Wednesday, August 26, 2009

Beruang, Singa & Babi

Edit Posted by with 4 comments

Beruang : "sekali je aku mengaum, seluruh hutan menggigil."




Singa : "ek eleh, sekali je aku mengaum semua belantara ketakutan."




Babi kata : "Wa La Weh...sekali je aku batuk, satu dunia panik!!!!"

Pertama Kali Setelah Hidup 31 Tahun

Edit Posted by with 14 comments
Benda nie nampak menarik kan???

Benda nie nampak sedap kan???

dah lama acu tengok benda nie terjual di pasaraya

belum penah sekali pun acu beli
tapi semalam, mungkin nafsu berpuasa kot
keinginan untuk membeli tu membuak2 di dada..ahaks

maka nye, semalam acu beli yang nie

yang nie

yang nie



yang nie


dan 4 ketul yang kecik2 bulat nie...

dan hari nie, acu rasa nak lagi...
sedap rupa nye benda alah nie...
31 tahun hidup, baru semalam acu merasa keenakan sushi nie..hahahaha
jangan ketawa kan acu ya....

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan Untuk Semua

Edit Posted by with 18 comments
Assalamualaikum kawan2 semua...
apa kabar ye kawan2???

Ramadhan datang lagi..syahdu je rasa nye....
Alhamdulillah kita masih lagi diberi kesempatan oleh-Nya
untuk sama2 menjalani ibadah puasa di tahun nie...
semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun2 yg lepas
InsyaAllah...

mudah2an kita terbentuk menjadi insan yang lebih bertaqwa...aminn....

jangan lupa untuk berdoa kepada saudara2 Islam kita di mana saja mereka berada
terutama nya di Afghanistan


di Iraq

dan Palestine

semoga mereka bebas dari dendam orang kafir
yang sentiasa menunggu bulan Ramadhan untuk menyerang
umat Islam yang sedang beribadah...

Semoga mereka dapat menjalankan ibadah puasa
dengan tenang dan tenteram.... Amiin...

di kesempatan ini, acu memohon jutaan ampun & maaf
seandai nye ada ketelanjuran kata or komen or apa saja
yg menyakitkan ati kawan2 semua
sepanjang kita kenal & berblogging nie....

Salam Ukhwah
dan
Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak
kepada semua umat islam di seantero pelusuk dunia...
p/s::skema nye ayat acu...insaf... :-D

Friday, August 14, 2009

Artikel Yang Sangat Menarik...

Edit Posted by with 5 comments
entry acu kali nie, bukan le sebab acu nak join politik tapi
acu rasa tulisan Dr Ridzuan Tee nie sangat-sangat la menarik
untuk kita kongsi bersama-sama...
acu tidak menyokong mana-mana parti pun cuma
mari le kita sama2 renung kan apa yang diperkata kan oleh beliau
artikel yang acu amik dari inbox email acu nie
panjang sikit...tapi tak rugi membaca...


Saya tidak menafikan bahawa kematian Teoh Beng Hock perlukan kepada pembelaan.
Saya amat mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk menubuhkan
satu inkues dan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat dan menentukan
punca kematian Beng Hock.

Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agardapat
memuaskan hati semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti
pembangkang yang begitu bersungguh-sungguh dalam isu ini.

Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar menunggu
sehingga siasatan selesaikan dijalankan. Di kala itu, kita akan
mengetahui apa yang benar, apa yang salah dan siapa yang benar dan siapa
yang salah.Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan berkokok berpuas-puasnya
mengenai perkara ini.

Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu perkara dibuktikan.
Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan membuat andaian pelik-pelik,
yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui sebelum sesuatu perkara dibuktikan.

Dalam menganalisis isu ini, saya teramat hairan kenapa tiga parti politik Cina, MCA,
Gerakan dan DAP, serta parti pembangkang Melayu yang lain begitu bersungguh-sungguh
membuat pelbagai andaian dengan menudingjari kepada pihak-pihak tertentu,
tanpa menunggu keputusan siasatan.

Saya tidak menafikan ada yang tidak kena dengan cara
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengendalikan kes ini.
Namun, tindakan menuding hari ini seolah-olah memperlihatkan mereka mahu memenangi hati
orang Cina, demi kepentingan politik. Lebih-lebih lagi parti-parti komponen
seperti Gerakan dan MCA yang telah mula hilang kepercayaan orang Cina.

Ketua Wanita MCA mengeluarkan kenyataan lebih ekstrem mendesak
Menteri Dalam Negeri supaya anak yang dikandung oleh teman wanita Beng Hock
diletakkan status anak sah taraf dan bukan anak luar nikah.
Sedangkan kita semua tahu bahawa mereka belum berkahwin secara rasmi atau
telah bersekedudukan tanpa nikah. Bermakna, anak itu tetap anak zina atau
anak luar nikah (anak tidak sah taraf).
Berapa ramai lagi anak luar nikahyang ingin kita sahkan hasil daripada hubungan luar nikah ini.

Sedarkah Ketua Wanita MCA betapa ramai gadis-gadis Melayu Islam yang
menjadi mangsa (bersekedudukan dengan pasangan Islam atau bukan Islam,sama ada
secara paksa atau sukarela) melahirkan anak luar nikah tanpa dibinkan kepada bapa mereka?

Kenapa MCA tidak memperjuangkan nasib mereka?

Kenapa MCA tidak pergi berjumpa Menteri Dalam Negeri untuk
mengesahkan semua hubungan sumbang ini?

Apa pun jua punca kematian BengHock, hubungan yang haram tetap haram,
ia tidak boleh disahkan, hanya kerana insiden ini.

Jika ditakdirkan Gautama Buddha (juga Konfusius dan Lao Tzu) masihhidup,
sudah tentu tindakan Ketua Wanita MCA ini akan dicela kerana
ajaran Buddha (juga agama lain, terutama agama Islam) mengharamkan
sama sekali perbuatan berkesedudukan (zina) tanpa nikah,
apatah lagi sehingga melahirkan anak luar nikah.

Saya amat mengharapkan parti-parti politik Cina bertindak waras danjangan terlalu ekstrem.
Fikirkanlah hati orang lain jua bilamengeluarkan sesuatu kenyataan,
terutama orang Melayu.

Orang Melayu tidak kurang yang menjadi mangsa seperti Beng Hock.
Persoalannya, berapa ramai di kalangan kita yang bangun membela mangsa tersebut?
Kenapa bila seorang Cina meninggal dunia (kita masih belummendapat puncanya),
Malaysia seolah-olah seperti macam nak kiamat atau dilanda tsunami.

Saya juga amat bersimpati dengan Beng Hock, tetapi beliau sudah ditakdirkan
meninggal dunia dalam keadaan sedemikian.
Mesti ada hikmah di sebaliknya.Tidak bolehkah kita tunggu hingga siasatan selesai.

Saya ingin bertanya kepada parti-parti politik Cina, akhbar-akhbar Cina
dan parti-parti politik pembangkang Melayu, sejauhmanakah pembelaan
dibuat sekiranya ia berlaku di kalangan orang Melayu?

Misalnya,pembunuhan gadis model Mustakizah Jaafar pada 14 November 1998.
Berapa ramai yang bersungguh-sungguh menunjukkan belang mereka.
Apakah MCA,Gerakan dan DAP begitu bersungguh-sungguh menunjukkan
pembelaan terhadap Mustakizah?

Berapa ramai yang tampil berdemonstrasi dan menyerahkan memo bantahan
atau mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan.
Adakah MCA, Gerakandan DAP begitu terkehadapan dalam isu ini?
Begitu juga dengan Pas dan PKR (belum wujud lagi), adakah mereka begitu
bersungguh-sungguh dalam mempertahankan nasib Mustakizah?
Sehingga kini, kes kematian Mustakizahmasih lagi menjadi misteri.

Saya masih ingat pada November 2005, kononnya tahanan warga China telah
dipaksa berbogel dan ketuk ketampi oleh seorang anggota polis wanita semasa dalam tahanan.
Aksi tersebut telah dirakam dan gambarnya menghiasi dada-dada akhbar tempatan
terutamanya akhbar berbahasa Cina.Dengan rasa bersalah yang teramat sangat,
walaupun belum dibuktikan,kerajaan ketika itu telah mengarahkan Menteri Dalam Negeri,
untuk segera terbang ke China bagi menjelaskan sebarang kekeliruan yang mungkin
timbul akibat daripada kejadian tersebut.

Semua ini hasil desakan dan tindakan ekstrem MCA, Gerakan dan DAP,termasuk akhbar-akhbar Cina,
serta tidak ketinggalan parti-parti pembangkang.Setelah siasatan dijalankan,
ternyata gadis yang dipaksa berbogel itubukan warga China tetapi seorang gadis Melayu.
Malang sungguh menjadi orang Melayu, selepas itu, kes ini tidak lagi dibincangkan,
malah menjadi senyap dan tidak dibahaskan lagi di dada-dada akhbar,
terutama akhbar Cina.

Apa yang saya maksud di sini ialah bila sesuatu kejadian yang menimpa orang Melayu,
tidak ramai yang berasa sensitif tetapi bila orang lain terutamanya (Cina dan India ),
seolah-olah hari sudah hampir kiamat
seperti tidak ada isu lain yang hendak dibincangkan lagi.

Kita jarang berpolitik untuk mempertahankan apa yang benar dan apakah yang salah?
Tetapi kita lebih banyak berpolitik dengan politik yang merugikan iaitu menuding jari
untuk melihat siapakah yang menang(benar), siapakah yang kalah (salah).
Politik hanya untuk mencarikeuntungan politik atau mendapat undi politik,
sedangkan maruah agama dan bangsa tergadai.Berbaloikah dengan berpolitik sebegini?
Sedangkan orang lain sentiasa mengambil kesempatan hasil dari kelemahan kita?

Kita juga jarang berpolitik melihat kepentingan semua kaum, tetapiberpolitik secara sempit
mempertahankan kaum sendiri sehingga hilang rasional akal.
Tujuannya tidak lain, untuk mempertahankan kuasa dan memancing undi.
Masing-masing mahu menjadi jaguh kaum, dengan mengenepikan kepentingan umum.

Berapa banyak surau dan masjid dirobohkanuntuk tujuan pembangunan?

Berapa ramai bukan Islam tampilmempertahankannya? Orang Islam masih boleh menerimanya.
Itulah sikaptoleransi yang amat saya kagumi.

Tetapi bila ada satu kuil atau tokong dirobohkan bagi tujuanpembangunan,
satu Malaysia bagaikan nak ribut dan kelam-kabut seolah-olah telah berlaku
penganiayaan terhadap orang bukan Islam.

Malaysia diperlihatkan tidak mengamalkan kebebasan beragama. Macam-macam tuduhan dibuat,
tidak cukup dalam negeri, dibawa sama keluar negeri untuk menagih simpati dan
memburuk-buruk tanahair sendiri. Berbaloikah?

Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa rumah ibadat
orang bukan Islam (Hindu, Buddha dan Kristian) melebihi berkali-kali ganda daripada
jumlah masjid dan surau.

Jumlah kuil Hindu sahaja sudah melebihi masjid dan surau, apatah lagi jika dicampurkan
dengan rumah ibadat agama Buddha dan Kristian dan lain-lain.
Sedangkan semua sedia maklum bahawa orang Islam adalah penduduk majoriti
dan agama Islam adalah agama rasmi negara ini.

Dari segi logik dan rasionalnya, sudah tentu kita mahu melihat bilangan
surau dan masjid melebihi rumah ibarat yang lain, dengan mengambil kira
sejarah dan keistimewaan Islam (Melayu) seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

Tetapi adakah ia berlaku? Jawapannya, tidak. Realiti yang jelas adalah,
kita mempunyai patung yang tertinggi dan terbesar di dunia,
walaupun penduduknya hanya berjumlah lebih kurang 10 peratus.
Beginilah nasib Melayu di bumi Melayu. Terlalu menjaga hati orang,
sehingga hati sendiri terguris tiada siapa yang tahu atau mungkin orang lain
tak ingin ambil tahu, sebab tidak berkaitan atau tidak menguntungkan.

Saya juga teramat ingin mendengar kenyataan daripada
orang bukan Melayu (parti politik Cina dan India ) tentang pembelaan nasib
umat Islam Cina Uighur yang dibunuh secara terancang oleh kerajaan China .
Kenapa mereka tidak bersuara menentang tindakan ganas ini?

Hanya kerana orang Cina itu beragama Islam, maka ia menjadi senyap.
Bayangkanlah kalau yang terlibat itu adalah Cina yang tidak Islam,
sudah tentu mereka akan melompat-lompat.

Begitu juga isu apabila adalah orang Cina/India yang bertindak keluar
daripada Islam yakni Murtad atau orang Melayu murtad,
berapa ramai bukan Melayu yang tampil ke hadapan memberitahu
mereka supaya janganlah murtad.

Berapa ramai kalangan mereka yang memujuk mereka yang mahu murtad agar jangan murtad,
hormatilah agama Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan
dan jagalah hati orang Melayu Islam. Apa yang selalu kita dengar ialah mereka
akan mengapi-apikan lagi mereka yang ingin murtad untuk terus murtad
dan mempertahankannya bermati-matian setelah mereka murtad.

Mereka mengatakan ini adalah hak asasi manusia. Tetapi bila mana tiba isu berkaitan Islam,
maka semua hak asasi itu hilang entah ke mana. Yang dicari hanya ketidakadilan Islam,
ketidakadilan mahkamah syariah dan bermacam-macam lagi.

Ini tidak termasuk lagi isu perebutan mayat saudara baru yang meninggal.
Apayang saya tahu, kita selalu mengalah berhadapan dengan golongan ekstremini.
Paling menyedihkan, mereka langsung tidak bersyukur apabila kitaberalah.

Tetapi apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka hajatkan,
setelah undang-undang menyebelahi kita, maka kita (agama Islam dan mahkamahsyariah)
akan dikecam habis-habisan.

Justeru, sudah sampainya kita berpolitik secara matang dengan meletakkan
kepentingan semua kaum di hadapan bertunjangkan kepada perlembagaan,
berbanding politik etnik (kaum) yang sempit.

Dalam isu Beng Hock ini, bersabar dan tunggulah sehingga siasatanselesai.
Jangan membuat andaian dan mengapi-apikan isu ini, kerana ia tidakmenguntungkan sesiapa.
Yang pergi tetap telah pergi, hidup ini perluditeruskan. Jadikanlah ia sebagai suatu
ikhtibar untuk kita menerokaiatau berpolitik dengan lebih baik seperti mana Allah SWT
berfirman dalam al-Quran,


jadikanlah sesuatu kejadian yang berlaku sebagai pengajaran,
wahai orang-orang yang mempunyai pandangan.


Dr. Mohd Ridhuan Tee
Penulis ialah Pensyarah Kanan,
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia .

Thursday, August 13, 2009

Peristiwa Di Petang Nan Syahdu Lagi Tragis

Edit Posted by with No comments
Tadi petang dalam pukul 6, acu nak balik dari opis
sekali kan, masa acu picit alarm pintu...

"Eh..eh...kenapa tak bunyi apa2 pun?pelik..."

dah berdepan dengan pintu pun, still juga tak terbuka
tak de bunyi apa-apa pun...tik pun tak...tok pun tak...
acu dah musykil....

"Apa hal lak nie?..alarm rosak ke?"

akhir nye, acu amik keputusan buka pintu guna kunci je
yang acu pelik, alarm acu langsung tak berbunyi
walau pun acu buka pintu menggunakan kunci...

bila acu masukkan kunci untuk hidup kan enjin
sekali acu terpandang benda alah nie tak menunjukkan sebarang nombor

sepatut nye, if normal dia akan menyala dan tunjuk kan nombor macam nie


"Ah...sudah...apa hal lak nie?? tak kan kong lak??"

acu pun apa lagi...terus je la call jejaka opis yang belum balik lagi
nasib baik le ramai lagi yang dok main ping pong
so, diaorang le yang datang tolong

korang nak tau sebab apa?
nie ha...bende alah nie weak...

sebab apa weak??
sebab acu lupa tutup nie....

hahahaha...padan muka...sapa suruh lalai...
nasib baik le ada jejaka2 nie semua
thanks a lot to

En. Nordin
memula guna keta kancil dia untuk jump start
tapi ye la..cc kancil kecik dari cc keta acu
so, bateri nye tak kuat untuk charge bateri keta acu

pastu datang le En. Rahmat
konon2 nye nak tolong tolak keta acu
tapi tak jadi...

pastu datang pulak En. Aris
ingat nak jump start dari keta waja dia
tapi tak jadi sebab keta yang paling dekat
ialah keta wira En, Ramli

maka nye, jump start dari keta wira dia je la
yang paling penting, nasib baik le acu ada jumper dalam keta
kalau tak..haru di buat nye...hahahaha

dah lepas jump start, benda alah nie dah back to normal

dan keta pun dah boleh jalan semula....
terima kasih ye semua....



terima kasih daun keladi
jangan serik untuk tolong lagi...
hehehehe

Wednesday, August 12, 2009

Doa Kan Aidah

Edit Posted by with 7 comments
Tadi tengahari acu pegi menziarah kawan acu; Aidah
di Hospital Serdang...
she's pregnant dan positif influenza
cuma belum confirm lagi samada H1N1 atau tak..

sekarang nie dia kena kuarantin lah kat situ..
huh...macam penjara je rasa nye...
duduk dalam bilik dikelilingi konkrit..TV pun tak de..

nak masuk jumpa dia, kena pakai apron plastik, mask & glove
seperti yg digaya kan model gemok di bawah nie...ahaks...

2 org je sekali masuk...tak leh masuk ramai2..
pastu sebelum & selepas masuk kena cuci tangan guna pencuci yg disediakan

masa call tadi, Aidah bagitau dia nak makan sup ayam
so, on the way ke hospital tu singgah le beli sup ayam & nasi putih untuk dia
kena turuti selera orang mengandung nie...
nasib baik le tak kena tahan dengan nurse sebab bawa makanan luar masuk...

acu mohon kawan2 tolong doakan
semoga Aidah & kandungan nye selamat daripada virus H1N1...Amin...

Berkongsi Maklumat H1N1

Edit Posted by with 5 comments
amalkan do’a/zikir ini yg shabit dari Nabi SAW.


عُثْمَانَ بْنَ عَفَّانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ يَقُولُ فِي صَبَاحِ كُلِّ يَوْمٍ وَمَسَاءِ كُلِّ لَيْلَةٍ

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لَمْ يَضُرَّهُ شَيْءٌ

Maksud: Utsman B. ‘Affan radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:
Berkata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam: Sesiapa dari hamba Allah yang membaca (Doa/Zikir):

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Dengan menyebut nama Allah, yang dengan nama-Nya tidak ada sesuatu pun yang membahayakan, sama ada di bumi mahu pun di langit. Dia-lah Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.”

Sebanyak tiga kali, di waktu pagi dan petang hari,
maka tidak ada sesuatu pun akan membahayakan dirinya.

- Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 11/248, (كِتَاب الدَّعَوَاتِ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ), no. 3310.
Beliau menyatakan sebagai Hasan Sahih Gharib. Ibnu Majah, 11/333, (كِتَاب الدُّعَاءِ), no. 3859.
Sahih menurut penilaian al-Albani, di dalam Shahih wa Dhoif Sunan Ibnu Majah, no. 5088
dan Shahih at-Targhib wa at-Tarhib, (كتاب النوافل), no. 655.
Dan menurut Ibnu Hibban Isnadnya Sahih, sebagaimana yang dikatakan oleh al-Albani
di dalam Shahih at-Targhib wa at-Tarhib, no. 655.
Ahmad, Musnad Ahmad, 1/423, no. 418. Abu Daud, 13/282, (كِتَاب الْأَدَبِ), no. 4425.
Sama-sama la kita berdoa mohon kepada Allah
semoga dijauhi dari penyakit nie...
Apa itu H1N1?

Viral novel influenza type A H1N1.
Ianya berasal dari virus avian flu (selsema burung H5N1)
yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung
dengan swine flu (yang sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja)
dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host'
yang lebih tinggi di dalam rantaian makanan @ manusia
dan semasa di dalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi
supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dari manusia kepada manusia.


Jangka Hayat Virus?

Oleh kerana ia adalah viurs yang air born, ia hanya boleh bertahan
diudara selama 2 hingga 8 jam sahaja . Jika selepas tempoh tersebut
ia tidak mendapat perumah @ host (badan manusia) ia akan mati.
Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yang baik....
akan 'bersih' dr virus tersebut.


Asal virus ini?

Sebenarnya telah terdapat outbrake ini di US sebelum
terjadi outbrake di mexico tetapi tidak dilaporkan kepada WHO.
Kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US
mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrake di mexico.


Virologi Virus H1N1

Incubation period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 - 4 hari .
Ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkiti pesakit.
Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkiti
paling cepat dan selewat-lewatnya hari ke-4 .
H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada pesakit yang berisiko,
ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yang normal,
ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.


Cara Serangan?

Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan .
Virus ini akan menyerang sistem pernafasan (seperti selsema burung dan SARS) .
Pada peringkat awal, ia hanya pada 'trakea'.
Jika t idak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang
paru-paru dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse'
dan ia amat merbahaya kepada golongan yang berisiko tinggi .

Siapa Yang Berisiko

1. Orang yang ada masaalah 'obesiti' @ gemuk
2. Perempuan mengandung
3. Orang yang ada astmatic
4. Orang - orang yang bermasalah dengan sistem imunisasi
(menjalani 'operation yg besar', kanak-kanak yang belum cukup
suntikan imunisasi, golongan-golongan yang rendah tahap imuniti contohnya HIV)


* Kematian yang telah dilaporkan terdiri daripada golongan-golongan di atas.


Simptom-Simpton

Day 1 --Rasa kurang sihat, tak bermaya
Day 2 --Selsema, batuk dan demam yang kekal
(demam tidak turun walaupun telah makan ubat demam)
Day 3 --Rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
Day 4 --Sakit dada yg teruk, jumpa doktor dengan segera
Day 5 --Lung collapse @ koma


Langkah - Langkah Kawalan

1. Golongan-golongan yang berisiko, elakkan daripada kesesakan
(kawasan yang padat dengan orang ramai)

2. Menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dengan betul,
jaga kebersihan rumah dan persekitaran

3. Elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'

4. Jika kurang sihat, elakan diri dari beraktiviti (sosial dan berkumpulan)

5. Jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa)
jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. Jika terpaksa, pakai 'mask'
(sekurang - kurangnya 3 ply mask)

6. Untuk orang yang sihat, elakkan dari kawasan yang padat.

7. Jika ada tanda-tanda simptom di atas,
segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan

8. Jika sihat, jangan ke hospital atau klinik untuk 'checkup'
kerana di kawasan tersebut mengandungi banyak virus.

9. Tak perlu ambil anti-viral @ apa-apa ubat influenza!!! !!!!!!!.
Jika sihat dan mengambilnya, akan mengakibatkan resistan kepada vaksin @
ubat-ubat untuk merawat jika terkena jangkitan.
Ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran
badan yg telah mengambil ubat-ubat tersebut terlebih awal.

10. Vaksin hanya akan 'wujud' seawal - awalnya pada Oktober
dan hanya untuk 'frontliner' sahaja dan untuk orang awam
selewat - lewatnya pada 2010.

11. Untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal sahaja di Malaysia.
Ia mengambil masa 6 jam untuk run test kepada 1 batch sample.
Jika klinik menyatakan mereka boleh jalankan ujian, itu tidak betul.
Tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.

12. Tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi amat perlu untuk kita sama-sama
menghadapi outbrake ini.

Sama- samalah kita berdoa kepada ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu....Amin.

Tuesday, August 11, 2009

Be Ware!!!

Edit Posted by with 1 comment
Dari inbox emel acu::

Selipar ni aku jumpa sekali lagi(kali ke2)
kat TESCO KAMPAR PERAK semalam.
Ianya ada tulisan 'ALLAH' sebelah kiri
dan 'MUHAMMAD' sebelah kanan.


Bulan 4 lepas aku jumpa 1st time and
aku buat report pada customer service
depa minta tarik balik jualan selipar tu kejap tu juga.
Depa tarik balik penjualan selipar tu...

Then semlm aku terjumpa lagi sekali then
aku buat report suruh depa tarik balik...
Kali ni aku ambil gmbr sebagai bukti dan
aku percaya akan ada lagi kejadian ni akan datang...

Jadi aku minta pada korang semua,
tolong siasat benda ni kat TESCO tempat korang.
Aku rasa dah ada org Islam yg terbeli selipar ni.

Utk info, hanya yg bercorak ni jer ada tulisan
"ALLAH & MUHAMMAD" tu.


Astaghfirullah Halazim....

Monday, August 10, 2009

H1N1 Story

Edit Posted by with 7 comments
Dari Inbox emel acu (ayat copy & paste)::

High risk infection to person yg smooking, has atshma, children, pregnant woman

Beginner stage
Batuk, selsema, demam, sakit tekak, bila terbesin bunyi tak kuat...

Second Stage
Susah bernafas, simtom macam asthma but not asthma,
at this stage if you touch the person, or breath in the same room
80% boleh kena...masa ni kena kuarantin...at hospital.
Masalahnya sekarang dah ramai yg kena.
hospital tak cukup katil & bilik kuarantin...
Bila u pengsan macam nak mati baru dia org admitted.macam kes adik I.

Critical
Lung infection. Bila X ray we can see the virus covered the lung.
Like my brother case. Very scary bila tengok x ray tu.
At this stage u need oksigen with highest level, Strongest antivral..
very high drug. At least 7 days oksigen kena bagi.
% to recover depend to age, imune badan u.

That's why kalau baby atau budak2 susah nak kata...normally die.
My brother hari ni genap 8 hari..still need oksigen.Kesian dia.
Masa tahap critical tu tercungap2 dia bernafas, sampai menangis..
Sampai satu tahap dia berguling atas simen sbb dah tak tahan...
sampai dia give up ..sampai dia blh cakap lebih baik Allah ambik nyawa dia...
Itu lelaki tu..imagine kalau pompuan atau budak2.

We all cuma blh tengok dia dari cermin...tak blh masuk dlm bilik kuarantin...
Dr & nurse aje boleh masuh...siap pakai baju plastik.
To support him, what we did bagi sms, bagi dia alquran biar dia baca
so that dia tenang, bagi tasbih biar dia zikir ingat Allah & bagi Air yasin...
Alhamdulill ah pastu dia ok sikit.Ada hikmahnya...
All the family member unite to support my brother fighting the virus.

Masalahnya hospital swasta tak terima H1N1 case,
sekarang ni semua depend hospital kerajaan yg most of the doctors still young .
The oldest dr in my brother ward was 28 years. All the Otai dah pergi private.
Lepas tu plak this is the first time to treat H1N1 patient.
At the same time dr bz with other case as well...1 doktor 5 patient...
kat gov hospital...kesian dr2 tu...berhempas pulas nak selamatkan patient.

I appreciate them, mmg very appreciate dia org jaga adik i dgn baik sekali..
So far hospital Ampang is the best goverment hospital yg i jumpa..very efficient.
Very quick action..Even senior dia org dah pergi private &
they don't have much experience, dia org tetap work hard
give the best treatment to the patients..
sampai tak balik rumah...tidor kat hospital.

Rasa nak peluk & cium dia org sebab selamatkan adik I...Thanks to Allah

Saturday, August 8, 2009

Sepetang Di CarBoot Sales..

Edit Posted by with 2 comments
Hari nie acu tak keluar dating sebab si dia bertugas di Sepang
ada race Merdeka Endurance...
acu malas nak ikut, jadi acu pun datang opis...
setel kan keje sikit...

pagi tadi masa online FB, acu sempat chat dgn Ummi Ghazi nie
tetiba dia bangkit kan isu carboot sales kat tapak MAEPS


ala..tapak yang selalu orang buat MAHA tu..kat MARDI nie
dekat je la dengan opis acu...
rasa ghairah lak nak ke sana...
maka nye, kami pun buat le pakatan sulit nak berjumpa di sana..

dalam pukul 5 lebih, ummi bagitau dia dah sampai
so, acu pun gerak dari opis...ingat kan leh sampai dalam 5 minit
tapi hampeh....sosat jugak acu nak ke sana...huh...
jenuh memusing2 acu dalam MAEPS tu..cis..

at last, jumpa gak tapak berniaga nie..
huh...macam2 ada....best...
tapi time kami pi tu orang baru nak mula berniaga
so, semua nye belum ready lagi la...
untuk pengetahuan korang, ianya dibuka dari jam 3ptg hingga 11 malam

erk..gambar nie acu search kat google je ek..
maaf le tuan punya gambar..jgn marah ya...


ummi sempat beli spentot utk si ghazi
dan gak apa nama ntah barang yg ummi beli tadi tu
dia nak guna utk props time shooting gambar baby...
lupa la ummi...apa nama benda tu ek...

sebelum balik, kami makan laksa kat situ...sedap..not bad la...
boleh le kalau nak datang lagi..tapi nak best kena datang malam
tak panas...dan time tu gerai pun dah ready semua nye

sempat mengabadikan sekeping potret bersama si ensem ghazi

Thursday, August 6, 2009

Lambat Kawin

Edit Posted by with 36 comments
Sambil melayan FB ari ahad lepas
acu tgk tv3...rancangan 3R
isu yg di bincang kan ari nie "LAMBAT KAHWIN"
sesuai banget....hahaha...dush..dush..
tepat mengenai sasaran!!

ya..acu akui..dulu acu memang stress bila
kerap kali di ajukan soalan2 nie semua

"BILA NAK KAWIN?"

"BILA NAK MAKAN NASI MINYAK?"

"TAK MAU KAWIN KE? BEST TAU KAWIN.."

huh...ada ke orang tak nak kawin?
bodoh le kalau ada yg mengaku tak nak kawin
semua manusia dalam dunia nie mengidamkan sebuah
keluarga yg bahagia...ada suami or isteri & ada anak

acu tau, ada yang bertanya nie sebenar nye bersikap perihatin
tapi yang lebih banyak suka bertanya sebab busy body...
(huh..benci orang busy body..)
jawapan stereotaip yang kita dengar

"BELUM SAMPAI SERU"

"BELUM ADA JODOH"

dan bila malas nak menjawab, dari situ le timbul nye jawapan

"AKU TAK MAU KAWIN"

tujuan nye nak tutup mulut si tukang tanya a.k.a busy body
tapi kadang-kadang, memang betul penyebab nye
belum sampai jodoh
kenapa cakap macam tu???

acu cakap berdasarkan diri acu & si dia
acu dan dia couple since November 1996
November 2009 insyaallah genap 13thn hubungan kami
bohong la kalau selama kami couple nie kami tak penah plan untuk kawin
semua pasangan bercinta mengimpikan perkahwinan
termasuk juga kami...

penghujung tahun 2007, kami mula plan nak kawin
semasa umur kami mencecah 30tahun...
that's mean 2008 sepatut nye majlis kami berlangsung
acu booking tiket ke Bangkok untuk cari barang2...
cuma masa tu acu belum maklum kan lagi pada mak acu

pada peringkat awal, segala nye berjalan dengan lancar
sehingga la sebulan sebelum acu berangkat ke Bangkok
hubungan kami dilanda badai...(cewah..mcm novel lak..)
badai yg teramat dasyat...lebih dasyat dari ombak tsunami

acu & dia hampir-hampir berpisah...
bayang kan hubungan 12tahun akan berakhir begitu saja
acu tak boley fokus langsung pada keja...
nasib baik my boss; maziah faham dengan masalah acu
doktor bagi acu mc untuk tenang kan fikiran

disebelah dia pun sama..dia pun tension sama mcm acu
air mata tak payah cite la...ari-ari menangis
baik acu mau pun dia...
hilang keegoan dia bila menangis depan acu

hanya beberapa orang kawan acu & kawan dia tau masalah kami
dan Alhamdulillah ramai yg support kami
terima kasih yg tak terhingga kepada Maziah, Zaim & arwah Lann
yang terlalu banyak membantu kami
and thanks juga utk kawan2 yg minta acu berpisah dengan dia
but sori..acu tak mampu nak tinggal kan dia...

mungkin disebabkan rasa sayang, kasih & cinta yang tebal
atau pun mungkin sebab 'jodoh' kami kuat
kami kembali bersama...walau pun keadaan kami 'panas'

so, berpunca dari situ kami menangguhkan segala perancangan kami
penat!!! memang acu penat..sedih..segala perasaan ada
sekarang kami kena build up balik kepercayaan dalam diri
hanya doa yg mampu acu panjat kan kepada Allah
memohon agar dipermudah kan jodoh kami...

okey...dah abis cite sedih...hehehehe
back tu the tajuk, lambat kahwin...
walau pun kadang-kadang terasa sunyi sebab still single
tapi acu enjoy dengan life acu...
acu buang rasa stress yang mengacau tu

acu tumpu kan pada minat acu...
pertama, minat yg dipupuk oleh si dia..
mencintai bidang permotoran...tak kira le minat pada
car racing atau pun bikin kereta...

tungguuuuuuuuuuuuuuu...nanti acu masuk kan gambar
kereta acu yang tengah di ubah suai...ahaks...
thanks a lot to my Darling yang banyak membantu

yang kedua minat acu dalam bidang pelancongan
tapi minat nie hanya berlaku bila poket penuh je la..ahaks
tarak duit dok diam je la

acu memula start melancong nie pada tahun 2004
masa tu acu join Euro Tour yang dianjurkan oleh
one of persatuan kat tempat keje acu nie

seronok sangat..maklum le pertama kali nak melihat negara orang
bermula dengan melancong ke Paris
puas ati dpt melihat dengan mata sendiri eiffel tower


kemudian kami ke Belgium


pastu kami ke Holland

Jerman pun kami pegi

singgah di Austria
dapat le beli kristal swarozski kat sini


pastu destinasi terakhir di Europe is Swiss

sila abai kan gambar acu yang ala-ala beruang kutub tu ye...hahaha
'perak' sikit..maklum le first time ai jumpa salji...ahaks

time tu n
yesal gak tak terus ke London
kebetulan masa tu kawan acu study kat sana
dia ada ajak, tapi acu tak berani nak pegi sorang2
sebelum balik ke Malaysia kami tido di Dubai semalam
dapat le melihat negara Arab yang kaya nie...

tahun yang sama juga acu ke Beijing
dah merasa le acu panjat tembok besar cina
huh..penat nak mapuh...

then thn 2005 pula acu ke Perth...
nie acu penah cite dalam entry lepas

2007 acu ikut group pegawai IT kat sini ke Phuket
pun acu penahh cite dalam entry lepas gak

pastu 2008 acu ke Bangkok...nie acu pegi berdua je dengan Suria
masa nie sepatut nye acu beli barang hantaran
tapi apa nak buat...jodoh nye belum sampai..huhuhu

dan tahun yang sama gak acu ikut group pegawai IT ke Singapura
nie 1st time ke Singapura...walhal acu study 3tahun kat Skudai
tapi sekali pun tak penah sampai ke sana...hahahaha
dan yg terbaru 2009, acu ke Bahrain

dan seterus nye ke Turki

acu puas ati dengan apa yg acu lalui dalam idup acu sekarang nie
tak mungkin acu dapat merasa pegi ke tempat tu semua
if acu dah berkeluarga...banyak yg perlu di fikirkan
nak kena fikir suami...kalau ada anak, nak kena fikir pasal anak lagi
pendek kata, keluarga wajib didahulukan
kalau dapat suami yang memahami minat acu nie..Alhamdulillah la
tapi kalau sebalik nye...adusss...pendam kan je la minat tu...huhuu

sungguh pun begitu, acu akui ada masa nye acu terasa sunyi
tambahan pula acu tinggal sorang diri kat rumah nie
tapi tu semua acu cuba atasi...buang jauh2 rasa sunyi tu
hujung minggu acu, acu abis kan masa dengan menyibuk kan diri

hari sabtu, memang hari acu & si dia...
kecuali kalau anak2 sedara acu datang lepak kat rumah acu
tak dapat la acu keluar dengan dia...

hari ahad, hari untuk diri acu...
time nie la nak kemas rumah, basuh baju, iron baju keja
dan kadang2 acu keluar membeli barang dapur
ada masa nye acu masak, dan jemput si dia & kawan2 datang makan
dengan cara tu, rasa sunyi nye terbiar macam tu je

so, for those yang belum berkahwin
jangan la stress...buang jauh2 stress tu...
fikir la dari sudut positif...enjoy masa bujang kita
tak guna pun nak melayan stress tu
stress tak boley bagi kita suami atau anak
apa yg penting, jangan berhenti berdoa
kerana setiap manusia di bumi nie telah ditentukan jodoh oleh-Nya
cuma lambat atau cepat je..