Monday, November 4, 2019

Hari Pertama Di Banda Aceh

Edit Posted by with 4 comments
Tarikh:: 28-10-2019

Seawal jam 7 pagi Cik Pya bergerak ke KLIA2 dari rumah Teh di BTHO.
Sebenarnya pagi ni Cik Pya, Cik dan Mira akan terbang ke Banda Aceh.
Kami ikut rombongan Koperasi Bekas Kakitangan UDA Holdings.
Sepatutnya Teh pun ikut sekali, tapi last minute terpaksa batal sebab
dia ada mesyuarat penting.. terpaksa burn tiket dia.
Tapi Alhamdulillah duit untuk ground akan dapat semula.

Sementara menunggu ahli rombongan lain sampai, kami bersarapan dulu
di Bibik Heritage yang terletak sama level dengan kaunter check in.
Kongsi-kongsi makan sebab nak alas perut je..
Atas flight nanti makan lagi.. dah buat pre-order meal.




Selesai sarapan, kami ke kaunter untuk drop luggage.
Pukul 9 lebih kami masuk ke Perlepasan Antarabangsa.


Flight kami ke Aceh pukul 10 lebih.



Cik Pya order Rosted Chicken with Black Pepper Sauce.
Kemain pepagi makan ala-ala omputih ๐Ÿ˜†


Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit.
Dalam pukul 10.45 pagi waktu Indonesia kami selamat sampai
di Sultan Iskandar Muda International Airport.

Alhamdulillah urusan di airport berjalan lancar.
Keluar je, agen dah siap sedia menunggu.
Berkumpul dulu tunggu semua ahli rombongan keluar.
Oh ya! Rombongan kami ni seramai 49 orang. Ramai kan?


Okay! Jom naik bas..


Bagus bas ni, siap sediakan bantal dan selimut lagi.
Macam nak suruh tidur dalam bas je ni ๐Ÿ˜…


Tempat pertama yang dibawa ialah ke Monumen Tsunami Kuburan Masal Siron
yang terletak di Aceh Besar.


Ia merupakan tapak perkuburan terbesar mangsa tsunami.
Sebanyak 46, 178 mangsa yang dikebumikan di sini.


Terdapat 7 lapisan kubur di bawah padang rumput ini.



Bergambar kenangan dengan ahli rombongan di sini.


Kemudian kami di bawa ke Rumah Makan Al Hidayat.
Kami makan tengahari di sini. Masakan Aceh yang dihidangkan
seperti nasi padang. Banyak jenis lauk dihidangkan atas meja.





Lepas makan, kami dibawa ke Masjid  Oman untuk solat Zohor
sekali dengan jamak Asar di sini. 


Cantik masjid ni. Permandangan luar masjid.




Cik Pya suka siling kubah masjid ni. Cantik..!!




Usai solat, kami dibawa ke Muzium Tsunami.




Hati dah tak sabar nak masuk ni, sebab orang kata kat dalam muzium ni
kita diberi peluang untuk merasa sendiri pengalaman ketika
berlakunya tsunami pada Disember 2004 tu.

Tapi...  BLACKOUT..!!

Ye.. muzium blakcout. Semua orang tidak dibenarkan masuk ke dalam muzium.
Orang yang berada di dalam muzium pun di suruh keluar.
Aduih.. sedih betul..! Tak ada rezeki nak masuk ke dalam.

Tak dapat masuk, kami bergambar di luar muzium sahaja.



Dari Muzium Tsunami, kami di bawa ke Gampong Lampulo.

Apa ada di situ?



To be continue...




4 comments:

  1. cantiknya bandar acheh. subhanallah :)

    ReplyDelete
  2. Singgah (^^,) Seronoknya dpt tgok sdiri kesan² peristiwa 1001 maksud ni. Semoga kita semua sama² muhasabah diri & jadikan ia sbg peringatan.
    Jemput join : SNM Bloglist Batch 1

    Love, SNM

    ReplyDelete
  3. Umi Nazrah:

    Ye.. Banda Aceh makin cantik selepas tsunami

    ReplyDelete
  4. SNM:

    Thanks sudi singgah. Betul.. banyak pengajaran daripada cerita2 mangsa tsunami yang terselamat

    ReplyDelete