukan Islam - seksa nak mencari yang halal kan?

    ReplyDelete