

Walau pun tahu sekarang nie outdoor games kat Genting Highland di roboh kan
tapi tu bukan lah tujuan utama kami

Hajat utama kami ialah nak ke sini

Yes..!! Expo Transformers Malaysia 2014 yang bertempat di Arena of Stars.
ekspo yang julung kali nya di adakan sempena ulang tahun Transformers yang ke-30
Malaysia menjadi tuan rumah pertama di dunia untuk penganjuran ekspo nie
Ekspo bermula dari 31 Januari 2014 dan akan berakhir pada 16 Februari 2014
ada masa lagi kalau korang nak pegi... bawa anak, adik, keluarga, kawan
Harga tiket seperti di bawah:
Dewasa:: RM55
Kanak-kanak 4 - 12 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas:: RM45
Pakej keluarga (2 Dewasa + 2 Kanak-kanak):: RM180
Tapi kalau anda ahli Genting World, boleh dapat diskaun
macam acu dapat, dua orang dewasa cuma RM99 sahaja
jimat RM11 dengan kad keahlian tu :)


Ekspo dibahagikan kepada beberapa ruang
ruang pertama ada ruang kronologi Transformers
sejarah asal usul Transformers dari tahun 1984 sehingga 2014









Di ruang kedua, kita boleh tengok koleksi model patung permainan Transformers
ada lebih kurang 1520 model milik Kelab Peminat Transformers Malaysia; TransMy









Setiap model di susun mengikut kategori, karakter, tahun diterbitkan dan
siri kartun dari tahun 1984 hingga 2014
Selepas ruang koleksi model permainan, diletakkan kereta Chevrolet Camaro SS
kereta yang merupakan watak Bumblebee dalam filem Transformers

Ruang seterusnya watak kartun Transformers dalam versi 3D
so, nak bergambar kena lah kreatif nak timbulkan imej 3D tu
kami??? hantam saja lah... hahahaha



Kemudian kita dapat tonton sejarah Transformers 3D pada paparan skrin TV
memaparkan sembilan siri kartun dan tiga filem Transformers


Peta 3D pada acu, antara yang menarik yang dipamerkan
peta 3D merupakan rangkuman sejarah penubuhan siri kartun Transformers
Ruang terakhir nie adalah part yang paling acu suka
dapat bergambar dengan model patung gergasi Optimus Prime dan Bumblebee


Bumblebee memang "idola" acu... hehehee
nak dijadikan cerita, rezeki dapat jumpa maskot Bumblebee
sebelum kitaorang keluar dari ekspo

Apalah acu nie, dengan kartun pun nak dijadikan idola... aiyooooo
Sebelum bergerak ke indoor theme park
kami singgah beli souvenir sikit
sebagai tanda kenangan ekspo


Sesungguh nya acu sangat puas hati sebab dapat jumpa Bumblebee.. yeeayyy..!!!

0 xoxo:
Post a Comment