Thursday, February 13, 2020

Bercuti Empat Hari Tiga Malam Ke Kuching Sarawak

Edit Posted by with 2 comments
Bertolak ke Kuching pada pagi Jumaat 07-02-2020.
Ahli rombongan seramai 12 orang + Mimi yang dah menunggu di sana.
Seperti biasalah menggunakan perkhidmatan Air Asia 😁



Disebabkan masalah coronavirus sekarang ni
jadi, semua penumpang perlu isi satu borang untuk
declare kan keadaan kesihatan kita.


Antara tempat yang sempat kami lawat sepanjang 3 hari di sana.
Sebab hari keempat kami bertolak balik flight pagi.

Kedai Kek Lapis Warisan.
Pertama kali Cik Pya ke sini. 
Dapat juga pengalaman buat kek lapis.. walau pun cuma selapis je 😄




Berjalan di sekitar Waterfront siang dan juga malam.






Kalau waktu malam, ada pertunjukan musical fountain.
Depan Dewan Undangan Negeri Sarawak.




Kampung Budaya Sarawak.
Harga tiket masuk ke Kampung Budaya ni dah naik.
RM85 untuk harga tiket biasa. Tiada diskaun lagi untuk warga emas.
Harga tiket student pula RM60 tapi hanya untuk pelajar di Negeri Sarawak je.









Damai Beach.. ambil angin pantai.
Kuat ombak nya. Ada naik bendera merah.
Mungkin sebab tu tak ada orang mandi kot.



Pasar Kubah Ria.
Abang dan kakak-kakak borong ikan terubuk masin kat sini.
Serta beli gula apong dan pes laksa untuk di bawa balik ke Semenanjung.



Pasar Serikin.
Pasar yang dibuka pada hari Sabtu dan Ahad sahaja.
Hari Sabtu buka sampai petang kalau Ahad sampai pukul 2 petang je.
Panas gile wei... 😅



Mira Cake House.
Cari kek yang tak ada di kedai Kek Lapis Warisan.


Bergambar di tugu Kuching.



Antara makanan Sarawak yang sempat dicuba.

Mee kolok.
Pelbagai variasi mee kolok. Lain restoran lain cara hidangan nye.




Lupa la ayam masak apa ni.
Makan di Kampung Budaya Sarawak.


Lempeng Sagu Gula Apong.
Ni dijual di Rumah Melanau kalau tak salah Cik Pya dalam
Kampung Budaya tu. 


Laksa Sarawak.
Kami makan laksa ni di Pekan Bau.
MasyaAllah sedap gile..!!


Nasi Goreng Ikan Terubuk.


Ular Panas
Haa...!! Yang ni nama nye agak mengerikan sikit.
Bukan la makan ular betul tu tau..
Sebenarnya ni air herba.
Tapi scary kan nama dia? 😅


Pelbagai jenis roti di Kedai Kopi O Corner.
Antara nya Roti Canai Moon, Roti Robin Hood dan Pratha Roll.




Terbang balik ke Kuala Lumpur pagi Isnin 10-02-2020.



Alhamdulillah kami selamat tiba di KLIA2 jam 12.10 tengahari.
Tamat sudah percutian 4 hari 3 malam kami sekeluarga.
InshaAllah nanti kita plan ke tempat lain pula ye 😁




2 comments:

  1. pernah smp sarawak tp urusan keje bkn pegi bercuti..sronok jln3 tmpt org

    ReplyDelete
  2. mama tisya:

    betul2... bila berjalan ke tempat orang boleh belajar budaya orang :)

    ReplyDelete